Showing posts with label Zahratul Sofea. Show all posts
Showing posts with label Zahratul Sofea. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

* Tersalah Potong...ngee *

Ibu: Zahra diam2 yer, jangan gerak, ibu nak potong rambut depan. Diam2 tau
Zahra: mmm..mmmm..(angguk2 kepala da macam burung belatuk)

Ibu da aim nak potong atas kening.
Ok, zahra da diam, ready steady......zaapp!
Pada masa yg sama zahra ngguk2 lagi kepala nya...huwaaaaa
Habis herot2 kontot senget benget rambut anakku!!
Nak x tak nak terpaksa ibu trim kasi sama rata.
Trim punye trim, makin pendek dan kontot giler.
Sekali tengok da mcm rambut org penan...aiyoooo!
Sila jgn ketawa guling2...kesian zahra :(
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Muka sedih zahra...huhuhu

Tak per..tak per... rambut akan tumbuh panjang lagi ye nak.
Harap sabar menanti rambut depan kembali panjang.
Apapun zahra tetap comel cam amoiii ^_^!



Thursday, December 29, 2011

* Pecah Seribu Hati ku wuuuu.. *

Kajang, 28 Disember, 9.15 pagi - Seorang ibu terkocoh2 meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja bersama ngan anak perempuannya, Zahra berumur 1tahun 1 bulan.
Si abang, Feez berumur 3 tahun setengah x mau ikut sbb nak tinggal ngan mak cu nadiah nak main game Angry Bird.
Ibu meletakkan zahra seat sebelah pemandu, x sempat nak pasang car seat, lgpun zahra x suka dok dlm car seat, beliau akan berusaha panjat kuar dr car seat tu nanti.
Maka, ibu turunkan kerusi dan baringkan zahra, pakai seat belt dan letak bantal atas badan zahra.

Wednesday, December 14, 2011

* Moonwalk ^_^ *

Tunggu punya tunggu, 1tahun 3minggu Zahra berjaya berjalan dengan konfidennya.
Lambat sikit dr abg feez, abg feez 1thn 1 minggu sudah terhuyung hayang berjalan huhuhu.
Zahra da pandai bertatih sejak umur 10 bulan, tapi lebih byk merangkak setelah maju satu dua tapak.
Takut2 nak melangkah, kalu pegang apa2 zahra berani la skit.

Monday, December 12, 2011

* Menyelam Sambil Berkebun *

Ikutkan hati, hari2 mau guling2 ngan feez & zahra.
Kalu hari kerja, mmg rase x masa cukup nak dgr aduan domba dr anak2.
Mula menghitung hari bila la nak cuti? bila la nak cuti? huhuhu
Sehari sebelum cuti, otak da merangka mcm2 projek nak wat, maksud ku selain dr kerja2 surirumah la.

Hubby balik shopping ngan feez (2 hero ku mmg kaki shopping hihihi)
Bawa balik penuh 10 jari ngan plastik2 tesco berisi mcm2 brg.
Kalah aku shopping mereka nih, aku garu2 kepala belek satu persatu beg plastik, wat spotcheck ape kebenda yg dibeli??

Feez: Ibu .. ibu..apis beli kolam!
Ibu: Kolam? nak bela iwak cilik ke iwak gedi?
Feez: Bukan.... bukan, kolam mandi apis & adik
Ibu: owh...
Feez: Ini apis punye, ni adik punye ye (sambil keluarkan pelampung biru & pink dr plastik)

Wah..ni da mcm nak mandi kolam besor jek, siap pelampung bagai.
Sib baik feez x beli kan zahra bikini sekali huhuhu.

hohohoo zahra bahagia mengapungkan diri atas pelampung abg feez beli.

Wednesday, November 30, 2011

* Kudis Api?? *

Kelmarin celah2 pelipat muscle ketul2 zahra naik merah2.
Aku pun dgn yakin itu adalah ruam sapu la lotion calamine.
Esok nye, aku tgk makin teruk plak.
Ade biji2 kecil berair2.
Pastu makin merebak ke bhg badan lain sebiji sebiji naik.
Sekali tgk da mcm chicken pox.
Kat celah2 pelipat mmg da penuh dah.

