Monday, July 28, 2008

* Cabaran Breastfeeding *



Minggu lepas aku beli majalah kesyganku Pa&Ma, isu ogos. Tajuk depan memang menarik, sempena minggu penyusuan ibu sedunia 1-7 ogos 2008 ni. Wah! xtau plak aku ade minggu penyusuan ibu. Topik2 yg dibincangkan pun menarik, semua berkaitan dengan info penyusuan ibu. Memang sesuai untuk ibu2 yg merancang untuk breastfeeding (BF) baby mrk nnt, ada pelbagai panduan serta pengalaman ibu2 yg BF anak2 mrk.

Teringat sewaktu mula2 BF Hafeez. Saat tu cukup mencabar bg aku, coz xde sokongan drpd family (termasuk my mom, makcik2, mak mentua) tapi nasib baik ada sokongan drpd hubby. Kalau tidak tentu aku xberjaya BF hingga skrg.

Memang aku berjaya BF buat kali pertama saat Hafeez dilahirkan. Tapi masuk hari ke-3, susu aku x cukup tuk Hafeez. Hafeez plak kuat menyusu. Masa tu sangat sedih sbb aku terpaksa bg Hafeez susu formula! Itupun setelah didesak oleh mak aku sbb kesian tgk Hafeez asyik menangis. Kalau ikutkan aku mmg aku xnk bg, sbb aku tau bkn susu x de, cuma perlukan lebih rangsangan dr bayi tuk hasilkan susu.


Ya allah, mengalir air mata aku masa bg Hafeez susu formula tuh. Mula2 Hafeez tolak, sbb dia x biasa dgn puting botol, dan rasa susu tuh lain. Tapi mungkin dah penat menangis dan lapar, Hafeez minum jugak. Kesian Hafeez. Rasa bersalah sangat kat Hafeez sbb x dpt bg susu ibu, hak dia. Nasib baik hubby byk bg sokongan masa tu dan suruh aku sabar dan jangan give up.
Pada masa yg sama, aku tetap BF Hafeez dan mengepam. Walaupun hasil mengepam xsampai 1 oz. (lebih kurang 2 sudu besar) aku x putus asa. Aku juga banyakan minum air, minum susu Anmum utk BF, makan sayur sawi byk2, aku telan apa saja yg boleh bykkan susu.

Hari ke-5, susu aku semakin byk. Tapi Hafeez xpuas hati sbb dia dah seronok menyusu botol, bila menyusu ngan aku dia terpaksa kerja keras. Menyusu botol aliran susu yg keluar laju, jd dia xperlu bekerja keras semasa menyusu. Sekali lagi aku terpaksa memujuknye setiap kali bila BF. Bila dia mengamuk sakan, seperti biasa tanggapan org2 tua

"Susu xcukup tuh, bagi jela susu formula".
"Bagi nestum, kenyang la budak tu senyap la dia nnt"

Cukup pedih dgr kata2 tuh. Malam tu, mak aku bg minum susu formula dicampur sedikit nestum beras. Aku terpaksa mengalah buat kali ke-2. Sedih sgt. Lepas tu aku slowtalk ngan mak, yg aku xmahu lg Hafeez diberi susu formula n nestum. Aku nk BF Hafeez. Kalau terdesak baru bg Hafeez susu botol. Akhirnya mak akur kehendakku. Setiap kali Hafeez mengamuk aku pekak kan telinga dgr bebelan mak aku.


Alhamdulillah, susu semakin banyak cuma Hafeez lebih suka minum dlm botol, terpaksa la aku pam dan bg dia minum dgn botol. Itupun bila Hafeez mengamuk sakan xmau menyusu dgn aku. Pada masa yang sama aku paksa Hafeez menyusu direct ngan aku. Memang susah, terpaksa dengar dia menangis tp aku berusaha pujuk nya.


Hari ke-8, barula Hafeez mahu menyusu direct tanpa guna botol. Hafeez akan gunakan botol bile aku xde dgn dia (masa aku tgh mandi, berurut, bertungku, bersauna). Jadi aku akan pam tuk stok Hafeez minum guna botol.

Alhamdulillah, hingga ke hari ini, Hafeez hanya minum susu ibu. Dan aku sentiasa berusaha membuat stok EBM, xkira ke mana aku pergi beg pam sentiasa aku bawa. P opis, balik kampung, p holiday, beg pam xpenah aku tinggal.


Dan sekarang mak aku turut menyokong aku BF malah dia agak terkejut bila aku balik kampung xbawa bakul susu (yg org guna letak plusk air, botol susu, susu tin dan lain2 brg yg biasa org ade anak kecik bawa bile berjalan). Sejak itu baru mak aku yakin yang cucu nya bole hidup tanpa susu formula.

Modal yang aku n hubby keluarkan tuk beli pam semasa aku pregnan dulu memang xsia2. Memang banyak yang menentang masa aku beli pam tuh, pada mereka membazir mana tau kalau susu xde atau xkeluar. Tapi aku ni degil huhuhu... dan sekarang pam ini la yang banyak berjasa, 3 bln dah balik modal. Kenapa?


