Showing posts with label Baby Food. Show all posts
Showing posts with label Baby Food. Show all posts

Friday, August 5, 2011

*Bubur Nasi Kurma & Labu*

Hubby la rajin suap kurma kat zahra.
So aku pun dpt idea la nak wat menu baru tuk bubur zahra guna buah kurma plak.
Mmg berselera betoi zahra makan, selalu 3oz jek bubur, da up jd 4oz kalu bubur kurma nih.
Kali ini aku tunjuk sekali step2 nye sampai tuk wat kiub2 beku.

Bahan2:

Beras 1 pot basuh bersih2
7 biji buah kurma, Buang lapisan kulit luar (aku guna kurma nabi dr mekah MIL beli masa p umrah ritu)
Isi Labu
Daging ikan tenggiri/ ayam, ikut suka
Air secukupnya.

1. Isi labu, kurma hiris2 buang kulit luar, isi ayam.

Monday, August 1, 2011

*Bubur Nasi Sawi & Keledek*

Menu baru untuk zahra, bubur nasi+keledek+sawi+carrot+ayam...nyum nyum nyum
1st time guna sayur sawi, tu pun sbb bayam da abih.
Sawi ade banyak jenis, sawi pjg, sawi putih, sawi ijau, sawi bunga.
Pilih sawi bunga, iaitu sawi yg ade bunga kuning sbb sawi ni x pahit.

Inilah rupa sawi bunga, ehsan en. google

Wednesday, June 22, 2011

*Bubur Nasi Bayam + Ikan Bilis*

Minggu ni ibu masak bubur nasi + sayur bayam + ikan bilis + ayam tuk Zahra tercayang.
Nyum nyum..da terbayang terliur plak ibu.
Nak plak rase manis sayur bayam tuh mmg feveretku ituw.



Bahan2:
Beras
Ikan bilis (direndam ~ tujuan tuk buang rasa masin garam & dibuang tulang ~ takut kang tercekik plak)
Hirisan daging ayam
Beberapa helai daun bayam (tangkai xmo sbb kasar strukturnye)
Bawang merah, bawang putih & sikit minyak olive/minyak masak tuk menumis

Cara2nya:
1. Beras basuh bersih dan masak dlm periuk tuk wat bubur cam biase.
2. Dlm kuali lain, tumis bawang merah & putih ngan minyak hingga naik bau.
3. Masukkan ikan bilis, goreng sampai garing atau kekuningan.
4. Masukkan plak ayam.
5. Tuang bhn2 yg digoreng tadi ke dlm periuk bubur nasi yg da kembang.
6. Bila bubur hampir masak baru masukkan daun bayam. Pastikan daun bayam masuk lst sekali supaya x terlalu masak/layu yer ibu2 sekalians.
7. Dah masak boleh la diblend hancur, hidangkan tuk anak tercayang atau simpan tuk frozen.

Selamat mencuba!!!


Nurul Dhia: Seronok bila tgk zahra makan nganga cam anak burung...so kiut lah :))



Monday, May 23, 2011

*Zahra 1st Solid Food*

Yeay! Zahra sudah 6 bln!
Ibu mmg x sabar nak sumbat anak ibu ni ngan bubur.
Ibu rindu nak masak2 bubur tuk anak.
Windu nak bereksperimen ngan resepi2 menarik tuk anak girl ibu ni.

Untuk 1st solid food zahra, ibu wat bubur nasi+garlic+ayam+carrot+ebm.
Ibu masak dulu bubur nasi, kendian blend haluuuuuuss.
Campo sikit ebm sbg MSG dlm makanan anak terchenta hihihi.
Tadaaaa....siap tuk di hidang tuk zahra!


Bubur nasi+ ayam+carrot+garlic+ebm...diblend halus nyum nyum

Wednesday, January 6, 2010

* Cara Kendali Frozen Food Anak *

Entri khas buat KuehBangkit

"kueh tgh cari info cane nak nak bg my baby solid food+ebm, masa bila nak campurkan ebm dlm solid food,cane nak bekalkan ebm&solid food kat babysitter, boleh kak nurul bagi info?"