Risau tgk biji2 kecik ni makin byk terus ajak hubby gi klinik.
Masuk jumpa doc, cerita segala2nya, tunjuk tanda merah2 kat badan zahra.

Doc: Oh, ni kudis api ni (sambil cuba pegang tangan zahra tuk tgk merah2 tu)
Ibu: Kudis Api??? (menatang apekah?)

Wednesday, November 23, 2011

* Main Masak-Masak*

Aku mmg suka memasak.
Sgt suka.
Tahukah kalians, kalu org putih, aktiviti memasak bersama anak2 merupakan salah satu proses pembelajaran anak2 dirumah?
Org putih percaya aktiviti memasak sgt membantu anak2 dlm proses pembelajaran & pembesaran anak mereka.

Tapi kalu org kite plak...
"Jangan main pisau, nanti luka!"
"Jangan dok kat kuali panas, bahaya!"
Jangan itu, jangan ini...sudahnye sampai anak kahwin masak air pun xpandai.

Nak wat aktiviti memasak ngan anak2 pun ade step by step.
Bukan kena terus ajor pegang pisau, potong memotong.
Ikut umur anak2 kita la kan.
Mulakan dengan masak simple2 jek

Byk website aku baca pasal memasak ngan anak2.
Mmg sgt2 menarik, teruja rasa nak melakukannya.
Yela, apa kata dr asyik ajak anak main sorok2, pondok2 kite tukar main masak2 plak kan!
Baru la berkembang minda!


Sebab2 mengapa perlunye aktiviti memasak dengan anak2

- Memasak membantu anak2 utk belajar tentang nutrisi & pemakanan sihat. Kalau asyik sogok anak2 dgn junkfood & fastfood, itu boleh jd penyebab utama kenape obesiti kanak2 semakin meningkat! Masa memasak bersama kite citer kat anak2 sayur ni ade vitamin E bagus tuk kulit cantik, nak kulit cantik mcm ibu kah? ekekek

Monday, November 21, 2011

*Puteri Silat Gigit*

Sejak beranak 2 ni, 24 jam rase mcm x cukup jek.
Bila dikira darab bahagi tolak tambah, nurul dhia perlukan lg 4 jam menjadi 28jam sehari tu untuk wat aktiviti yg selalu x sempat aku nak buat contohnye ~ blogwalking, update blog, reply komen, blogwalking lg, update blog lagi, blog, blog, blog ekekek T_T

Masa feez dulu sgt rajin aku meng'update' proses tumbesaran nye.
Sian zahra, ibu bukan malas, tapi x sempat ler cayang.
Anak dara ibu sgt manja, selalu mau ibu duk lepak2 main guling sama2.
Ibu x yah wat ape2, rehat aje ngan zahra, biar abah yg masak, mengemas, basuh baju, jemur baju ekekekek.

Thursday, November 17, 2011

* Zahra 1 Tahun *

Hari ini, 17 November genap sudah 1 tahun Zahratul Sofea berada dimuka bumi Allah yg indah ini.
Waah bermadah pujangga plak ibu hihihi.
Sudah besar anak dara ibu rupernye!

Seperti biasa, ibu mmg over eksited nak selebrate birthday anak2 ibu.
Siap perah otak nak cari tema & konsep ngalahkan TV3 nye persiapan nak wat anugerah skrin ler.
Kalu Feez dulu senang jek, wat tema Upin & Ipin, terang2 feez minat giler kartun tu.
Zahra bukan peminat kartun, mcm2 kartun ibu cuba pancing zahra wat dek jek.
Mmg x layan sgt TV pun.
Lebih suka explore umah, panjat turun naik tangga, tolong ibu mengemas dapo, mmg feveret anak dara ni.
Tapi, oleh kerna Zahra bagaikan puteri yg jatuh dr langit, maka ibu memilih Tema Princess Disney, dgn harapan Zahra lebih bersopan santun lemah lembut cam tuan2 puteri..huhuhu.

