Friday, March 8, 2013
* Status & Stok EBM Qiqi *
Thursday, September 20, 2012
* Spare Parts Medela FS Baru *
Bukan aper, brg2 feez & zahra byk bole guna lagi.
So, nak shopping pun xde ape sgt.
Cuma brg2 ibu masa berpantang jela nak kena beli baru.
Tapi sudah kopak gak duit aku bulan ni, sbb terpaksa beli spare part baru Medela Freestyle kesayangan ku itew sudah sgt uzur.
Maklum la heavy duty la katakan.

Wednesday, July 4, 2012
* Stok EBM Banyak atau Sikit, Perlukah? *
Terima kasih kalians masih sudi jengah blog tenggelam timbul ni.
Terima kasih di atas komen2 yg aku x sempat nk reply, tapi ade plak yg sudi tolong jawabkan bg pihak daku...terima kasih sgt2 :)
Terima kasih kepada yg sudi emel, pm fb, bertanya khabar kepada tuan blog cute nih ekekek.
Alhamdulillah, nurul dhia & baby TIJU sihat semakin comel bertambah montel & gebuz!
Mana tak gebuz kalu 1 bulan bole naik 3 kg, hamik kau muahahaha.
Sekarang da masuk 18 weeks, terasa sgt berat membawa badan sendiri ke hulur ke hilir.
Pinggang pun da xde.
Perut makin ke depan, mcm org tgh pregnan 6 bulan!
Tiju sudah mula main kuis2, tarik2 tali pusat (sbb aku rase geli2 tang pusat ni huhuhu) sejak 16 weeks.
Sesi mabuk2 tahap dewa dah berlalu, maka selera makan tersgt la dasyat.
Tapi aku cuba gak control, disebabkan aku dah masuk kategori obes hahaha.
Preggy feez n zahra pun aku mmg semangat gak.
Montel, gebuz, dan sgt gumuks..ngeee
Tapi, muntah2 di pagi dinihari masih ada, wajib...sampai la aku bersalin nnt...redha je la

Tuesday, February 14, 2012
* Tips Cara Bagaimana Untuk Buat Stok EBM *
Aku byk terima emel/pm dr ibu2 tentang masalah ini.
Boleh dikatakan ini soklan paling top lah.
Baru2 ini, seorg mummy telah meninggalkan komen soklan yg sama.
jeanne has left a new comment on your post "* Penyusuan Susu Ibu - Part 2 *":
Hi, im happy that i found ur blog, vy helpful. Would appreciate it if u could help me. Im a new mommy, my bb just turns 3mo, and im back at work two days ago. When i was on maternity leave, i never kept ebm stock, until few days before i went back to work. So my ebm is like today's ebm is for tomorro's supply (I exclusively breastfeed my bb). My production for the first day was ok, but the next day it dropped. Fyi, i nurse my bb one breast per session. He will usually fall asleep or refuse to suck after nursing, even after i switch breast. So it seems hard to offer both breasts each session. Now, i need ur advice, how to stock up the ebm cuz im afraid i may hav to top up wiv formula. How to boost my production since i usually wont get much ebm? Any advice? Tqvm!
Tuesday, December 13, 2011
* Guideline Tempoh Penyimpanan EBM *
Ramai gak tanya aku tentang jangka hayat EBM kalu guna Upright Freezer cam Mr. Reitoko tercayang ku itew.
Ada yg ckp EBM tahan 6 bulan.
Ada gak berteriak ~ Tidak!!! freezer tegak camni tahan 3 bulan jek!!!
Kalu tanya aku, jawapannya "Upright Freezer boleh simpan EBM tuk jangka 6 bulan, Muktamad!"
Aku bukan suka suki wat rule sendiri ok.
Sebelum aku sambar reitoko, aku & hubby da wat research pro & con pasal deep freezer vs. upright freezer.
Kami suami isteri mau beli freezer bukan takat nak simpan EBM jek.
Hajat mmg nak guna tuk simpan brg2 frozen lain gak.
Tapi, buat masa ni muat tuk sumbat EBM aje nmpknye huhuhu.
Ok, berbalik pasal research yg kami buat bersama2..alololoo sweeeetnye :p
Hubby dok kaji faktor2 ruang, harga, kos lektrik, kemudahan keluar masuk brg dlm freezer dan macam2 lagi.