Entri yg dinanti2kan oleh ibu2 yg bersemangat waja tuk bagi solid food wat pertama kali tuk anak.
Sebelum tu, ampun ya ampun, terlalu lama masa diambil baru la acik terkedek2 nak publish entri ni.
Terima kasih kerna kalians sabar menunggu yer...muah muah muah!

Aku Guna 2 jenis bekas tuk simpan stok bubur/puree dan tuk guna simpan bubur bekalan ke umah babysitter.


Kiri, bekas A - bekas dadih yg saiz paling chumel ku guna tuk simpan stok.
Kanan, bekas B - bekas dadih kurus tinggi lampai ku guna tuk letak bekalan bubur ke umah babysitter.

Sebab?
Bekas A beri sukatan tuk bancuhan bubur + puree tuk sehari.
Boleh refer sini cara wat bubur n puree.
Biasanye 2 atau 3 bekas bubur nasi frozen + 1 bekas puree frozen tuk 3 kali makan dlm sehari
Rujuk sini untuk lihat bape kali hidangan dlm sehari mengikut umur anak.

P/S: bergantung pd kuantiti bubur n puree yg kite simpan dlm 1 bekas masa wat stok.

Bekas B aku guna sbb ia muat2 masuk dlm warmer.
Sgt2 fit, jd mudah tuk babysitter panaskan sebelum bg makan pd anak.
Xde warmer, bole panaskan guna air panas rendam dlm mug pun muat2 jek.

Untuk penyediaan 1st solid food iaitu bubur nasi + EBM.
Antara cara2 defrost/cairkan bubur nasi/ puree frozen:
1. guna microwave
2. rendam bubur nasi frozen dlm air panas sikit, jgn byk2 nnt cair sgt bubur tu.
3. cairkan guna periuk atas api.

Frozen food ni xbole nak wat cam EBM, turunkan ke bhg bawah fridge mlm ni, sok pg da cair.
Boleh, tapi x cair sepenuh nye, masih keras ketung gak, baling dinding pun bole pecah dinding tu...huhuhu
Sbb frozen food sejenis pepejal, jd amik masa lama nak cair berbanding EBM.
Jadi, kalians bole cairkan guna salah satu cara2 di atas tadi yer.
(mungkin kalians ade cara lain pun bole gunakan)

Bubur yg da defrost sukat masuk dlm bekas B tuk sekali hidangan.
Bile masa nak tambah EBM?
2 cara aku selalu amalkan:

1. sebelum panaskan bubur nasi tadi tambah EBM skit dlm bekas bubur n panaskan guna warmer. Cara ni tuk kalians yg bekalkan bubur sejuk tu simpan dlm fridge/cooler bag sekali ngan EBM ke umah baby sitter. Maksud nye, bubur td bile nak bg baby makan baru la dipanaskan oleh babysitter, sama cam nak bagi EBM kat baby - aku selalu aplikasi cara ini :)

2. Panaskan Ebm yg nak dicampur bubur dahulu, kendian baru lah campurkan EBM tadi ke dlm bubur nasi. Cara ni tuk kalians yg bekalkan bubur yg sudah dipanaskan siap2 ke umah babysitter.

Peringatan: Jangan sesekali panaskan bubur + EBM guna microwave/ masak semula di atas api dapur. Ia boleh menghilangkan semua nutrisi yg ade dlm EBM!!!







Thursday, December 31, 2009

* Scrambled Egg Jagung Berkeju *

Menu menarik tuk hidang pd anak2.
Feez sgt suka jagung, boleh dikatakan hari2 jagung mesti ade.
Jd aku kena la kreatif cipta pelbagai resepi baru berkaitan jagung.
Ini salah satu resepi menarik ku ubahsuai tuk menu hafeez.



