Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Friday, March 8, 2013

* Status & Stok EBM Qiqi *

I'm WAHM + SAHM! WoooooHuu! 
[work at home mom + stay at home mom]
Memang azam tahun 2013, nak pegang status ni.
Sesape yg rakan FB mungkin da tau status nurul dhia skrg, yg xtau...SUPRISE!
Alhamdulillah, habis je cuti berpantang hujung bulan januari ritu, terus sambung cuti wat selama2 nya :)

Wednesday, July 4, 2012

* Stok EBM Banyak atau Sikit, Perlukah? *

Adoiyainye, tebal betul sawang di blog pink ini...ngeee
Terima kasih kalians masih sudi jengah blog tenggelam timbul ni.
Terima kasih di atas komen2 yg aku x sempat nk reply, tapi ade plak yg sudi tolong jawabkan bg pihak daku...terima kasih sgt2 :)
Terima kasih kepada yg sudi emel, pm fb, bertanya khabar kepada tuan blog cute nih ekekek.

Alhamdulillah, nurul dhia & baby TIJU sihat semakin comel bertambah montel & gebuz!
Mana tak gebuz kalu 1 bulan bole naik 3 kg, hamik kau muahahaha.
Sekarang da masuk 18 weeks, terasa sgt berat membawa badan sendiri ke hulur ke hilir.
Pinggang pun da xde.
Perut makin ke depan, mcm org tgh pregnan 6 bulan!
Tiju sudah mula main kuis2, tarik2 tali pusat (sbb aku rase geli2 tang pusat ni huhuhu) sejak 16 weeks.

Sesi mabuk2 tahap dewa dah berlalu, maka selera makan tersgt la dasyat.
Tapi aku cuba gak control, disebabkan aku dah masuk kategori obes hahaha.
Preggy feez n zahra pun aku mmg semangat gak.
Montel, gebuz, dan sgt gumuks..ngeee
Tapi, muntah2 di pagi dinihari masih ada, wajib...sampai la aku bersalin nnt...redha je la



Wednesday, December 21, 2011

* Sedih Hati Pedih ..sob sob sob :( *

Setelah kumpul sedikit kekuatan, baru petang2 aku kuat nak nak share 1 cerita sedih hari ini.
Bangun pagi seperti biasa tgk jam dah 6.15 kelam kabut aku terus berlari ala2 Watson Yambek ke dapor tuk wat persediaan bekalan susu zahra.
Buka pintu reitoko, aku terkaku di situ.
Apakah yg berlaku?
Kenapa ade air menitik kat pintu drawer pertama?
Rase nak gugur jantung bila buka pintu drawer pertama tgk EBM ku mencairkan diri bersama ais2!!
Terus aku tarik drawer ke-2, ke-3, ke-4 & ke-5, urut dada lega, EBM masih dlm keadaan beku.
Check plug reitoko, OFF!!!
Huwaaa ... saper yg off??
Sejak bila suis reitoko mati???

Kejut hubby, pertanyaan bertubi2 ...hubby garu kepala aje dlm mamai.
Ni x lain x bukan, feez la main suis reitoko.
Cuma aku x sure bila masa feez tutup suis tu.
Mungkin sejak dr petang, atau mlm semalam.
Tapi dr kondisi EBM mcm sejak dr petang jek suia reitoko mati.

Silap aku jugak.
Selalu nye mmg aku bekukan dulu ebm kat bahagian atas sekali, lepas tu esoknye baru pindah masuk drawer bawah yg lain.
Aku lupa nak pindah masuk ke drawer ebm yg dah beku, kelam kabut nak p cuti2 malaysia nye pasal sabtu lalu.
Kalu masuk dlm drawer lain, EBM berhimpit2 so nak cair amik masa lama la sbb suhu sejuk sentiasa.

Total EBM yg terjejas 78 oz!!!
16 oz - guna tuk bekalan zahra arini
30 oz - separa cair maka selamat tuk simpan beku semula
32 oz - cair keseluruhan & x sempat nk guna dlm tempoh 24 jam, maka ku bg minum pokok kunyit & serai depan umah...ngeee

EBM 32oz terpaksa bagi minum pokok2 kesayangan hamba..sob sob sob...

Ini adalah cabaran terbesar yg aku lalui sepanjang tempoh menyusukan Zahra.
Sedih wooo...penat tau nak perah kumpul stok.
Walaupun stok aku alhamdulillah byk melebihi permintaan zahra, tapi tumpah setitik susu pun aku da rase sedih sgt :(

Kena la pikir kedudukan baru Reitoko supaya feez x main lg ngan suis tuh.
Tak sanggup aku berlaku lg tragedi ngeri camni...Huwaaaa!!