Aku dok kaji kesesuaian freezer tuk simpan EBM dr segi suhu tuk tentukan jangka hayat EBM yg disimpan.
Untuk pros. & cons. jenis freezer bole google, sgt byk info, atau refer link ini
http://housewares.about.com/od/refrigeratorsfreezers/a/chestvsupfreezr.htm
http://www.choice.com.au/reviews-and-tests/household/kitchen/fridges-and-freezers/fridgefreezer-buying-guide/page/upright%20vs%20chest%20freezer.aspx
http://www.ehow.com/about_5318933_upright-freezer-vs-chest-freezer.html
Untuk Upright freezer, tempoh penyimpanan EBM yg disyorkan adalah sama dengan deep freezer.
Iaitu dengan temperature below -20°C, EBM boleh disimpan 6-12 bln.
Rujuk Carta Dibawah
Thursday, October 27, 2011
* Berita Harian VS HM4HB *
BH telah memperbetulkan fakta tentang HM4HB dalam sisipan RATU edisi 25 nov baru2 ini.
Walaupun tiada kata maaf tetapi lebih kepada mempertahankan kerja wartawan mereka, dan ade sikit sindiran terhadap reaksi mereka2 yg konon nya 'cepat melatah' ngan isu ni (termasuk aku la kot).
Mudahan ngan artikel kali ni, dapat perbetulkan tanggapan orang ramai tentang HM4HB & isu derma susu ibu di internet.
Sepatah dua kata ku copy paste dr BH
Thursday, October 20, 2011
*Booo Berita Harian! Ibu2 Menyusu Bertindak!*
Artikel itu telah menfitnah sebuah organisasi bebas iaitu Human Milk 4 Human Babies (HM4HB) dan juga group ibu menyusu tertentu dilaman sosial, yang kononnya ibu2 malaysia sudah ramai terlibat dalam 'MEMPERDAGANGKAN SUSU MEREKA DI INTERNET'!!
Aku marah ni, marah sgt, itu fitnah!
Walaupun aku bukan lah antara ibu2 yg terlibat, tapi aku marah sbb penulis menuduh ibu2 yg MENDERMA SUSU MEREKA kepada anak yg memerlukan sebagai jual beli susu.
Bukannya ibu2 ni minta bayaran pun.
Dan setiap pemberian susu itu ikut hukum hakam agama kita Islam, sebagai ibu susuan & anak susuan.
Nampak sgt penulis sengal ni x buat research betul2 sebelum tulis artikel tentang isu ni.
Dah la guna term yg salah, EBM is for Expressed Breast Milk ok! NOT Extra Breast Milk!
Don't make me speak english grrr!
Meh sini acik sekolahkan ko tentang istilah2 dalam penyusuan...grrr!
Sesape nak join rase geram sampai semput2 dada cam aku, sila baca bebelan ni dan fahamkan dan sign petition ini.
Tuesday, August 16, 2011
*Wanita Hamil Dan Menyusu Anak Boleh Berbuka & Tidak Wajib Qadha??? *
Artikel tentang Dalil/Hujah Wanita Hamil Dan Menyusu Anak Boleh Berbuka & Tidak Wajib Qadha
Artikel di bawah pula dr Jabatan Hal Ehwal Syahriah mengatakan tetap wajib menggantikan puasa
* Doa & Zikir Amalan Perbanyakkan Susu Ibu *
W/pun mcm2 usaha yg kite buat tapi kalau Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu x datang.
Jadi, janganlah sombong dgn Allah.
Banyakkan berdoa, berzikir n mengingati Allah.
Doa & zikir untuk menambahkan susu:
Wednesday, August 10, 2011
* KLCC Breastfeeding Flash Mob 2011 *
1. Acara Breastfeeding Flashmob berlaku dihadapan pintu KLCC yang menghadap fountain park itu disertai oleh lebih kurang 100 lebih ibu menyusu yang mengambil bahagian.
2. Flashmob sempena Perhimpunan Ibu Menyusu yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan KLCC yang tidak membenarkan ibu-ibu menyusu secara terbuka di kawasan KLCC Kononnya ia adalah polisi yang telah ditetapkan oleh pihak KLCC tersebut, Pelik kan? Perasan high class ler tuh.
3. Pihak managment KLCC juga tidak membenarkan ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka di dalam surau. Malahan 'mak guard' di sediakan untuk memantau ibu yang menyalahgunakan polisi yang sedia ada. Paling tak tahan, siap suruh menyusukan anak di toilet saja, kalau baby room tu penuh, Ape kes??