Harga setin susu baby rm29-rm49 setin. Dalam masa sebln sekurang2nya 4 tin dan jumlah 4 tin = rm200 (lebih kurang). Jadi perbelanjaan untuk susu sahaja sebln rm200. RM200 x 3bln = sebuah pam susu yang berkualiti dan sangat berbaloi pada aku. Perbelanjaan susu anak = Free selepas 3 bln. Lihat betapa byknye kita bole berjimat, nak plak harga minyak dan barang2 da naik sekrg nih.



Alhamdulillah, Stok EBM Hafeez mencukupi keperluan Hafeez bila aku kerja.

Semua ibu boleh menyusukan anaknya. Tiada alasan susu xkeluar, susu xcukup. Cuma kena faham flow BF bkn semulajadi. BF perlukan rangsangan, semakin kerap dirangsang (bayi menyusu/ menggunakan pam) semakin banyak susu dihasilkan. Penyusuan ibu bkn terjadi secara semulajadi tapi berdasarkan permintaan, semakin tinggi permintaan drpd bayi (sekerap yg mungkin bayi menyusu), semakin banyak susu ibu terhasil. Sbb itu, bg ibu2 yg bekerja mereka digalakkan mengepam sewaktu berjauhan dr anak, supaya otak kite menerima signal susu perlu dihasilkan walaupun anak tidak menyusu waktu itu.

Jadi kepada ibu2 yg berhajat full BF, persiapan awal amat perlu dr segi mental n fizikal, knowledge, bertanya pd ibu2 yg full BF mcm mana nk handle situasi. Aku xsalahkan mak aku, makcik2 dan mana2 ibu lain, mereka kurang knowledge tentang BF. Tapi ibu2 perlu kuat semangat, tekad dan tabahkan hati supaya x diperngaruh dgn tanggapan2 negatif. Dan suami memainkan peranan sgt penting perlu sentiasa bagi sokongan tuk ibu hadapi cabaran2 semasa di awal BF.

12 DiNg DoNg!!!:

Humyrah said...

Saya pun alami kesukaran yang sama.. Masa lahirkan Afif, dia x pandai BF. 24 jam dia hanya tidur dan menangis bila lapar. Bila nak BF dia, dia akan tidur semula. 3 minggu saya tinggal dalam wad untuk melatih dia BF. Saya dan Afif tak boleh keluar dari hospital selagi dia x pandai. Ia saat yg sukar.. Doktor dan nurse semua dah putus asa dgn kami berdua. Kami dibenarkan keluar akhirnya (kerana mereka dah putus asa)

Di rumah saya masih tetap mencuba. Saya pernah 4 jam mendukung Afif untuk dia belajar BF sampai saya tak larat dan menangis.. Akhirnya saya pam saja. Saya bimbang tahap glukosa Afif menurun.. Dah 2 kali kami masuk wad sebelum tu, jadi saya tak nak lagi masuk wad sekali lagi.

Atas kejahilan saya (hmm tak cukup ilmu masa tu..) Saya 'ter'ambil pil perancang yg menyebabkan susu sy terus kering. Sedih sangat masa tu.. Alhamdulillah, saya dapat juga BF kan Afif hingga 4 bulan (syukur..)

Sehingga kini susu badan masih ada walaupun arwah anak tak sempat nak rasa.

NM said...

hi dhia..sya mmg dh plan nk fully BF baby.mmg since early pregnancy dh berazam nk BF baby.even my MIL pn sokong.so mmg takde mslh.family i pn mmg sokong.hubby i dlu tak phm.tapi bile i bwk dia pegi kelas antenatal, kt situ explain tentang kebaikan BF so baru dia phm knp i bodek dia belikan Breastpump yg mmg agak mahal la compare manual pump. even my friend pn siap lecehkan semangat i,'rugila beli electric pump ni'..but for me it's an investment..kita nk gune lama.harap2 bila anak i lahir esok, i dapat buat mcm u jugak. susu mmg keluar sikit je according to consultant BF tu..sbb perut baby kecik je masa lahir.susu ni based on demand. so sebenarnya info yg orang2 'veteran' kata 'susu tak cukup' tu nonsence!!susu tak keluar tu pn tipu..sbb takde rangsangan cmne susu nk keluar..betul tak? hehe...wah2 i becakap mcm ada pengalaman je..hehe :)

Nora said...

congrates nurul sbb dah tekad & kuatkan semangat. mmg mencabar kalo nk fully BF nih. even mak kak nora pun dulu sama jer fikiran dia mcm mak nurul. tp akak sama lar gak cam yan.. dulu 'jahil' sket. pastu org sekeliling xde yg BF, so x buat. alasannya sbb keje shift & environment keje. masa tu kita sorg jer yg dah kawin & ada anak. hehehe.. i-Allah kalo ade peluang lg nnt, nk ikut cam nurul & kwn² yg lain ;)

♥ Mrs. C ♥ said...