Nurul Dhia: Tgk citer Ombak Rindu aku x nangis langsung, tapi tgk EBM Rosak aku meraung!!


Tuesday, July 19, 2011

*Fail2 EBM*

Akhirnya, berjaya juga menyusun stok2 EBM zahra dlm drawer untuk mudah diakses.
Kalu sebelum ni, stok di susun secara ter'baring' dlm drawer tu.
Tapi cara tu cam susah aku nak akses stok bila nak guna.
Pastu kena rajin susun ikut FIFO (first in first out) kalu nak mudah akses.
Jenuh la plak, nak kena selalu kemas drawer ni.

Fikir difikirin, akhirnya aku dpt idea susun secara menegak.
Dgn cara ni aku x perlu susun ikut turutan tarikh @ FIFO.
Janji bole akses ngan mudah.

Friday, July 1, 2011

*Update Stok EBM Zahra*

Alhamdulillah Ya Allah Alhamdulillah
Begini la rupa Mr. Reitoko, dipenuhi dgn stok ebm zahra.
Rezeki melimpah ruah buat anak ibu.


Tuesday, June 21, 2011

* Mr. Reitoko & Stok EBM Zahra *

Assalamualaikum u'olls
Lama sungguh daku menyepi gara2 merajuk hati ~ merajuk???
Yer, merajuk ilang mood setelah janji manis tauke kedai lektrik tempat aku oder freezer xjd nak hantar freezer pd minggu yg dijanjikan.
Sgt la sedey...hokey :((
Seminggu lepas tu baru janji nak hantar, semangat la aku kemas2 tempat khas nak letak freezer tu, tunggu punya tunggu sampai kui 11 mlm, xde gak muncul.
Bila hubby call tanye, tauke tu ckp lori xde ~alasan la tuh grrr.
Keesokan mlm nye baru la nmpk tangkai pintu freezer yg ditunggu.

Kenalkan, kawan baru aku ~ Mr Reitoko!!! (aka freezer hihihi)


Wednesday, May 25, 2011

*Cerita sedih EBM :( *

Sedih, tension, emosi....
Salah satu dugaan melanda dalam dunia BF ku kali ini.



Bocor... xtau sbb ape, camne boleh bocor.
Baru nak cairkan ebm ni, tetiba menitik2 susu kuar dr bucu storage beg ni.

Thursday, April 7, 2011

* Cara Cairkan EBM Dari Storage Bag *

Sebelum ni kita dah bercerita pasal cara simpan EBM guna storage bag, boleh usha kat DI SINI yer.
Kali ni nak berserita camne nak guna EBM dr storage bag.
Simple dan sgt mudah, kalians boleh ikut step di bawah ni yer.

Thursday, March 17, 2011

* Mandi Susu Ibu *

Kalians penah mandi susu??
Yerr, mandi susu tapi bukan susu lembu atau susu kambing, SUSU IBU!
Mandi susu diri sendiri ~ huhuhuhu

Bila ade baki EBM zahra, nak plak hari terakhir bekerja minggu tu ~ aku x leh nak ckp sebelum cuti weekend, sbb aku keje shift, cuti nye mmg bukan weekend pun hihih..
Zahra mmg xmo minum dr botol kalau ibu da depan mata.
Kalau bg gak, zahra hanya gigit puting sambil sengih2.
Jadi aku cari alternatif tuk selamatkan EBM dr terbuang membazir.
Nak di buang mmg x sanggup, nak kasi sinki minum pun x lalu.
Nak bg pokok bunga minum, aku xde bercucuk tanam.

Jadi aku guna wat mandi susu, xde la rase membazir susuku itew.
Inilah rahsia kulit ku halus mulus gebush~ muahahaha.
Cara2 nya ialah...


Tuang susu ke dalam besen berisi air.
Kalu kalians ade bath tub, lg best wat berendam 1 badan dlm tuh.


Campurkan sikit cecair sabun mandian kalians + sikir air mawar (mustika ratu @ puteri ayu).
Tapi stok air mawar aku da abih le plak huhuhu


Kocak2 campuran tadi biar sebati & berbuih2.
Sabun aku guna ni sabun baby anak2 punye.
Sbb tu kurang berbuih hehehe.