4. Bukan itu saja, ibu2 yg ingin mengepam turut dihalang daripada berbuat demikian, mak guard bekeng akan halau sesiapa yg membuat aktiviti mengepam di surau tersebut!
5. KLCC ada menyediakan baby room bagi memudahkan ibu menyusukan anak mereka Walau bagaimanapun, bilik yang sedia ada itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan ibu yang menyusu Dan mengikut satu sumber ni bilik itu perlu DIBAYAR! Malah ada juga yg salah gunakan bilik tersebut sebagai bilik beristirehat oleh makhluk2 tertentu, Sengal!!
Wednesday, August 3, 2011
*Zahra Promote Susu Ibu @ Harian Metro*

Mengepam pastikan stok susu mencukupi
>>Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
STOK SUSU... Zafifah melihat stok susu ibu yang disimpan di dalam peti sejuk beku yang kini berjumlah 30,845 mililiter.
RAMAI ibu mengakui cabaran paling besar selepas melahirkan anak apabila terpaksa menyambung kerja dan pada masa sama, menyusukan bayi mereka.
Ada di antaranya mempunyai semangat tinggi ingin menyusukan anak secara eksklusif, tetapi akhirnya terpaksa menyerah kalah lantaran tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai teknik penyimpanan susu ibu, ada juga terpaksa mencampurkannya dengan susu formula kerana kekurangan susu.
Bagi Nurul Zafifah Mohd Sahri, 30, kejayaan menyusukan dua anak Muhammad Dhia’ul Hafeez Diauddin, 3, secara eksklusif selama dua tahun tiga bulan adalah pengalaman paling berharga. Apa yang menguatkan semangatnya adalah dorongan daripada suami, Diauddin Mustajid, 32, yang meminta supaya dia menyusukan anak sepenuhnya sejak mengandungkan Hafeez lagi.
Tuesday, July 19, 2011
*Fail2 EBM*
Kalu sebelum ni, stok di susun secara ter'baring' dlm drawer tu.
Tapi cara tu cam susah aku nak akses stok bila nak guna.
Pastu kena rajin susun ikut FIFO (first in first out) kalu nak mudah akses.
Jenuh la plak, nak kena selalu kemas drawer ni.
Fikir difikirin, akhirnya aku dpt idea susun secara menegak.
Dgn cara ni aku x perlu susun ikut turutan tarikh @ FIFO.
Janji bole akses ngan mudah.
Saturday, July 16, 2011
* Pengalaman & Tips Menyusukan Anak Ketika Berpuasa*
Kerisauan & pelbagai persoalan timbul dari ibu2 menyusukan anak.
Bolehkah saya berpuasa ketika menyusukan anak?
Adakah ASI (air susu Ibu) saya akan berkurang semasa berpuasa?
Apa yang harus saya ambil semasa sahur dan berbuka agar ASI saya tetap banyak?
Persoalan begini kadang2 membuat si ibu gusar, risau untuk menghadapi bulan Ramadhan.
Aku tau, aku faham, sbb aku sudah melalui nya 3 kali ramadhan ketika menyusukan anak & tahun ini aku bakal laluinya untuk kali ke-4.
Meh aku nak cerita sikit secara saintifik pasal breastfeeding supaya kalians dpt fahaman yg lebih jelas tentang ape yg aku nak share menyusu ketika berpuasa ni.
Friday, July 1, 2011
*Update Stok EBM Zahra*
Begini la rupa Mr. Reitoko, dipenuhi dgn stok ebm zahra.
Rezeki melimpah ruah buat anak ibu.
Tuesday, June 21, 2011
* Mr. Reitoko & Stok EBM Zahra *
Lama sungguh daku menyepi gara2 merajuk hati ~ merajuk???
Yer, merajuk ilang mood setelah janji manis tauke kedai lektrik tempat aku oder freezer xjd nak hantar freezer pd minggu yg dijanjikan.
Sgt la sedey...hokey :((
Seminggu lepas tu baru janji nak hantar, semangat la aku kemas2 tempat khas nak letak freezer tu, tunggu punya tunggu sampai kui 11 mlm, xde gak muncul.
Bila hubby call tanye, tauke tu ckp lori xde ~alasan la tuh grrr.
Keesokan mlm nye baru la nmpk tangkai pintu freezer yg ditunggu.