Fuh... btl la Nurul... BF ni mmg jimat.. dulu kite pon nak full BF kat Sya Sya, tp awal2 kelahiran tu susu sikit, hingga tpakse di beri susu formula.. lama2 Sya Sya pon dah xmau BF.. erhmm.. takpela.. next baby nak buat mcm nurul gak la..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Wife ku dulu masa awal je... lepas tu susu dia tak keluar langsung...!! dah rangsang macam mana pun, memang totally takde... walaupun dia dah minum susu untuk ibu untuk merangsang susu badan, tapi badan dia tetap tak process untuk keluarkan susu...!! jadi kami terpaksa korban untuk beli susu formula untuk elakkan Amir kelaparan... tapi takde aa sampai bagi nestum...

NuRuL DhiA said...

humyrah>> insyallah yan, kalu ade rezeki anak akan datang bole la planning awal2 BF ye. Pengalaman lalu jdkan guide tuk yg akan dtg. Yang penting kena niat n tekad, kalu niat kite betul insyallah Allah permudahkan urusan BF tu nnt.

lovelymummy>> Tahniah! sbb u ade kesedaran ttg BF nih. I mmg obses kalu dgr ibu yg nak BF. rase seronok sgt. yela xramai org kite ade kesedaran ttg pentingnye BF nih. nnt bole la share pengalaman n info BF sama2.

nora>> Tahniah gak kak nora sbb dah berazam nk BF tuk next baby. Zaman dah berubah, dunia da semakin maju (cilok dr iklan berita harian). Bekerja bukan lg alasan, skrg banyak da kemudahan tuk BF bg ibu2 yg bekerja. Nnt nurul bole jd consultant akak,huhuhu free of charge..hihihi

connie>> Chaiyok2..insyallah, next baby kite tolong kak connie. Seronok kalu dgr ibu2 yg nk BF. Kawan kite 2 org da berjaya BF lepas brainwash ngan kite..huhuhu.

mr_rizal>> xpe la da xde rezeki Amir. Next baby bole try lg. Skrg ade pil ASI tuk bykan susu. Mana tau bole cuba dgn pil tuh. Aku pun cdg nk amik tuk bln pose nih. Sbb bln pose susu mungkin kurang, sbb x mkn n minum.
Kalu ikutkan org tua bkn setakat nestum jek nk bg baby, bubur nasi pun depa nk suap, cam nenek aku. Janji baby senyap, bile baby senyap kununnye tanda baby tuh kenyang. Bile kita ckp baby tuh kecik lg mana bole kasi mkn, Depa jawab "anak2 aku sume suap nasi, idup juga"....hmmm.

NM said...

dhia...nk tmbh lagi sikit info.my step mother masa deliver adik i,dia pn sama kasik alasan 'susu tak keluar'...i heran betul..walhal bdn mak tiri i tuh 'semangat tap tak sebesar syaniela'...and now i nmpk 'effect' sbb tak kasik lgsg susu bdn kt adik i tuh..dia kerap sakit esp demam n cirit birit jgn citelaaaa....dats y i pn tekad berazam nk BF my baby nanti..

*nway,nk tny..ktner ek u beli beg utk simpan susu tuh..mcm pnh tgk kt 1 online shop ni..kot2la sama..nanti nk kene belila jugak nieh..

NM said...

dhia...nk tmbh lagi sikit info.my step mother masa deliver adik i,dia pn sama kasik alasan 'susu tak keluar'...i heran betul..walhal bdn mak tiri i tuh 'semangat tap tak sebesar syaniela'...and now i nmpk 'effect' sbb tak kasik lgsg susu bdn kt adik i tuh..dia kerap sakit esp demam n cirit birit jgn citelaaaa....dats y i pn tekad berazam nk BF my baby nanti..

*nway,nk tny..ktner ek u beli beg utk simpan susu tuh..mcm pnh tgk kt 1 online shop ni..kot2la sama..nanti nk kene belila jugak nieh..

NuRuL DhiA said...

lovelymummy>> betul tuh, saiz badan pun bukan ukuran susu byk atau sikit. Mcm i ade yg siap perli ckp "badan kecik pun susu banyk ye"

beg tu i beli kat my cousin, pn suraya kat www.lunastore.com
skrg dia tgh buat sale sempena minggu susu ibu sedunia. bole la u usha kat situ byk product tu BF.

Anonymous said...

yups betul tu. Saya pun pernah alami perkara yang sama. Pernah kawan saya tegur "ada ke susu tu? aku yang badan besar ni pun x keluar, apa lagi macam u." saya malas nak layan, kalau org dah selalu sgt fikir negatif cakap apa pun xkan jalan. apa yang penting anak ku mendapat susu manusia bukan susu lembu.. betul tak? hihihi.. :) baby pun x penah demam or sakit2.. skrg umur dia dah masuk 7 bulan. Alhamdulillah....

NuRuL DhiA said...

Tahniah dear, pengalaman lalu akan jdkan kite lebih baik :)