Showing posts with label Healthy Info. Show all posts
Showing posts with label Healthy Info. Show all posts

Monday, April 9, 2012

* Sejarah Susu Formula *



Tahukah anda bahawa sebelum susu formula dicipta, ibu-ibu di seluruh dunia menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, dan kalaupun mereka tak boleh menyusukan, atau tak mahu menyusukan, akan dicari (diupah) ibu susuan bagi menyusukan bayi itu.

Di negara Barat ia dipanggil wet-nurse. Dan seterusnya bayi tersebut akan diberi makanan mengikut peringkat usia, daripada sumber2 yang boleh didapati di sekeliling mereka.

Tapi pada tahun 1867, seorang pakar dalam bidang kimia telah mencipta makanan bayi ‘dari kilang’. Namanya Justus Von Liebig. Bermula dari itu, banyak syarikat2 dan kilang2 yang mula berebut2 mencipta makanan untuk bayi sehinggalah menghasilkan satu produk yang terdiri dari susu lembu, krim, gula dan air = susu formula.

Henri Nestle pula telah mencipta makanan bayi (susu) yang berbentuk tepung yang mendapat sambutan menggalakkan.Mungkin ia memudahkan mereka pada masa tu (yang mana orang2 kaya biasanya tak menyusukan anak).


Friday, July 8, 2011

*Berpantang Versi Cesarean*

Atas permintaan ramai, maka kali ni aku sharing n caring camne aku berpantang selepas bersalin c-zer ritu.
Untuk berpantang bersalin normal bole terjah entri ini yer.

Aku sendiri x jangka akan lalui bersalin secara c-zer, tupun emergency.
Selalu aku dgr kalu bersalin c-zer ni xyah berpantang teruk2 cam bersalin normal.
1 minggu lepas bersalin da bole jln2 shopping, pakai kuar jeans, mkn pun xde la byk pantang nye, xyah berbengkung lilit2, xyah berparam berpilis bagai....wah syiok nye org bersalin c-zer ni yer!

Aku rase cam pelik la bila difikir2kan balik, kenapa bersalin c-zer xperlu berpantang mcm bersalin normal.
Sedangkan tubuh kite mengalami perubahan selama 9 bln gak semasa mengandung tak kira la bersalin normal atau c-zer kan?
Mesti nak kena 'berubat' lama cam berpantang bersalin normal kan?
Mak aku bersalin 11 kali secara normal, mmg xde pengalaman tuk jaga org bersalin c-zer.
Tapi mak aku tetap suruh aku berpantang mcm bersalin normal dulu.
Sbb badan kite perlu 'berubat' lepas bawak baby 9 bln, lg pun badan tu nak pakai lama.
Yes, sgt setuju, sbb tu mak aku maintain awet muda mcm anak dara, x mcm org beranak 12!

Aku pun berusaha google sana sini tentang cara2 berpantang secara c-zer ni.
Mcm mana nk berbengkung?
Bole x nk berurut?
Bole x nk bertungku?
Mcm2 la aku cuba selongkar pasal berpantang c-zer nih.

Tuesday, May 24, 2011

*bahaya air masak pada bayi bawah 6 bulan*

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka.
Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.



Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Tuesday, March 15, 2011

* ... Dalam Botol *

"Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai"

Hoh! kenapa plak kena tunggu 1 thn baru nak kuatkuasakan pengharaman penjualan botol susu ni??
Tak silap aku isu ini sudah lama dibincangkan, tapi masih mahu tangguh lg.
Tak patuuuuut ~ dgn nada feez berkata.













Di Amerika Syarikat, U.S Food and Drug Administartion (FDA) telah meluluskan akta Toxin-Free Toddlers and Babies Act, yang menghalang penggunaan Bisphenol – A (BPA) dalam pembuatan botol susu bayi, dan makanan bayi dalam tin.
BPA boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti asma, autism, barah, hiperaktiviti, obesiti dan etc.
FDA telah kaji isu ini bertahun lamanye dan telah jalankan pelbagai kajian dan akhirnya mereka telah mendapati bahawa BPA ini sgt2 merbahaya kepada kanak2 dan bayi.
BPA sgt bijak kerana dapat meniru hormon dalam badan manusia dan menganggu sistem endokrin manusia.
Selain dari menjaga kesihatan dan keselamatan pengguna, pihak FDA melihat larangan penggunaan BPA dalam botol susu bayi sebagai satu langkah yang baik untuk kurangkan penggunaan plastik. Go Green!! Alien