Kenalkan, kawan baru aku ~ Mr Reitoko!!! (aka freezer hihihi)
Wednesday, May 25, 2011
*Cerita sedih EBM :( *
Salah satu dugaan melanda dalam dunia BF ku kali ini.
Bocor... xtau sbb ape, camne boleh bocor.
Baru nak cairkan ebm ni, tetiba menitik2 susu kuar dr bucu storage beg ni.
Friday, April 8, 2011
* Jangan Goncang Susu Perahan Anda!!! *
Don't Shake the Milk
Linda J. Smith, BSE, FACCE, IBCLC
Why not?
Because shaking expressed mothers' milk (or boiling or freezing it) denatures the shaped molecules of the protective proteins, leaving only the pieces - the amino acids - the parts.
Thursday, April 7, 2011
* Cara Cairkan EBM Dari Storage Bag *
Kali ni nak berserita camne nak guna EBM dr storage bag.
Simple dan sgt mudah, kalians boleh ikut step di bawah ni yer.
Tuesday, March 8, 2011
* Tips Simpan Stok Susu & Jimat Ruang Freezer *
1. Ziplock Breastmilk storage bag - tak kisah brand ape & bape kapasiti pun janji ade seal. Nurul guna Autumnz storage bag kapasiti 7 oz.
2. Marker pen
Langkah 1: Sukat susu guna botol
Pam susu seperti biasa dan sukat susu guna botol.
Sbb nye, garis bacaan pada storage bag kurang tepat bila susu dimasuk dlm tu.
Jadi, sukat dulu susu guna botol sebelum pindah ke storage bag.
Langkah 2: Label storage bag
Tuliskan tarikh dan kuantiti susu yg disukat guna botol tadi atas storage bag.
Kalian boleh tulis pd kedua2 belah bag tu kalau mahu.
Penting tulis dulu kat bag tu, kalau tulis kendian nnt terkial2 nak tulis bila bag penuh susu.
Kadang2 dakwat marker susah nak lekat kat bag sbb ade wap sejuk dr susu yg da disimpan sejuk cooler bag.
Langkah 3: Isi susu, keluarkan udara dan seal.
Tuang susu ke dlm bag tadi.
Jangan isi susu penuh2 dlm bag.
Tinggalkan ruang, biasanya nurul letak 5-6 oz tuk bag kapasiti 7oz.
So,mmg ade lebih ruang bag tu.
Pastikan segala jenis udara dibuang keluar.
Cara nurul, lipat bahagian yg kosong kendian picit/ urutkan keluar angin2 dr beg.
Dah keluar semua angin terus seal segera.
Langkah 4: Bekukan dlm keadaan flat/baring.
Baringkan secara mendatar bag tadi cam dlm gamba bawah.
Jangan risau, susu xkan tumpah keluar kalau dah seal ketat2.
Boleh letak bertindih2 cam ni.
Bila dah beku, bag2 ni akan melekat antara satu sama lain, tapi kalian bole pisahkannya.
Samada pisahkan cara ganas - tarik jek kuat2 huhuhu, atau lalukan bawah air kejap, nnt tertanggal la :)
hohoho suka tgk EBM tersusun cantik, dapat 4 baris susunan hingga ke bumbung freezer.
Langkah 5: Simpan & susun susu.
Last step, selepas susu beku, simpan tegak dalam bekas simpanan bersegi panjang ataupun susun secara datar.
Susun susu ikut urutan tarikh untuk mudah digunakan.
FIFO, FIRST IN FIRST OUT!!
Aturkan susu yg dah beku secara menegak ikut tarikh.
Beratur baik2 yer susu2 ku sekalian ~ lalalala
Cara susun datar ~ urutan mesti atas ke bawah, iaitu tarikh dahulu ke tarikh terkini.
Semoga tips ini dapat membantu kalian yg kekurangan ruang simpan susu macam aku ~ ngehngehngeh.
Selamat mencuba!!!
Nota dhia: Masih tidak cukup ruang peti ni w/pun da susun begini rupa. Separuh stok masih tumpang freezer umah angah huhuhu. Gambo x bape nak comel, camera ku demam, terpaksa guna camera henpon cokia ku jek.
Wednesday, March 2, 2011
* Power Pumping *
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu - akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump - pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump - Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Kalian jgn igt sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau 'pam angin' semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA...amin.