Bahan2:

Sebiji telur
1 cawan sweet corn (frozen)
1 keping keju cheddar (disiat2)
1/2 cwn susu segar
1 sudu besar butter

Cara:

Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu segar.
Cairkan butter, masukkan sweet corn, kacau.
Agak2 jagung da masak, masukkan telur+ susu yg da dipukul.
Kacau2, jgn berhenti, kacau sebati, telur tu nanti akan hancur dan bercampur ngan jagung tadi.
Tutup api dapur, tabur keju yg disiat2 dan gaul rata.
Angkat dan hidangkan tuk anak.

P/s:x perlu garam sebab keju tu da masin. selamat mencuba!










Wednesday, December 23, 2009

* Kentang Manis Berdaging *

Resepi ni aku dpt idea masa tgk kat channel AFC, rancangan masak ape tah.
Kebetulan feez suka makan kentang, tapi aku ubahsuai skit supaya lebih sesuai tuk feez makan.

* Kentang Manis Berdaging *


Bahan-bahan

  • 3 biji kentang saiz sederhana
  • 1 biji telur
  • daging cincang - ikut suka
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam n gula sikit
  • isi jagung manis (frozen nye)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit butter untuk menumis

Cara-cara

  1. rebus kentang tapi jangan sampai lembik
  2. toskan kentang dan buang kulitnya. potong chumel2 muat masuk mulut anak ye
  3. bawang besar & putih dicincang. kemudian tumiskan.
  4. masukkan daging cincang sampai daging masak.
  5. masukkan kentang tadi. kacau sebentar dan masukkan jagung.
  6. masukkan telur yang telah dipukul. garam n gula skit jek
  7. siap,bole hidang ngan roti, pasti anak sukaa!
Masak dalam kuantiti banyak, kalian boleh simpan dlm bekas bertutup n masuk dlm fridge.
Nanti bila nak bg anak makan, kalian panaskan guna microwave.

Selamat mencuba yer:)!!!









Monday, December 21, 2009

* Panduan Pemakanan Mengikut Umur *

Hafeez sudah pun 1 thn 7 bln, pejam celik feez akan masuk 2 thn lg 5 bln dr skrg.
Wah cepat nye masa berlalu!
Terasa baru je lahirkan feez, sudah besar rupernye anak ibu nih.

Alhamdulillah, hingga sekarang feez masih membesar dgn susu ibu.
Mudah2an rezeki feez menyusu ngan ibu hingga 2 thn tercapai, amin.

Ramai ibu2 bertanya kan tentang menu pemakanan untuk anak2.
Sungguh seronok aku melihat semakin ramai ibu2 yg memasak makanan tuk anak2.
Air tangan ibu itu lebih baik dan berkhasiat tuk anak2 yer kalians.
Aku bukan la pakar pemakanan, tapi ape yg aku kongsi adalah sedikit ilmu dr ape yg ku perolehi dr pelbagai sumber dan aku praktikkan sepjg membesarkan anak ku yg sorg ni.



Hafeez da x bergantung pada bubur nasi.
Hafeez sudah besar, sudah pandai pilih menu ikut selera nya, tp kadang2 kena ikut selera ibu..hihihi.
Tapi aku tetap kawal apa yg feez makan.
Segala jenis jajan, coklat aku kurangkan atau kalau boleh elakkan.
Feez kurang makan nasi, kdg2 sgt susah nak suruh habiskan nasi.
Tapi feez suka ratah lauk atau sayur.
Jadi tuk gantikan nasi, aku bg feez roti, bijirin, ubi etc.
Ibu2 jangan risau, kalau anak x suka makan ni, kite ganti kan ngan sumber lain tuk pastikan anak dpt khasiat yg seimbang :)
Rujuk Carta piramid makanan di bawah.



Bagi bayi yg baru berumur 6 bln, kuantiti makanan pelengkap yg diperlukan adalah sedikit.
Susu ibu adalah menu utama.
Makanan pelengkap yang sihat perlu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi.

* Bijirin dan hasil bijirin, Contoh:- nasi, bubur,roti dan ubi membekalkan tenaga.

* Susu, ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.

* Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin dan mineral.




Kalians boleh rujuk panduan pemakanan di bawah mengikut peringkat umur.