Botol susu pun dah ada BPA free dijual dipasaran Malaysia dgn harga dlm linkungan RM20-RM50!
Mahal kan?? tapi pada aku pasal anak2 ni tak perlu la nak berkira sgt, demi keselamatan anak2 apa salahnya berbelanja lebih, x gitu?? Winking smile
Antara jenama botol susu BPA Free - MAM, Avent, Tommee Tippee, Bumble bee, Dr. Brown, Breastflow etc.
Favorite aku ialah MAM, w/pun byk part nk kena basuh, tapi sgt suka sbb anti-colic, puting nye lembut, bentuk nye yg chumel dan yg penting mesra Breastfeeding Baby.
Sudah kumpul 3 botol MAM ~ Hijau, Biru & Purple...huhuhu giler byk botol wat koleksi peribadi anak2 kuikuikui


nak sambar wana pink plak tp hubby sudah bising, wat pe beli botol byk2 ni!!!



Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!

PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.
PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.

Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

Berikut adalah kesan buruk BPA:

  • Mengganggu perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:

• Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
• Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
• Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
• Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
• Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
• Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan

Tips memilih botol susu:

Susu Ibu adalah pilihan utama untuk bayi dan menyusui adalah pilihan yang terbaik bagi bayi dan ibu.
Jika ada kekangan seperti ibu bekerja atau hal lain yang menyebabkan bayi menyusu dengan botol, beberapa perkara perlu diambil perhatian.
Berikut perkara2 yang perlu dipertimbangkan dalam memilih dan merawat botol susu:

1. Polycarbonate: Adalah plastik yang dapat melepaskan BPA dan biasanya ditemui pada botol yang memiliki kod #7 pada label atau botol. HINDARI produk dengan kod #7 ini.

2. Plastik selamat: Pilihlah botol dengan kod huruf PETE (Polyethylene #1) atau PP (polypropylene #5) yang menjadi alternatif plastik yang cukup selamat. Botol-botol ini bebas polycarbonate dan biasanya dibuat dari plastik yang x jernih dan warna agak kusam/ cam putih2 skit.

3. Botol kaca: Kalau nak lebih selamat, pilihlah botol kaca. Dengan botol kaca boleh kurangkn kemungkinan terdedah bahan beracun hingga 0%.

4. Plastik lama: Buang botol susu dan sippy cup polycarbonate lama atau yang sudah calar. Plastik yang calar dan retak berpotensi besar melepaskan bahan kimia berbahaya. Goresan juga bole jadi tempat pembiakan bakteria.

5. Mencuci plastik: Jangan sesekali cuci botol plastik dlm dishwasher atau air yang sangat panas sbb ia mengakibatkan terlepasnya bahan kimia berbahaya. Cucilah botol dengan tangan/span (elakkan berus yg tajam/kasar/keras) pada air yang suam2 kuku saja

6. Puting botol: Biasanya dibuat dari silicon atau latex. Silicon mempunyai warna yang lebih terang/jernih, Latex bewarna kuning coklat. Latex berpotensi membebaskan bhn racun carsinogenik (penyebab kanser).

Botol susu perlu dibuang sekiranya :

i) Ia pecah dimana-mana bahagian atau sumbing dibahagian atas. - mengelakkan serpihan daripada botol susu tersebut mencemari susu bayi.
ii) Terdapat calar pada botol susu samada di bahagian luar atau dalam. - bahagian calar ini boleh menjadi tempat pembiakan bakteria kerana bahagian ini akan sukar untuk dibersihkan dengan berkesan.
iii) Tulisan sukatan pada botol telah pudar dan hilang - menyebabkan susu tidak dapat dibancuh mengikut kadar yang tepat.

Q & A PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A
(Sumber: http://moh.gov.my)

1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PCPla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’ Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.

4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?

BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi

6. APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.

7. MENGAPA KKM MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.
KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingkat kepada semua pihak untuk ‘phasing out’ botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.

8. KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?

Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

9. APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :
  • Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  • Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

10. APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat.
Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

11. APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN?

Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.

12. APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

13. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012?
Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.

14. ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

15. BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini.
Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

16. ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA?

Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.

17. ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?

Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin.

18. APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?
Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.

19. KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?

Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini.

Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).





Wednesday, January 26, 2011

* Soya Dan Susu Soya *

Sapa suka minum soya angkat tangan??
Aku sgt2 suka minum soya, tapi tetiba terbaca kat FB tentang betapa byknya kesan sampingan soya ni.
Alahai, nmpk nya terpaksa kurangkan minum air soya lepas ni.




Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji


Kesimpulan, disarankan supaya minum "organic fermented soy milk" ini sbb susu soya itu telah melalui process fermentasi.
Produk yang berasaskan soya yang masih selamat di makan apabila produk itu melalui process fermentasi seperti tempe dan kicap.
Susu soya masih boleh diminum tapi perlu di ambil pada kadar yang sedikit, xleh da nak minum hari2 pasni (*_^)



Tuesday, December 21, 2010

* Penawar Jaundis *

Kelahiran kali ini tidak terkecuali dengan masalah jaundis.
Cuma pengalaman kali ni agak berbeza berbanding Hafeez dulu.
Tapi sebelum tu, mari kita intai info2 penting tentang jaundis:-

Jaundis merupakan penyakit yang biasa dialami bayi yang baru dilahirkan.
Biasanya dapat dikesan selepas 24 jam bayi itu dilahirkan dan lebih kurang 50 peratus bayi yang dilahirkan mendapat jaundis.
Jaundis yang teruk, jika tidak ditangani dengan betul boleh mengundang risiko.
Bayi boleh menjadi pekak dan kemungkinan kerosakan otak.

Jaundis - kehadiran warna kuning di bahagian kulit bayi dan bahagian putih mata yang disebabkan oleh terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam sistem darah.

Jaundis terjadi akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati.
Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lain2 bahagian badan dan menyebabkan kulit menjadi kuning.
Ia disebabkan oleh proses penyingkiran bilirubin oleh organ hati yang begitu perlahan.

Bilirubin - sel darah merah lama.
Peningkatannya adalah akibat ketidakseimbangan di antara proses pengeluaran dan penyingkiran sel darah ini di dalam badan bayi menerusi air kencing atau najis.

Masa dalam kandungan ibu, tubuh ibu akan singkirkan bilirubin, tapi setelah dilahirkan, bayi itu sendiri akan mengeluarkannya.
Bagaimanapun, organ tubuh bayi yang belum matang memungkinkan proses penyingkiran bilirubin tidak berlaku sebagaimana sepatutnya, sekaligus meningkatkan tahap bilirubin di dalam tubuh mereka.

Kekurangan air di dalam badan juga penyebab bayi tidak dapat mengeluarkan bilirubin/sel darah merah lama melalui air kencing dan najis sebagaimana sepatutnya.

Kebanyakan bayi berkemungkinan terkena jaundis pada minggu pertama dilahirkan.
Jaundis biasanya berkurangan dan hilang dalam tempoh tujuh hari jika bayi berkenaan sihat dan terus menyusu.

Jaundis yang tidak serius mungkin berulang dalam tempoh 10 hari hingga 14 hari, tapi ibu mesti tidak berhenti menyusukannya agar penyakit ini segera hilang.

Jika ada tanda jaundis pada tahap serius, rawatan segera diperlukan.
Ini kerana jaundis yang serius boleh menyebabkan bayi berisiko mengalami kerosakan otak dan pekak, malah menyebabkan kematian.

Punca2 Jaundis:
- Perbezaan kumpulan darah antara ibu dan anak - iaitu faktor rhesus atau ABO.
- Sel darah merah yang tidak normal seperti kekurangan G6PD (Glucose-6-Phosphate- Dehydrogenase).
- Bayi yang menghidap jangkitan/ Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
- Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
- Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
- Keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
- Breast milk jaundice - di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.