Celup span badan & sental la 1 badan kalians sampai tertanggal sume daki2 tu.
Kalu ade bath tub berendam la dlm air tu seberapa lama kalians suka.

Aku suka biar kan dulu beberapa minit sebelum bilas.
Biar mesra ngan kulit gitu :)
Sambil2 tu aku gosok gigi ke, basuh cd2 ke, basuh kain muntah anak2 hahaha.
Bile agak2 susu n kulit da mesra, baru la aku bilas n mandi mcm biase.


Nurul Dhia: Ya Allah, jangan la engkau tarik nikmat rezeki air susuku ini kerna perbuatan ku ini, bukan niat ku untuk membazir pemberian mu ini. Engkau ganti kan la yg terbuang ini dengan rezeki yg lebih melimpah ruah untuk anakku nikmati, AMIN....





Tuesday, March 8, 2011

* Tips Simpan Stok Susu & Jimat Ruang Freezer *

Alatan yang diperlukan ialah:

1. Ziplock Breastmilk storage bag - tak kisah brand ape & bape kapasiti pun janji ade seal. Nurul guna Autumnz storage bag kapasiti 7 oz.
2. Marker pen

Langkah 1: Sukat susu guna botol

Pam susu seperti biasa dan sukat susu guna botol.
Sbb nye, garis bacaan pada storage bag kurang tepat bila susu dimasuk dlm tu.
Jadi, sukat dulu susu guna botol sebelum pindah ke storage bag.



Langkah 2: Label storage bag

Tuliskan tarikh dan kuantiti susu yg disukat guna botol tadi atas storage bag.
Kalian boleh tulis pd kedua2 belah bag tu kalau mahu.
Penting tulis dulu kat bag tu, kalau tulis kendian nnt terkial2 nak tulis bila bag penuh susu.
Kadang2 dakwat marker susah nak lekat kat bag sbb ade wap sejuk dr susu yg da disimpan sejuk cooler bag.



Langkah 3: Isi susu, keluarkan udara dan seal.

Tuang susu ke dlm bag tadi.
Jangan isi susu penuh2 dlm bag.
Tinggalkan ruang, biasanya nurul letak 5-6 oz tuk bag kapasiti 7oz.
So,mmg ade lebih ruang bag tu.
Pastikan segala jenis udara dibuang keluar.
Cara nurul, lipat bahagian yg kosong kendian picit/ urutkan keluar angin2 dr beg.
Dah keluar semua angin terus seal segera.



Langkah 4: Bekukan dlm keadaan flat/baring.

Baringkan secara mendatar bag tadi cam dlm gamba bawah.
Jangan risau, susu xkan tumpah keluar kalau dah seal ketat2.



Boleh letak bertindih2 cam ni.
Bila dah beku, bag2 ni akan melekat antara satu sama lain, tapi kalian bole pisahkannya.
Samada pisahkan cara ganas - tarik jek kuat2 huhuhu, atau lalukan bawah air kejap, nnt tertanggal la :)





hohoho suka tgk EBM tersusun cantik, dapat 4 baris susunan hingga ke bumbung freezer.

Langkah 5: Simpan & susun susu.

Last step, selepas susu beku, simpan tegak dalam bekas simpanan bersegi panjang ataupun susun secara datar.
Susun susu ikut urutan tarikh untuk mudah digunakan.

FIFO, FIRST IN FIRST OUT!!


Aturkan susu yg dah beku secara menegak ikut tarikh.


Beratur baik2 yer susu2 ku sekalian ~ lalalala


Cara susun datar ~ urutan mesti atas ke bawah, iaitu tarikh dahulu ke tarikh terkini.

Semoga tips ini dapat membantu kalian yg kekurangan ruang simpan susu macam aku ~ ngehngehngeh.

Selamat mencuba!!!

Nota dhia: Masih tidak cukup ruang peti ni w/pun da susun begini rupa. Separuh stok masih tumpang freezer umah angah huhuhu. Gambo x bape nak comel, camera ku demam, terpaksa guna camera henpon cokia ku jek.





Tuesday, January 25, 2011

* Stok EBM ku Bermastautin *


Oleh kerna freezer umah ku sudah sendat, maka terpaksa bawa lari separuh stok EBM ke umah angah.
Maka, operasi pun bermula....


Sebakul stok december 2010 yg bakal digunakan bln february 2011


Stok January 2011 yg bakal berpindah ke freezer angah.


Susun ice pack molek2 tuk ketahanan sejuk beku dari Kajang ke Seri Kembangan.