Majlis diadakan pada Raya Haji yg lalu, sbb kalu ikutkan bulan islam, mmg zahra lahir 10 zulhijjah.
Bukankah zahra lahir pagi2 raya haji tahun lepas...4 hari aku sambut raya kat sepital Temerloh nun huhuhu.
Lagi meriah sambutan hari jadi di'kongsi' ngan hari jadi adik2 aku yg lahir Oktober & November.
Hahaha...jimat kos betul, yela bukan senang dpt berkumpul bila adik badik ramai ni.

13 okt - kembo Nabila & Nadiah
20 Okt - Yana chomot
(tahun depan pasti lg meriah bulan oktober ngan 2 anak buahku yg comel2)
9 Nov - Balqis
16 Nov - Due
17 Nov - Zahra

Kek Zahra hasil kreativiti Citra Klasik, kedai kek feveretku, berperisa blueberry...Terbaek!!

Tuesday, November 1, 2011

* Original Brownies versi Demam Masterchef *

Haish..sejak layan MasterChef Malaysia kat asteruk ni, berkobar2 nak masuk dapur ari2.
Pantang cuti, mula la mindaku merangka nak masak itu ini.
Dah mmg hobi aku sejak kecik suka main masak2.
Aku lebih rela memasak pung pang pung pang kat dapo sorang2 drpd org soh aku mengemas...huhuhu
So, tiap kali raya mmg aku amik kontrak masak2 kat dapo ngan mak aku.
Bab2 kemas umah, tuka langsir sume aku surrender!
Aku pernah jadi juara pertandingan memasak masa sekolah menengah dulu tau...KEEEEEELAS KAU NURUL!!

Bila nak masak xleh nak ikut selera sendiri.
Kena pikir2 selera seisi umah, terutama hubby & anak2.
2 hero aku ni sgt suka kek yg berasaskan coklat.
Wah romantiknye hero2 ku ni, lelaki yg suka coklat kan berjiwa romantik d'amor kuikuikui

Sudah lama berangan nak wat brownies.
1st time aku wat brownies tuk hero2 ku terchenta.
Rupernye brownies ni byk jenis la plak ~ ade kukus, bakar, bercheese...
Tapi aku pilih original brownies.
Bahan & cara pun simple jek.

Sepotong brownies yg menggiurkan huhuhu

Wednesday, October 19, 2011

*Hitam Itu Menawan*

*Entri dah basi..lalala
Tapi kena gak publish da lama sgt terperam sbg draft.
Tak adil la tiap2 tahun ade gambo gedik raya, tetiba tahun ni xde plak kan.
Gara2 menunggu gambo edited dr mak buyung, sudahnya mak buyung terberanak awal 1 bln dr due date.
Maka aku terpaksa edit sendiri gambo raya tahun ni.
Oh, srinor family ade ahli baru! yeay! later i update k.
Ikut Q yer, byk draft sedang menanti Q untuk di publish ngeeee.

Ok, Straight to the point.
Tahun ni giliran beraya belah mentua dulu.
Maka sume adik beradik aku yg dah kawen balik kg mentua, termasuk mak aku beraya umah mentua gak huhuhu.
Raya ke-2 baru pusu2 balik temerloh, tapi aku sampai temerloh raya ke-3 sbb terpaksa bawa balik nasi beriani yg mak aku order kat hutan melintang, perak tuk wat mkn2 raya ke-3 malam tuh.

Gambo family tahun ni, aku edit tuk selitkan yana chomot kat celah2 tuh.
Yana, jgn byk komen, org berpeluh2 nak edit tempek gambo awok gemuk ni tau...buwek :p

Tema tahun ni hitam kombine ngan ape2 kaler sesuka ati, menawan gitu.