Jaundis dihidapi:-
- 60 peratus bayi yang lahir selepas tempoh matang
- 80 peratus bayi yang lahir dalam tempoh pramatang
- Bayi yang berat badannya di bawah paras normal
- Bayi yang lahir menggunakan vakum
- Jika anak terdahulu, terutama anak lelaki, pernah terkena jaundis, bayi yang dilahirkan kemudian juga berkemungkinan terkena penyakit ini. (kes saya adalah yg ini)

Sewaktu hari ke-4 di wad, ibu dah perasan perubahan warna bahagian putih mata dan kulit Zahra.
Kekuning2an, malah doktor yg merawat pun syak Zahra ada jaundis.
Beliau menyarankan supaya bawa zahra ke makmal klinik kesihatan sebaik dibenarkan pulang.

Ujian darah dibuat dan bacaan jaundis agak tinggi 214, maka Zahra kena jalani ujian darah setiap hari.
Hari2 berikut nya bacaan semakin naik dan naik hingga hari ke-7 bacaan adalah 285 dan serta merta Zahra dimasukkan ke NICU untuk rawatan lanjut kerana bacaan melebihi 280.

Rawatan segera bagi bayi terkena jaundis pada tahap serius tidak boleh dilengahkan kerana bilirubin (sel darah merah lama) boleh menembusi otak hanya dalam masa 36 jam!

Disebabkan keadaan ibu pada waktu itu tak berdaya, sakit akibat c-zer yg teramat sangat hingga terpaksa bergantung pada pain killer, jadi wan (my mom) yang temankan Zahra di NICU.
Pada mulanya, ibu nak teman zahra, tapi wan suruh ibu berehat dirumah.
Biar wan tgk dulu keadaan di NICU macam mana.
Beratnya rasa hati berpisah dgn Zahra, sebab ibu risau Zahra tak cukup susu dan ibu sgt faham yg Zahra perlu menyusu sekerap mungkin untuk melawan jaundis.
Walaupun Ibu bekalkan susu perahan untuk Zahra di NICU, tapi tak sama dengan menyusu dgn ibu.

2 Jam kemudian, ibu terima panggilan telefon dari wan.
Dalam suara yang sebak, wan minta ibu kuatkan diri supaya datang ke NICU menjaga Zahra.
Wan tak sampai hati tgk Zahra menangis sampai hilang suara sebab lapar susu.
Susu perahan ibu 'dicatu' oleh pihak hospital.
Memang prosedur bayi yg minum susu perahan atau susu formula hanya diberi 3 jam sekali sebanyak 1 oz.
Sedangkan Zahra menyusu dengan ibu sejam sekali, Zahra kuat menyusu!
Dan Zahra minum sebanyak 2 oz setiap kali Zahra minum guna botol.
Walaupun berkali2 wan minta staff nurse beri Zahra susu lagi dan maklumkan pada mereka yg Zahra kuat menyusu, tapi mereka menolak sebab belum cukup 3jam.
Tetapi, sekiranya ibu bayi ada bersama di NICU, bayi dibenarkan menyusu bila2 masa tanpa had.


Sedih bila tgk keadaan zahra berjemur bawah phototherapy.

J
adi, ibu datang segera ke NICU temankan Zahra.
Disebabkan keadaan ibu yg agak lemah lagi, tak mampu berjalan jauh ke wad Zahra, Ibu minta Zahra dibawa ke wad ibu supaya mudah ibu susukan Zahra sekerap mungkin.
Sebaik saja Zahra diserahkan kepada ibu, sebak dada mengalir airmata tgk keadaan Zahra.
Badan luka2 akibat dicakar ngan kuku Zahra yg tajam, kulit kering berjemur bawah lampu, mata kena tutup, suara tangisan Zahra sudah tak senyaring selalu.
Zahra nampak sangat letih, lemah dan penat akibat menangis terlalu lama.


Ibu pakaikan semula sarung tangan untuk lindungi drpd kukunya yang tajam, kesian badan zahra calar balar, luka sana sini.

Ibu terus cium, peluk, dakap dan susukan Zahra.
Ternyata Zahra sangat lapar menyusu dgn sungguh2.
Semalaman ibu tak tidur sebab nak pastikan Zahra menyusu sekerap mungkin.
Sepanjang mlm tu, Zahra poo poo setiap jam.
Itu petanda baik dan ibu sgt2 lega walaupun penat, sakit kepala sbb tak cukup tidur, ditambah sakit akibat c-zer.