Siap sedia untuk di bawa pergi....daaaaa!


Sampai umah angah terus transfer masuk ke dlm laci freezer.


1 laci ni disewa oleh susu2 zahra...tengkiu mak ngah.


Sila duduk diam2 sini, bln mac tuan badan amik yer huhuhu


Baki ruang yg tinggal selepas separuh stok bermastautin...bape lama la agaknye bertahan huhuhu


Kat pintu sudah sendat



Friday, January 21, 2011

* Membuat Stok EBM Semasa Berpantang *

Berpantang, menyusukan anak dan membuat stok EBM.
Bercuti sambil merehatkan diri, mengulit anak2, enjoy dan seronok ngan hobiku yg paling dirindui iaitu mengepam!!!


Ramai bakal2 ibu bertanya;

Bila nak mula mengepam susu?

Masa bila nak mengepam, sedangkan anak sentiasa menyusu ngan ibu sewaktu berpantang?
Dan byk lagi la soalan2 yg mencabar minda untuk menjawab...huhuhu

Bila nak mula mengepam selepas bersalin?

Seawal yang mungkin!
Aku mula mengepam hari ke-5, iaitu sebaik saja keluar hospital (berumah tangga di hospital agak lama sbb c-zer :) )

Kalau kalian terbaca di mana tentang membuat stok susu bg ibu bekerja kebanyakan suruh mula membuat stok 2 minggu sebelum kerja.

Boleh, tak salah pun nak mula 2 minggu sebelum bekerja, tapi kemungkinan ibu2 akan kelam kabut nak mengumpul stok susu.

Dan mungkin berlaku gangguan emosi/ stress sbb nak kejar masa utk kumpul stok yg mencukupi. Kalau kita mengepam dari awal, ibu punya byk masa tuk mengumpul stok iaitu 2 atau 3 bulan!
Kan byk stok dpt kumpul dalam tempoh tu, berbanding 2 minggu sebelum bekerja.

Masa bila nak mengepam kalau anak asyik menyusu? Cukup ke susu utk anak nanti?
Biasanya anak menyusu dalam tempoh 2 jam sekali atau mungkin ada yg lebih kerap selang 1 jam macam Zahra :) Aku ada banyak cara yg aku aplikasikan:

1. Bf sebelah, Pam sebelah
Zahra selalu menyusu sebelah saja.

Jadi sebelah lg aku akan pam utk buat stok.

Kadang2 aku mengepam semasa menyusukan zahra, kadang2 lepas zahra selesai menyusu.


2. Pam setiap kali selepas direct Bf.

Kadang2 Zahra menyusu kedua2 nya.

Jadi selepas Zahra selesai nyusu aku tetap akan pam.
Ada ke lg susu, kan baby da minum??

Ada tapi mungkin x banyak, tapi aku tetap pam tuk pastikan Breast betul2 kosong dan merangsang penghasilan susu lebih banyak...banyak...dan banyak!

Kadang2 aku offer pada Zahra selepas pam, utk dapat lebih rangsangan dan kosongkan breast.
Kalians jgn risau, tubuh kita sentiasa bekerja tanpa henti dan susu sentiasa dihasilkan, jd susu ade walaupun kita dah mengepam.

3. Pam di malam hari hingga ke subuh.

Tahukah kalians, hormon prolaktin (hormon susu) sgt2 tinggi pada waktu malam ke pagi! !!!
Sbb tu aku selalu nasihatkan ibu2 yg aku consult supaya pam mlm2.

Kalau rasa tak terbangun, set alarm mcm acik...hihihi, tapi skrg xla lagi sbb zahra yg jadi alarm. Aku akan pam setiap kali lepas zahra nyusu mlm2.
Tapi zahra kurang nyusu mlm, so agak kerap la aku mengepam mlm hingga ke subuh hari.

Kalau x pam, alamat menderita bengkak susu la nnt...x sanggup!


Ini adalah hasil mengepam minggu pertama bersalin. Purata 2-3 oz 1 sesi, alhamdulillah.


Aku suka botol tomei MLO bersaiz 2 oz ni.
Pam sikit tetap nmpk byk, syiook.
Kalu guna botol 5 oz, semput je rase tgk susu ciput kat dasar botol...huhuhu.


Masuk minggu ke-2, susu semakin byk terhasil kerana demand tinggi dr direct BF dan pumping sokmo. Purata 4-5oz 1 sesi, alhamdulillah.


Ini Hasil mengepam selepas zahra nyusu semasa 2 minggu berpantang...baki purata selalu dapat 1-3oz.