Wednesday, September 28, 2011

* Gigit Karipap-Karipap Cinta *

Akhirnye, setelah lama menunggu, maka 2 batang gigi cumil kiut miut kuar gak.
Tu pun baru minggu lepas kuar ciput.
Aku terperasan masa dok korek2 mulut zahra, cuba keluarkan cebisan plastik yg ditelan nya...ngeee~
Zahra suka tolong ibu kemas umah wei..kutip habuk2, sampah sarap kecik2 seterus nya dibuang ke dlm mulut nya sendiri...huhuhu

Zahra tumbuh gigi agak lewat berbanding feez, pd usia 10 bulan.
Feez dulu 7 bulan sudah tumbuh gigi dan kuat menggigit!
Sib baik zahra masih malu2 nk menggigit time nyusu ~ fuhhh urut dada ibu.


Sunday, September 11, 2011

*Jangan Kacau Abang!!*

"Adik sayang abang"
Agaknye itu yg zahra ckp kat feez.
Sambil popok abang, dodoi abang, zahra baring2 manja atas badan abang feez yg tgh lena tido.
Sangat manja adik ngan abang.


Wednesday, August 3, 2011

*Zahra Promote Susu Ibu @ Harian Metro*


Mengepam pastikan stok susu mencukupi

STOK SUSU... Zafifah melihat stok susu ibu yang disimpan di dalam peti sejuk beku yang kini berjumlah 30,845 mililiter.

>>Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

STOK SUSU... Zafifah melihat stok susu ibu yang disimpan di dalam peti sejuk beku yang kini berjumlah 30,845 mililiter.

RAMAI ibu mengakui cabaran paling besar selepas melahirkan anak apabila terpaksa menyambung kerja dan pada masa sama, menyusukan bayi mereka.

Ada di antaranya mempunyai semangat tinggi ingin menyusukan anak secara eksklusif, tetapi akhirnya terpaksa menyerah kalah lantaran tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai teknik penyimpanan susu ibu, ada juga terpaksa mencampurkannya dengan susu formula kerana kekurangan susu.

Bagi Nurul Zafifah Mohd Sahri, 30, kejayaan menyusukan dua anak Muhammad Dhia’ul Hafeez Diauddin, 3, secara eksklusif selama dua tahun tiga bulan adalah pengalaman paling berharga. Apa yang menguatkan semangatnya adalah dorongan daripada suami, Diauddin Mustajid, 32, yang meminta supaya dia menyusukan anak sepenuhnya sejak mengandungkan Hafeez lagi.

Wednesday, July 27, 2011

*Abang Borek, Adik Rintik*

Aaaah...sempooooot ibu tgk anak dara manja ni berenang2 dlm air coklat abang feez!
Abang borek adik rintik, bole?
Lihatlah dunia, anak2 kesygan ku ini, sama jek perangai.
Comot baju putih bersih suci ngan air coklat.
Jenuh la nak menonyoh ni kang...haish :(

zahra comot..geram betoi, terus meraung bile ibu angkat dr takungan air coklat.
Berenang kuak tertonggeng lagi.

Tuesday, July 19, 2011

*Fail2 EBM*

Akhirnya, berjaya juga menyusun stok2 EBM zahra dlm drawer untuk mudah diakses.
Kalu sebelum ni, stok di susun secara ter'baring' dlm drawer tu.
Tapi cara tu cam susah aku nak akses stok bila nak guna.
Pastu kena rajin susun ikut FIFO (first in first out) kalu nak mudah akses.
Jenuh la plak, nak kena selalu kemas drawer ni.

Fikir difikirin, akhirnya aku dpt idea susun secara menegak.
Dgn cara ni aku x perlu susun ikut turutan tarikh @ FIFO.
Janji bole akses ngan mudah.

Wednesday, July 6, 2011

*Makan & Warehouse...Terbaek*

Ahad lepas, aku terpakse amik half day sbb job xde...ceh terpakse la kunun.
Hubby ajak p kenduri kawen member sekolah kat Taman Tasik Titiwangsa.
Wah dgr nama tempat pun aku da agak musti perkahwinan dlm tasik ...eh taman ~huhuhu
Zup...balik umah bertukar cantik2, on da way ke kl baru singgah umah bbsitter amik zahra.
Dalam keta tunggang langgang ibu tukar plak zahra shomot jd princess hihihi

Zahra sudah comel!
Pinjam spek itam abang nak posing :)

Friday, July 1, 2011

*Update Stok EBM Zahra*

Alhamdulillah Ya Allah Alhamdulillah
Begini la rupa Mr. Reitoko, dipenuhi dgn stok ebm zahra.
Rezeki melimpah ruah buat anak ibu.