Susu ibu penawar jaundis buat zahra

Berkat penawar daripada susu ibu, esok paginya lampu fototerapi dibenarkan tutup.
Petangnya, Zahra dibenarkan pulang.
Namun, ujian darah perlu dijalankan di makmal klinik kerana bacaan jaundis 240.
Ujian perlu dibuat selagi bacaan melebihi 200.
Akhirnya, hari ke-10 bacaan turun bawah 200, alhamdulillah zahra tak perlu ke makmal menghulur tumit kaki untuk ujian darah lagi.


Zahra puas dapat menyusu dengan ibu...burp, thanks ibu!

Jaundis Zahra masih nampak hingga usianya 3 minggu.
Namun beransur2 hilang dengan bantuan susu ibu.

Jaundis boleh dicegah.
Paling penting ialah ibu mesti menyusukan bayi secepat mungkin sebaik dilahirkan.
Memang ada bayi berisiko terkena jaundis yang dikenali sebagai ‘jaundis susu ibu’ (breast milk jaundice), tapi pemberian susu ibu tetap penting.

Ini kerana dengan penyusuan membolehkan bayi membuang najis lebih kerap sehingga 10 kali sehari yang membantu menyingkirkan bilirubin di dalam badannya.
Tanpa banyak minum atau menyusu, bayi lebih terdedah kepada risiko terkena jaundis



Susu Ibu penawar terbaik segala penyakit!

Mengenai pengambilan susu kambing oleh bayi yang menghidap jaundis, perbuatan itu wajar dielakkan.
Ini kerana susu kambing mengandungi zat-zat galian yang lebih tinggi berbanding susu lembu dan susu ibu.

Ibu-ibu dinasihatkan meneruskan penyusuan yang dapat membantu menurunkan kadar kekuningan bayi.
Sememangnya susu ibu amat berharga dan terbaik dalam membantu mempercepatkan proses mengurangkan kekuningan pada bayi.
Jika bayi mendapat susu yang cukup ia membantu mempercepatkan proses menyahkan bilirubin menerusi pembuangan air besar atau air kecil.






Tuesday, October 19, 2010

* Ibu Sakit Masih Boleh Menyusukan *

Semasa ibu sakit, masih selamat untuk terus menyusukan anak.
Ini kerana tubuh kita semulajadi akan menghasilkan antibodi penyakit tersebut untuk si anak seterusnya membantu anak untuk mengelakkan drpd penyakit tersebut.

Kalau bayi sakit pun biasanya tidaklah seburuk bila kita berhenti menyusui.
Untuk membantu mengurangkan risiko bayi sakit, cubalah elak contact face-to-face dan cuci tangan dgn kerap setiap kali menyentuh bayi.


Hal ini OK untuk tetap terus menyusui jika anda mempunyai:
  • Demam, batuk, selsema
  • Any infections
  • Keracunan makanan
  • Campak, rubella, Cacar Air
  • Lyme disease
  • Kolera, demam tifoid, parasit (seperti giardia, malaria), lepra
  • Hepatitis
  • Kanser, jika anda tidak menjalani kemoterapi
Bagi ibu yang terpaksa menjalani sebarang pembedahan juga masih boleh teruskan penyusuan.
  1. Perancangan khas perlu; mungkin boleh meminta bantuan family bawa anak kpd anda apabila tiba waktu menyusu atau membawa anak tinggal di hospital bersama anda.
  2. Pam/perah jika terlepas waktu penyusuan sepatutnya; memastikan bekalan susu untuk anak dan mengurangkan bengkak payudara.
  3. Ingat untuk memberitahu anestesi bahawa anda sedang menyusui supaya ia boleh menggunakan ubat terbaik untuk anda dan bayi anda.
Kebanyakan ubat adalah selamat untuk dimakan.
Namun, anda perlu mendapat nasihat doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat.
Biasanya hanya ada sebilangan kecil ubat yang ada dlm susu.

Hal ini penting, kerana membolehkan doktor untuk memilih ubat yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Jadi, sgt2 penting anda memaklumkan kepada doktor yg anda menyusukan anak, kerana ada sesetgh ubat tidak sesuai untuk ibu menyusu yg mungkin boleh mengganggu pengeluaran susu atau memberi kesan kepada anak anda.
Ia sama la seperti ibu yg hamil, tidak boleh ambil sebarang ubat.
Sebahagian besar vaksin untuk imunisasi adalah selamat untuk ibu menyusui.