Hasil selepas zahra menyusu disubuh hari selepas 2 bln berpantang. Purata 7-10 oz. Alhamdulillah, semakin meningkat supply sejajar dgn demand yg semakin tinggi dari zahra dan medela freestyle dan spectra 3 kesayangan hamba :)

Stok susu seminggu sekali hubby akan bawa balik dari kg ke umah... kang penuh plak freezer mak aku kat kg.


Stok seminggu dikumpul, di pack elok2 tuk hubby bawa balik sumbat ke dlm freezer umah.


Ice pack diletak celah2 frozen ebm. kendian masuk dlm cooler beg. Bertahan sejuk beku dlm perjlnan selama 3 jam.


Sendat! mampat! EBM berebut2 ngan ayam, daging, ikan dan frozen food.... huhuhuhu.
Nak buka pintu freezer ni pun kena slow2 tilik2, takut EBM jatuh menimpa diri huhuhu.


Sudah penuh, x tersusun bersepah2, perlukah ku ketuk pintu jiran2 untuk menumpang freezer mereka??....ngeee


Sumbat gak kat pintu, janji boleh simpan stok.

Alhamdulillah, aku berjaya mengumpul stok EBM sebyk ini!!!
Proud of Me, tepuk bahu sendiri :)
Masa feez dulu aku xdpt byk mcm ni, sbb aku mula buat stok 2 minggu sebelum bekerja.
Serius, semput aku rasa masa tu, nak nangis pun ada sbb rasa stok yang aku buat sikit sgt cam x cukup tuk feez.
Kali ni aku sedar diri, aku perlu mula dari awal, xmo banana fruit 2 times...ngeee.


Freezer idamanku...lalalala


Zahra tomei yg kuat nyusu :)


Chubby nye anak ibu ni, demand tinggi hasilkan supply yg makin byk!!


Burrpp....suda tenyang :)

Feez menyusu sampai umurnye 2 tahun 3 bln, iaitu semasa kandunganku 6 bln.
Feez stop sendiri, suatu mlm tetiba feez tidak meminta meimei (panggilan feez bile nenen ngan ibu)
Pernah tetiba feez rindu tuk meimei, tapi aku cakap baik2 ngan feez, "feez da besar, xyah meimei ye, bg adik plak"
Alhamdulillah feez faham.

Lepas zahra lahir, feez kerap datang dekat dan minta meimei masa zahra nyusu, tapi aku ckp benda yg sama dan feez faham.
Tapi, ade sekali tu, aku bg gak feez merasa meimei, tu pun lepas kesian tgk feez byk kali minta tiap kali zahra meimei.

"Adik Meimei...nak meimei ni, nak sikit"
Ibu pun bg walaupun agak kekok bila kena nyusukan 2 org serentak (rugi plak x ambil gambo time tuh)
"mmm...cedap" feez nmpk puas hati dpt meimei sekejap.
Aku try gak bg feez EBM dlm cawan, tapi feez xmo.
Feez mmg xsuka air yg berwarna putih, cth vitagen putih, fresh milk, botol yg warna putih pun feez x mo sbb feez igt tu susu pdhal botol tu yg warna putih....huhuhu

Harap caraku di atas tadi dapat membantu kalians.
Jgn terlalu fikirkan tentang kuantiti susu yg kita dapat, rezeki masing2 DIA yg tentukan.
Mmg ada org yg jenis baaaaanyak susu, tapi pd aku xde yg x cukup susu.
Pegang kunci utama "Demand and Supply" dan "Penyusuan yang kerap menghasilkan susu yg banyak"
Telan atau makan la apa pun ubat hormon ke, apa2 yg boleh perbykan susu, tapi kalau kurang stimulate breast samada direct bf atau pump, susu xkan jd byk sbb demand kurang.
Pemakanan hanya menyumbang 30% saja, 70% lagi stimulation. INGAT!!! (bukan marah tau, nasihat :))


Walaupun sudah ber'freestyle', spectra 3 tetap diperlukan khidmat nya. Go Spectra!!!


Nota Dhia: Perjalanan masih jauh, semoga dipermudahkan-NYA. Tengah survey Deep Freezer, kalians tau mana2 ade sale sile roger2 acik yer :)








Tuesday, September 8, 2009

* Hasil Tenusu Di Bulan Ramadhan *

Sudah masuk minggu ke-3 kite berpuasa.
Cepat nye kan kalians!
pejam celik pejam celik da nak raya
ngenge...x sempat buat pape persiapan pun lg.
Jadual keje x sama ngan hubby, hubby shift mlm.
Seminggu gak la aku bersahur sorg2...isk..isk.