PERINGKAT PERTAMA
Umur
6 bulan
Kemahiran
Mula menerima makanan pepejal
Jenis Makanan
Makanan lembut
* Bubur nasi dikisar
* Bijirin untuk bayi (jenis beras)
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
Jumlah & Kekerapan
* 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
* 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap

Cara masak bubur nasi mudah & Pantas di sini
Koleksi resepi bubur nasi di sini & resepi puree di sini
PERINGKAT KEDUA
Umur
7- 8 Bulan
Kemahiran
Mula belajar mengunyah
Jenis Makanan
Makanan lembut
* Bubur nasi
* Bijiran untuk bayi
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
* Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
* Makanan yang mengandungi susu.
- Keju, puding susu, krim keju
* Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
* Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.
Jumlah & Kekerapan
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
* 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

Koleksi resepi di sini
PERINGKAT KETIGA
Umur
9-11 Bulan
Kemahiran
Makan sendiri
Jenis Makanan
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.
* Nasi
* Bijiran bayi
* Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
* Buah
* Ikan, daging dan ayam
* Susu dan hasil tenusu
keju, puding susu, krim keju.
* Telur, melainkan sekiranya ada alahan
* Kekacang yang dimasak lembut
- kacang panggang dan tauhu
Jumlah & Kekerapan
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
* 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

Koleksi resepi di sini
PERINGKAT KEEMPAT
Umur
1-2 Tahun
Kemahiran
Makan sendiri
Jenis Makanan
Makanan keluarga yang diubahsuai
* Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
* Daging cincang
* Makanan yang kurangkan berempah.
* Makanan segar (tidak diproses)
* Kurangkan garam, gula dan lemak.
* Teruskan penyusuan susu ibu.
Jumlah & Kekerapan
* 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
* 2 snek antara waktu hidangan makan utama.
Sumber :
http://mpaeds.org.my/Nurse/wean.htm



Nak share gak resepi tuk menu feez, selalu aku masak tuk menu pagi or petang.
Resepi simple jek, tapi feez suka.

*Roti Telur Berkeju*

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 2 keping slice cheese
  • 1 biji bawang kecil (hiris bulat2)
  • 2 btg isi ketam- hiris bulat2 (boleh guna sosej gak)
  • butter

Cara-cara

Pukul telur. Potong bahagian tepi roti.
Ambil dua keping roti dan letak kepingan cheese di tengah2.
Susun hirisan bawang dan isi ketam.



Cairkan butter dlm kuali.
Celup roti ke dalam telur. dan gorengkan di atas kuali.
Pastu balik2kan sampai la kekuningan.



Dah siap...potong 4 kecik chumel, senang anak nak makan.
Yummy..bile time baru pas masak, keju nye cair meleleh..sedap.



Happy Cooking Mommies!









Tuesday, November 3, 2009

* Koleksi Resepi Hafeez III - Desert Yummy *

Bukan kite jek makan desert, anak kite pun nak makan desert au.
Bole cuba resepi desert2 ni, sedaaaaap!

Custard susu

(sesuai utk bb 4+ months old. very yummy)

Bahan-bahan ( 2 servings )

* 100ml susu formula/breastmilk
* 2 tsp tepung custard

Cara-cara

1. panaskan susu (jgn sampai didih). dlm mangkuk lain,bancuh tepung dgn sedikit air. masukkan tepung tu..kacau sampai pekat
2. simpan dalam peti ais..n hidangkan a a dessert

Jelly Prune
(sesuai utk bb 7+ months old)

Bahan-bahan ( 2 servings )

* 125 ml air masak
* 2-3 biji pitted prune
* 1 tsp gelatin

Cara-cara

1. larutkan gelatin dgn sedikit air panas
2. blend kan prune dgn air masak
3. bila gelatin dah larut,msukkan dlm jus prune td.kacaukan..n simpan dlm petiais

Biskut 'Teether' Baby
(Sesuai untuk baby yang sedang tumbuh gigi)

Bahan-bahan

* 1 cawan jus
* 1 cawan tepung
* 1 cawan bijirin segera bayi

Cara membuatnya

* Campurkan semua bahan
* Gelekkan dan potong mengikut bentuk yang sesuai.
* Bakar 20-30 minit pada suhu 350°F (175°C).
* Bolehdibekukan.