Ada beberapa ubat yang tidak harus diambil saat menyusui.
Iaitu ubat-ubatan haram seperti heroin, kokain, dan ganja tidak boleh digunakan.

Ini mengganggu keupayaan anda untuk merawat bayi anda dan boleh mengganggu pengeluaran ASI anda.




Wednesday, December 30, 2009

* Tonsil Oh Tonsil *

Pukul 5 pg, sore feez merengek2 nak nenen.
Aku bangun terpisat2, tepuk2 feez sambil nyusukan feez.
Tetiba rase lain mcm kat tekak.
Saaaaakit sgt!

Ape plak ade kat tekak ni, tetiba sakit semcm.
Sakit nye sampai ke telinga.
Aku p bilik mandi kumur2, merah...erk...darah???
Aku p minum air plak, perit nye mengalir air mata nak telan seteguk air masak.

X sabar nye tunggu kul 9 nak p klinik cepat2.
Kul 10 pg, terus siap2 p klinik.
Masuk bilik doc, dgn mulut yg agak berat nak buka, aku tuding jari kat tekak aku jek.
Doc tu paham gak upernye, terus doc minta aku buka mulut luas2 nk check.
Tapi punye la seksa nye aku nak buka mulut, jenuh la doc tuh soh nganga! nganga!
Siap nangis2 aku depan doc tu.
Sakit doc, x bole nganga luas..wooo...wooo, nangis teresak2 depan doc...huhuhu.

Sib baik doc pompuan, xde la malu sgt aku nangis pun.
Check suhu badan, xde demam lg.

"Tonsil awak da merah kena infection, bengkak sikit sbb tu sakit, saya bg antibiotik makan sampai habis, ubat kumur dan ubat demam. Ubat demam ni kena makan juga w/pun awk x demam, ok"

"Mc arini doc"

"ok"

Sekarang ni badan da rase lain macam, panas da skit.
Da mula nak demam.
Kepale cam berat gak, tapi tahan lg sbb nak update blog, huhuhu.
Ni sedikit info tentang tonsillitis.
Baru ku tahu rupe2nye bukan org dewasa je kena penyakit ni, kanak2 pun bole dpt tonsillitis.

Apa itu Tonsil?



Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh yg terletak di tepi sebelah belakang tekak.

Apa itu radangan tonsil ?

Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.

Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?

Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat

Dia akan mengalami :-
  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak

Kelenjar tekak akan kelihatan

  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.

Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema

Bagaimana rawatan radang tonsil ?

Perawatan yang dapat membantu adalah

  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?

Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):

  • Apabila jangkitan berulang - ulang.
  • Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.

Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?

  • Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
  • Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
  • Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?

Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:

  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

Soalan: Anak saya sering menghidap infeksi tonsil, apakah puncanya? Perlukah tonsilnya dicabut jika masalah ini berlaku setiap bulan?

Jawapan: Tonsil ialah organ imuniti yang menjalankan tugas saringan untuk jangkitan kuman ke atas tekak.

Jika anak dijangkiti oleh kuman, tonsil menjadi penjaga pintu yang menghalang kuman tersebut daripada masuk ke dalam badan anak.

Kadangkala, reaksi tonsil ini menjadi berlebihan dan membesar sehingga boleh menyekat pernafasan.

Pada masa dahulu, penyakit tonsilitis yang kerap adalah indikasi untuk buangkan tonsil anak. Pada masa ini, kita jarang sekali mengeluarkan tonsil anak.

Indikasi yang tidak boleh dinafikan ialah jika tonsilnya terlalu besar sehingga menyekat pernafasan dan mereka berdengkur pada waktu tidur serta kesesakan nafas semasa tidur.

Jika infeksi tonsil berlaku kerap sangat (lebih daripada 12 kali dalam setahun), maka kita mungkin akan lakukan pembedahan mengeluarkan tonsil anak.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my


Sangat sayu hatiku bile baca kat FB luahan Lin teman opis ku tentang anak sulung nya Imanina.

Imanina disahkan kena tonsil tumor.
Imanina sebaya ngan feez.
Semoga Imanina lekas sembuh, dan Lin, semoga ko tabah, ku tahu ko sorg yg kuat semangat.

Kalians ade pape petua boleh share x, camne nak ilangkan cepat sakit tonsil ni???