Wednesday, June 29, 2011

*Anak-Wayang-Anak-Wayang*

Lamaaaa giler x p tgk wayang.
Last p time tgk citer Harry Porter tahun lepas...err x igt bln bape huhuhu.
Masa demam Nur Kasih The Movie baru2 ni hajat dihati nak p tgk la kan.
Terutama mak su balqis, semangat dtg bercuti kat sini nak tgk nur kasih nye pasal.
Di samping beliau kebosanan dok umah, mak abah p bercuti ke jepun tinggalkan dia huhuhu.

Maka beramai2 aku ngan adik2 p terjah TGV kat Sunway Piramid ~ tengkiu angah bg tiket free dr milk a deal ^_^y
Sampai TGV terus p kaunter nak beli tiket Nur Kasih.
Sekali tgk showtime Nur kasih tghari xde, ade time maghrib n midnite, hancus hati... :(
Nak tgk Jack Sparrow, 2 chipmunks - Feez & zahra ler, bawah umur la plak.
Maka terpaksa aku amik4 tiket kung fu panda 2 (aku, balqis, nabila, feez) & 2 tiket jack sparrow (du n nadia)

Showtime ade lagi sejam, maka kami pusing2 jln2 cari pasal dulu.
Tetiba terpandang banner beso gedabak kat ruang legar, Waaaah! ade Cars tour la.
Ni feveret Feez nih, terus aku heret budak2 p ke pameran tu ~ ibunye yg hover nmpk hihihi
Rupernye ade promosi filem terbaru Cars yg akan ditayangan pd cuti sekolah bln 8 nnt.


Thursday, June 23, 2011

*Hafeez 3 Tahun & Ole-ole dari Jepun*

Wallaaa...anak teruna ibu sudah 3 tahun rupenyer.
Da semakin besar feez, semakin nakal, semakin bijak pandai.
Tahun ni ibu abah x sempat nak tempah kek special wat feez mcm tahun2 sudah.
Igt tahun ni nak tempah kek Cars feveret feez tu.
Tapi akibat ter'leka' ngan macam2 hal, nmpknye tahun ni Feez dapat kek biasa je la ye sayang.

Tiup lilin pun da lewat sebulan, alahai sian anak ibu ni.
Tapi feez x kisah, janji dpt potong kek, feez mmg seronok :)
10 Jun lalu, kombinasi majlis besday feez, mak ngah, anniversary ibu abah & sambut hari bapa ... nah hamik sekali gabung xmuat nak tulis atas kek nama2 yg terlibat~kuikuikui.
Jimat kos gak aper~hahaha


Sibuk soh cucuk lilin dulu, kalu xde lilin xmo potong kek nye.

Tuesday, May 31, 2011

* Hahaha..Balqis Kena Tinggal*

Tajuk entri mcm kejam jek, mentertawakan mak su balqis yg ditinggal oleh mak & abah berhoneymoon ke Jepun 2 minggu.
Memula balqis tersenarai dlm list 'brg' dibawa oleh mak & abah ke Jepun.
Tapi di sbbkan jadual balqis penuh ngan kelas bimbingan & tuition, terpaksa la dikeluarkan dr list.
Hahaha...lega hati kakak2 & abang2 mu yg dengki ni :p

Maka berangkat la mak & abah ke jepun ahad lalu, berdua2an saja.
Pegi nye 2 minggu aje, tapi beg nye cam nak duduk sana terus!!


Luggage itam adalah baju2 & keperluan mak abah, yg luggage merah tuh adalah MAKANAN saja kiriman dari yana chomot ~ KFC, MAggi, bahan masak, Rempah2, dan paling xleh blah Ikan Patin Pun si yana order! Merasa la ikan patin Temerloh terbang ke Jepun huhuhuhu