Epal dan Kobis




Bahan-bahan

* 1 biji epal Golden Delicious, kupas dan parut
* 1 cawan kobis ungu, parut halus
* 1/4 cawan air
* 2 sudu besar kismis keemasan

Cara-caranya

* Didihkan air.
* Masukkan semua bahan lain. Didihkan sebentar.
* Kecilkan api, tutup periuk dan masak lagi selama 10 minit.
* Kisar halus setelah sejuk.

Sumber: Apple and Cabbage Baby Food, parents.com

Puding Oren & Lemon

Bahan-bahannya (2 orang)

4 sudu teh tepung jagung
2 sudu besar jus oren
beberapa titis jus lemon
2 cawan susu segar
100m limau mandarin (segar/tin)
4 sudu gula

Cara masaknya:

1. campur tepung jagung dgn jus oren & lemon. ketepikan
2. panaskan susu segar ngan api perlahan, kacau selalu.
3. kemudian, masukkan campuran tepung jgung dlm susu segar, masukkan gula dan didihkan dengan api perlahan, kacau selalu.
4. potong kecil2 limau mandarin dan masukkan dlm adunan tadi., kacau kejap pastu tutup api.
5. sejukkan dan hidangkan.







* Koleksi Resepi Hafeez II - Bubur Nasi *

Koleksi bubur nasi yg best dan sedap untuk anak tersayang, Hepi Cooking!!!

Bubur Nasi

Bahan-bahan

Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air

Cara membuatnya

Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus.
Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.

Bubur Nasi dan Kurma
(Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.)

3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya

Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan

Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
(Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.)

3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.

Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.
Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.
Kisar halus atau terus hidangkan.

Bubur Nasi Sweet Sour
(Sesuai untuk yang ada masalah perkumuhan...Khas utk bayi)

Bahan-bahan ( 1 Orang )

* Segenggam beras
* 15 biji kismis kuning
* 2 biji buah prune
* 5 biji kurma lembut tanpa kulit
* Sepotong betik masak ranum yang manis (buat kiub kecil supaya mudah dilecek)
* Air rebusan barli

Cara-cara

1. Masak beras dengan air rebusan barli hingga kembang.
2. Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
3. Lecekkan potongan betik di dalam bubur yang telah masak. Sedia utk hidangan.

Bubur Nasi Yummy
(utk 8 bln ke atas...atas nasihat doktor...utk elakkan sembelit...)

Bahan-bahan ( 1 orang )

* 2 sudu besar beras
* 2 sudu besar barli
* 2 sudu besar ground oatmeal
* 1 biji kentang
* Sedikit lobak merah
* Sedikit sawi (bahagian daun sahaja)
* Sedikit daun sup (bahagian daun sahaja)
* Sedikit daun bawang
* Sedikit isi ayam
* Sedikit bunga kobis
* Air

Cara-cara

1. Tumbuk kasar beras, barli dan oatmeal.
2. Masak bahan tumbuk dengan air hingga kembang.Masukkan kentang,ayam,lobak merah,bunga kobis.Masak hingga empuk dan pekat.
3. Kemudian masukkan sawi, daun sup dan daun bawang.Masak selama 5 minit lagi.Boleh lah diangkat dan dikisarkan untuk dihidangkan kepada bayi anda.
4. Untuk hidangan org dewasa, atau kanak-kanak bolehlah dimasukkan sedikit garam dan kiub ayam.







Sunday, November 1, 2009

* Koleksi Resepi Hafeez *


Aku dok godek2 laptop, pastu terjumpe resepi2 yg aku kumpul dr sana sini sumber save dlm ms word.
So, aku tempek kat sini la tuk rujukan aku tuk masa akan dtg dan juga buat rujukan kalian juga yg sgt rajin masak2 tuk anak mcm aku :)

Resipi masakan kentang

Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

Cara membuatnya

Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.

Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang
(Bayi 8 bulan ke atas.)

1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masak api besar.
Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk.
Masak lagi selama 20 minit.
Kisar halus.
Hidangkan.

Nasi Brokoli Bakar.

Nasi
Brokoli
Keju
Tomato
Bawang
Minyak masak
Telur
Susu

Brokoli dibasuh dan dipotong kecil.
Panaskan oven 190 C.
Kupas dan cincang bawang.
Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan.
Tumis bawang dengan sedikit minyak.
Masukkan tomato.
Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.
Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar.
Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos.
Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi.
Bakar 40 minit atau sehingga perang

Resepi pengenalan kepada daging utk bayi anda....8 bulan ke atas...(dengan nasihat doktor)

Makaroni daging

Bahan-bahan

1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)/ daging kisar
1 biji kentang
1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
Sedikit lobak merah
Sedikit celery
1/4 cawan makaroni
air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa

Sup Spaggeti

Bahan-bahan

* 10 batang spaggeti (dipatah-patahkan)
* 1 biji kentang (potong dadu)
* 1/4 batang lobak merah (potong dadu)
* Sedikit isi ayam (hiris nipis)
* Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris kasar)
* Air

Cara-cara

1. Rebus spagetti hingga betul-betul lembut.Tos dan ketepikan.
2. Rebus isi ayam hingga masak.Masukkan kentang dan lobak merah.Rebuakan lagi hingga kentang dan lobak merah empuk.
3. Masukkan spagetti.Rebuskan lagi utk seketika.Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang.Masak hingga daun sup dan dan bawang layu.
4. Angkat dan kisarkan utk disajikan kepada bayi anda (bayi 8 bln ke atas)
5. NOTE : Untuk sajian kanak-kanak atau orang dewasa tambahkan garam secukup rasa dan kuib ayam.Tidak perlu dikisar.

Bubur Oat, Ikan dan Saderi
Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.



Bahan-bahan

* 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
* 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
* 1 helai daun sedari
* secawan air

Cara membuatnya

* Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
* Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
* Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
* Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
* Hidangkan.

Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
(Resipi untuk bayi 6 bulan ke atas...)

Bahan-bahannya

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku
1/2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
(Sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...)




Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)

* 1 sudu nasi
* 1/4 keping tauhu
* 1/4 keping dada ayam - potong dadu
* 3 hiris lobak merah
* 3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya

* Kukus semua bahan..
* Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.
* masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat







Wednesday, June 10, 2009

* Sup Pasta Berkrim...Yummy *


Bahan-bahan:-

Pasta - direbus sampai empuk, kendian toskan
1 mangkuk Stok ayam (bole guna kiub stok ayam no msg) / daging ayam cincang
Ubi kentang/ Potato - Potong dadu
Carrot - potong dadu
Sweet corn
1 sudu besar Tepung gandum
1/2 cwn fresh milk

Cara wat sup:
1. Didihkan air stok ayam/ daging ayam cincang.
2. Masukkan ubi kentang, biar empuk.
3. masuk plak carrot n sweet corn, kacau empuk.
4. masuk tepung gandum + susu segar, kacau sampai pekat macam sup berkrim, kalau terpekat sgt boleh tambah air/ fresh milk
5. siap..bole hidang ngan pasta rebus td.

Tapi, feez x pandai kunyah pasta tuh, so ibu blend sup n pasta rebus tadi jadik lebih berkrim gitu...yummy

selamat men'try' mummies!!

* Peringatan!
sesuai tuk baby 8 bln dan ke atas yer kalian
Kiub stok ayam sesuai untuk setahun ke atas, guna 1/4 atau 1/2 kiub sahaja..bergantung kuantiti sup

Thursday, April 9, 2009

* Panduan pemakanan bayi - It’s So Yummy Mummy! *

Panduan menyediakan makanan kepada bayi.

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.
7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.
11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.