Bila blogwalking kat umah mommies yg bf, sume ade citer pasal tenusu dlm bln ramadhan.
Ade yg sedih dan ade yg memberangsangkan hasil tenusu di bulan ramadhan nih.

Bahagian aku plak, alhamdulillah.
Bole dikatakan hasil tenusu tiap kali pam sepjg puasa ni lebih byk dr hasil pam hari2 biase.
Aku pun sgt la pelik.
Mungkin ini rezeki hafeez di bulan yg mulia, syukur sgt.

Sepjg pose aku pam 2 kali jek kat opis dan sekali selepas sahur.
kalu keje shift pg, aku pam sekali pagi dan sekali ptg.
Kalu keje shift tghari aku pam lunch hour dan ptg2 sekali.

Hasil pam plak:
lepas sahur 4-5 oz
pg 5-7 oz (hari biase dpt 4 oz jek)
ptg 3-5 oz (hari biase 3 oz)

Total sehari 12-15 oz

alhamdulillah, feez sekarang minum 8-12 oz sehari.
Hasil pam cukup2 tuk bekalan feez minum sehari or ade lebih tuk wat stok beku.

Stok beku sebelum pose ade 4 ketui x 5 oz jek.
Dan sekarang da bertambah jd 12 ketui x 5oz, ini adalah stok ebm yg paling byk aku dpt simpan sejak 6 bln lalu tau kalians.
Ikutkan masa sebelum pose sebulan 1 ketui jek dapat wat stok beku.
Yang lain mmg cukup2 tuk bekalan feez kat umah pengasuh.
Rase cam nak lompat2, buat aksi akrobatik n terbang di awang2an melihat pertambahan stok EBM nih.
Hati berbunga riang mcm mase zaman bercinta dulu la..ekekek.



Mmg aku ade amik supplement khas tuk hadapi ramadhan nih.
sesungguh nye aku cukup risau xcukup susu tuk Feez.
So, sebelum masuk ramadhan aku da start cari dan buat persediaan.

Ini antara yg wajib aku ambil sepjg ramadhan.
Alhamdulillah, semua ni mmg byk membantu dlm memaintainkan hasil tenusu ku.



Susu Anmum for BF + horlicks aku ambil sebelum tido dan masa sahur.
Aku mmg wajib amik susu, kalau x nnt gastrik menyerang, lemau x berdaya nk pose.
Sambil bantu tambah tenaga, susu ni bantu pekatkan susu ku n mungkin bykkan hasil pam ku tuh.

New Obimin (botol itam) aku amik sebiji sehari.
Ni supplement khas tuk ibu nyusu dan pegnen.
Aku beli ni kat farmasi temerloh, lama da cari, kat kg baru jumpe.

Botol putih tuh plak, ubat hemeopati, xde nama n xtau la ape nama nye.
Luper nak tanye doc tuh, dia cuma tulih 'Tambah Air Susu', manis2 rasenye..sukaaaaa.
Ini aku ambil kat doc peribadi family aku, kat klinik hemeopati temerloh (Klinik Rozmie).
Doc tu bg option samada nak cepat or lambat kesan nye.
Harus la aku nak yg cepat kan....huhuhu
Doc tu pun bg la aku yg mahal, kalu yg lambat tu murah skit rege nye.
Ini bukan ubat tuk bykkan ASI, tapi supplement khas tuk ibu nyusu, kesan dia bykkan skit susu kite, tu je.
Kalians jgn samakan ubat ni ngan pil2 hormon lain tuh.

Selain tuh, aku mmg kerap makan bile lepas buka mlm nye.
Makan skit2 tapi kerap.
Bykkan mkn buah2an...ape jenis buah, sbb buah byk air, so ia bantu dlm penghasilan susu kite.
Kurma tak dilupa, masa sahur amik sekurang2 nye 3 biji kurma.

Selingan....



Ini adalah parcel2 customer yg perlu di pos.
huhuhu... tgh tunggu hubby ilangkan nantuk balik keje shift mlm.
Cadangnye nak kuar sendiri, tp hubby ajak kuar sekali.
SHOPPING!!!!

dalam pale dan rencanakan mcm2 nak shopping.
Baju raye, kasut raye, tudung raye, rantai raye, gelang raye...ops terlebey sudah....huhuhu..best best.