Selalunya ikan patin sinonim ngan masak asam pedas tempoyak kan?
Apa kata try test wat pais tempoyak plak.
Salah satu masakan glamour temerloh.
Lagi umph dr masak asam pedas tempoyak tau.
Nak masak pun sempoi jek.
Aku wat versi kukus.
Boleh juga kalu nak dibakar.
Rase lebih kurang, cuma beza nya yang kukus berkuah sikit, kalu bakar kering la.
Oleh kerana daun pisang xde, aku main letak dlm loyang aje.
Kalu ade daun pisang lagi wangi2 gitu.
Bahan-bahan
Ikan patin
Cili api merah
Cili merah
Bawang merah kecik
Tempoyak
Kunyit hidup
Daun kunyit
Batang serai
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Basuh ikan & kelar rapat2.
Kisar cili, bawang n kunyit sehingga hancur~aku suka tumbuk2, sedap gigit2 rempah2nye tuh
Masukkan tempoyak, garam n gula. Kisar sehingga sebati.
Hiris halus serai n daun kunyit. Masukkan ke dalam tempoyak tadi. Gaul rata.
Letak ikan atas daun pisang. Lumur dengan tempoyak tadi. Balut ikan dengan kemas.
Bakar@kukus ikan sehingga masak.
Tadaaaa.....
Sedap makan ngan nasi panas2 dan ulam2an wat cicah ngan rempah2 ikan ni.
Sama cam cicah ngan sambal tempoyak gak.
Hirup kuah nye yg pekat melekat nih, mmg sempoi habih!!!
Nurul Dhia: bole gak ganti ngan ikan keli, mantop!
Thursday, June 23, 2011
*Pais Tempoyak Ikan Patin*
2011-06-23T16:24:00+08:00
NuRuL DhiA
Makan-makan|Masak-Masak|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)