Peringkat pemakanan bayi

Peringkat 1 (5-7 bulan)
• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.
• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).
2. Lenyekkan atau blender buah.
3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Peringkat 2 (8 – 11 bulan)
Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.
Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.
Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.

Peringkat 3 (12 – 18 bulan)
Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.
Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.
Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.
Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner).

Contoh makanan yang sesuai:
• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon @ ayam
• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt
• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.

Sumber dari: susuibu.com

Wednesday, March 25, 2009

* Sup Ikan Merah & Carrot *

Asyik wat puree jek, kali ni aku sharing n caring wat sup ikan merah plak.
nyum..nyum..cedapnye menu nih.

Meh tgk resepi nye kalians.

Isi ikan merah (rebus ngan halia n asam kering kasi ilang hanyir)
Carrot (buang kulit luar)
Kobus Bunga
bawang merah n putih





Memula didihkan air, pastu masukkan bawang.
kemdian masukkan isi ikan tadi.
Last skali masukkan plak sayur2an segar.
Kacau sampai masak.


Dah masak, biar sejuk skit.
Pastu masuk dlm blender, blend sampai hancur sebati.
Simpan dlm bekas kecik tuk sekali makan dan bekukan.
(Bole gantikan ikan ngan isi ayam juga yer)
Cara makan - campur ke dalam bubur nasi.


Sekali jek ibu feez wat sup ikan nih.
Feez xsuka sgt sup ikan.
Tak berapa berselera berbanding ngan sup ayam.
Feez lebih prefer puree buah or sayur.
Wah, anakku ala2 vegetarian gitu.
Dalam sebulan ade la 2 atau 3 kali wat sup ayam.
Selebihnye puree buah or sayur.
Selamat Mencuba yer kalians!!

Sunday, March 15, 2009

* Bubur Prune *

Feez sgt suka makan buah prune sunsweet.
Makan camtu aje, ataupun ibu wat kan bubur prune tuk feez.



Cara nak wat bubur prune style ibu hafeez, senang jek!
Memula kena la ade prune sunsweet...huhuhu.



Kisar buah prune sampai betul2 hancur.
Bole gak lecek2 kan aje prune tuh dlm mangkuk.
Da hancur campurkan prune tadi dlm bubur nasi.
Kacau sebatu..eh sebati
Tadaaa..siap tuk dimakan!



Kadang2 ibu feez mix kan bubur nasi + prune + puree carrot.
berselera feez makan!

Selamat mencuba :)



Sunday, February 8, 2009

* Cepat...mudah... laazaat *

Ramai mommies mengeluh, nk masak bubur nasi anak laaaama!
Terpaksa la suap anak nestum or bubur segera.
Ku mmg xberapa suka n xpenah lg suap hafeez nestum or bubur segera nih.

Kalians, sbg ibu kita kena selalu kreatif dlm hal ehwal anak2 nih.
Kreatif supaya urusan anak2 lebih mudah dan lancar.
Aku xde la kreatif dan inovatif org nye, tp aku akan jd kreatif bile hal ehwal Hafeez nih.

So, aku nak sharing n caring cara masak bubur nasi yg cepat.
15-25 minit da masak (bergantung kuantiti bubur anda masak)

Memula basuh beras bersih2, sampai warna air xkeruh.
Tuk kasi bubur tahan lama, mmg kena basuh beras bersih2.

Kendian toskn beras tuh.
Masukkan beras dlm mesin kisar kering dan kisar sampai hancur lebur.
Jd cam tepung beras daa...



Beras kisar pindahkan ke dlm periuk masak.



Tambahkan air dan kacau atas api.



Kacau tuk elakkan beras kisar tadi berketul2.
Kacau hingga beras kembang dan pekat.
Bole tambah air kalu rase bubur tuh terlalu likat.
Ikut selera kalian nk cair atau pekat.



Dah masak, tunggu bubur suam2 suku.
Pastu bole tuang dlm mangkuk kecil molek tuk di bekukan.
Simpan terus dlm fridge dlm keadaan suam2 tuh.
Tujuan supaya tahan lama disimpan beku.




