Monday, October 20, 2008

* Petua-Petua Menambahkan ASI (Air susu ibu)*

Aku kumpul petua2 dan tip2 nih daripada website2, majalah2 dan buku2, tak lupa juga sumber drpd cakap2 orang yang bole diguna pakai tuk menambahkan ASI. Tak semua petua2 ni serasi ngan aku. Ade yang menjadi dan ade yang kurang menjadi. Ia depend pada badan kita gak. Just try n error. Mana yang serasi amalkan la. Insyallah, ia membantu meningkatkan pengeluaran ASI.


Pemakanan
Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap
Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.


Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.


Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu
Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi
Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis
Ikan - segala jenis ikan - pernah makan ikan masak asam, wah bengkak giler breast pas mkn tu.
Kacang buncis
Kentang
Daging
Sayur Petola
Ulaman
Roti (segala jenis roti especially roti planta)
Cheese
Sup papaya
Buah Kurma
Kobis - masak air
Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau



Sayur Bendi - Buat ulam cicah sambal atau masak
Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.


Minuman
Minum susu -
Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
Halba - rendam dan minum airnya (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.


Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
Amalkan minum milo/nestum/horlicks
Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
Soya - minum secawan sehari.
Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
NESVITA (campur oat)


Rebusan bunga kobis

air kelapa

Jus pegaga

air sengkuang cina

spirulina

daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.

Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.


Supplement
(Bole dapatkan di Sayang Baby Ibu)

Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.


GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.





Pil ASI


JOY ANGEL NURSING TEA - +ve effect dan kesan dpt dilihat dlm masa singkat, tapi rasenye kureng sedap, bau mcm rempah kari huhuhu
Autumnz ORGANIC Nursing Tea (20 tea bags)

Autumnz ORGANIC Nursing Tea


Sacred Tea for Nursing Moms


ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)





ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules


ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules


Melilea Greenfield Organic


Melilea Organic Soya Drink

Mildura Organic soybean powder



Bio-Protein



Certified Organic Spirulina (120 Tablets)

Certified Organic Spirulina


Bidadari DCL
Minyak Habatussauda DCl
Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour
omega 3

obimim
kalsium
vitamin c
Jamu nona roguy...phytonatal

Urutan

1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


Pil hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)
p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini


Cara-cara Lain
1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.

Psikologi
1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.

3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply



Masa pengepaman
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat


Beberapa cara mengepam yang berkesan:
a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap. Pam kesayanganku Spectra3.
c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.

Tip memperbanyakkan susu:

Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan melimpah ruah. Dan kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon tetek untuk membanyakkan air susu. Selain itu, beri rangsangan pada nipple dengan menggentel2 nipple.

WAJIB DI TINGGALKAN ----> Minuman Ber "Ais/ Air Bergas"


Tawakal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.

20 DiNg DoNg!!!:

Nora said...

fully bf ni memerlukan byk usaha & kesabaran rupanye.. iskk2.. kene lar persiapkan diri utk next baby nnt (i-Allah). tp skrg ni senang coz byk sumber yg kita bole kongsi ie. kat internet, forums.. so kalo ade prob air susu x byk, bole lg kita usahakan. caiyyokk nurul!

NuRuL DhiA said...

kalau kite suri rumah, mungkin xde masalah. sbb baby sentiasa ngan kite. tapi bg ibu yg bekerja, mmg masalah kurang stok ebm, susu semakin kurang la bole timbul, nk plak kalu kite xdisplin pam kat office. mmg byk masa n tenaga yg perlu dikorbankan. knowledge is treasure, ari2 nurul gali knowledge pasal bf nih sampai sekarang still lg menggali. rase byk lg yg nurul perlu tau pasal bf nih. dan sgt seronok bile tau perkara yg baru. so, nnt kak nora pun kena rajin2 menggali tuk persiapan jadi BREASTFEEDING MUMMY ya!

♥ Mrs. C ♥ said...

Info yang bagus... Nanti buley la berguru dgn nurul nnt....

Wani said...

Bagus la info ni. Saya nak berguru ni. Nanti saya YM ye. Banyak sgt benda nak tanya.Leh kan?

DaniTheGirl said...

Nurul...saya pinjam gambar nak buh kat blog yerrr....TQ

adex-aieda said...

nak copy & print x bulelah.....nak share info..utk peringatan diri sendiri...huhahuhuhu

Ummu Raja said...

Salam,best la info ni. nak share kat blog saya boleh?

Norly a.k.a MamaLeana said...

good info :)
norly tgh blaja2 fully breastfeed baby zharif dan masih kurang ilmu...

molliesa said...

tq untuk info ni! salam kenal dari mama adam..:)

Anonymous said...

sis...kiter baru 3 hari tinggalkan baby..n br 3 hari nie la dia campo susu fm..kiter ada pupm susu kiter..tp sikit saja yang kuar...saya x tau amcm cara nak mulakan stok ebm nie...ada cadangan? time pantang kiter full bf kat baby..huhu...sodeh bnor kiter x bf dia..huhu..br 3 hr..tekana nya rasa...

NuRuL DhiA said...

@La Dolce Azarina

Bole wat power pumping refer entry ini http://sereniety.blogspot.com/2011/03/power-pumping.html

cara wat stok bole refr sini http://sereniety.blogspot.com/2011/01/membuat-stok-ebm-semasa-berpantang.html

segala pemakanan hanya menyumbang 30% saja, selebihnye adalah stimulation melalui pam & direct feeding, usaha tawakal doa

Anonymous said...

tq nurul dhia..huhu..InsyaAllah..saya akan terukskan usaha tawakal n doa..

Anonymous said...

hi sis..saya ada tbaca pasal cara baby menyusu ngan btol...kalo kita rasa puting sakit..maksudnya..cara kita salah...so kiter nak tggu baby buka mulut bsor...br bagi susu..n pasal dada baby ke dada kita amcm yek..huhu...walaupun baby dah 2 bln 8hr..masih salah la cara saya sis..huhuhu...biar kerap baby menyusu..adakah demand diperolehi..walaupun cara susuan salah? mama binggung...

NuRuL DhiA said...

@La Dolce Azarina

posisi yg salah salah satu sbb susu x kuar ngan lancar dan juga ibu akan berasa sakit & x selesa. pastikan posisi ibu & anak perut bertemu perut, bukann dada bertemu dada yer dear hihihi, kekerapan menyusu on demand sgt membantu penghasilan susu lebih byk. ikutkan aje kehendak si anak, nak menyusu sekerap seberapa lama yg dia mahu, biarkn

Anonymous said...

ya la dear...sian dia..kiter keja..dah tu tggu plak mamanya balik..pandai dia..mlm x nak susu guna botol..dia tau mama dia ada...nggeee..skrg nie pon kais2 jer baby saya susu..huhu...

Salina Mat Isa said...

bagusnya petua ni semua..boleh diamalkan..

puan fitri said...

trima kasih sis!

ajuyarashid said...

nice sharing

Unknown said...

Ooo ada cara nya nk bykkn ssu. Bru sy thu. Skg sy mkn pil motilium 1bji 3kli sehari tu pun sy rsa mcm kurg ssu. Stiap kali perah ssu lgsung x smpai 1/2 oz apatah lgi nk jdi 1 oz. Sedih rsa. Tapi bby sy kerap ssu sprti x knyg je .

mommysihatanggun said...

Boleh amalkan alfafa dgn esp.. bertenaga je ibu.. esp boleh buat susu pekat. Baby cpat puas dgn knyang..klu nk susu bnyak sbnarnya kne kerap pam slain amalkan suplemen