Cara lain (petua dr mak aku)
1. beras basuh bersih dan tuang ke dalam termos air panas.
2. Kendian tuangkn air panas baru masak kaw2 dlm termos yg sama.
3. Biar semlman (kalu kalian nk masak pagi, masukkan dlm termos mlm nye, kalu nk masak mlm masukkan dlm termos pg nye)
4. nasi yg sudah separa kembang di masak hingga betul2 kembang dlm periuk.

p/s: Kaedah ini x sesuai tuk baby 5-7 bln (x de gigi lg) sbb strukturnye xbetul2 halus.
kalu nk wat gak bubur kena masak agak lama sampai betul2 hancur atau di blend bubur tersebut.

Selamat mencuba yer kalians :)

Sunday, February 1, 2009

* Resepi Puree Hafeez *

Atas permintaan Puan Hanim, aku sharing n caring resepi2 puree hafeez yang selalu aku buat.
Mudah2an bole jadi panduan mama Hanim ye dan kalians yang lain juga :))

Puree Carrot



4 btg Carrot muda/ 1 bungkus baby carrot dibuang kulit luar.
Dihiris nipis (supaya cepat empuk).
Basuh bersih2 dan rebus hingga empuk.
Angkat, toskan air pastu blend hingga hancur.
Tambahkn sikit air jika perlu.
Kendian, simpan dalam bekas kecik2 tuk sekali makan dan bekukan.
Tahan 2 minggu.

Puree Sweet Corn



1 bungkus sweet corn.
Boleh juga guna jagung manis n kopek sendiri biji jagung tuh dr tongkolnye.
Basuh bersih2 dan rebus hingga empuk.
Angkat, toskan air pastu blend hingga hancur.
Tambahkn sikit air jika perlu.
Kendian, simpan dalam bekas kecik2 tuk sekali makan dan bekukan.
Tahan 2 minggu.

Dihidang ngan yogurt asli..nyum

Puree Pumpkin (feveret Hafeez)




1/2 biji labu dibuang kulit luar dan biji nye.
Dihiris nipis (supaya cepat empuk).
Basuh bersih2 dan rebus hingga empuk.
Angkat, toskan air pastu blend hingga hancur.
Tambahkn sikit air jika perlu.
Kendian, simpan dalam bekas kecik2 tuk sekali makan dan bekukan.
Tahan 2 minggu.

Puree Apple + Pear



2 biji apple dan 2 biji pear dibuang kulit luar.
Dihiris nipis (supaya cepat empuk).
Basuh bersih2 dan rebus hingga empuk.
Angkat, toskan air pastu blend hingga hancur.
Tambahkn sikit air jika perlu.
Kendian, simpan dalam bekas kecik2 tuk sekali makan dan bekukan.
Tahan 2 minggu.

Ibu selalu bg makan puree ni di campo ngan yogurt asli.
Sangat suka Hafeez makan.

Puree ayam dan ikan -
Ayam diambil bahagian dada, stim atau rebus, dan kisar hingga halus (tambah skit air masa kisar tuh)
Ikan merah, stim atau rebus empuk, kisar isi ikan sampai hancur.

Ikan bilis sangai
Ikan bilis dibuang kepala, najis dan tulang.
Basuh bersih dan goreng dengan minyak sikit jek.
Goreng sampai garing.
Kisar ikan bilis sampai jadi serbuk halus.
Campur dlm bubur sikit bile mau makan.
Biasenye ibu campurkan bubur nasi+puree carrot+serbuk ikn bilis ni.
Sangat berselera Hafeez makan.

Peringatan!
Pastikan pengisar yg digunakan bukan pengisar yg kalian guna tuk kisar cili kering n bahan masak yg lain ye.
Sediakan pengisar khas tuk baby food. Itu lagi bagus.
Semua sayur, buah dan daging2 tu di basuh dengan bersih sebersihnye.
Rebus sayur dan buah sekadar lembut dan empuk supaya nutrisi dlm nye tak hilang.

Selamat mencuba!!!