Friday, April 3, 2009

Kenapa perlu guna LAMPIN 3G (CD)???

Kenapa nak guna CD?
Ikut trend kah?
Sebab CD Cantik, menarik, tertarik kah?
Tak menyusahkan kah?

Antara sebab musabab yang paling utama aku memilih lampin 3G ialah :

1. Guna material kain yg semulajadi. Tiada gel atau bahan kimia lain. - Tahu tak kalian camne Disposable Diaper (DD) bekerja? Tahu tak apa ada di dlmnya? Ok, cuba ini ; potong DD itu kpd 2 bhgn. Tuangkan air pada 1 bhgn dan lihat apa yg berlaku. Ade kristal2 kecil yg akan bertindak balas dan berubah kpd bentuk gel apabile ia terkena pd air tadi. Gel ni akan menyimpan air kencing dan juga menyerap segala lembapan semulajadi pd kulit baby. Akibat dr nye, kulit baby kena ruam/kerengsaan kulit, cian montot baby.. :(

Ape kandungan tuk hasilkan DD?? Lihat lah fakta yang menakutkan ini:

* Dioxin - bahan yg terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.

* TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

2. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara - Seorg bayi akan guna sehingga 7,000 DD atau pun 80 cotton diapers. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Bayangkan berapa tahun semua DD yang anak kite pakai akan lupus dr permukaan bumi ini? (ku bayangkan beberapa tahun akan dtg kite dikeliling timbunan DD yg anak kite gunakan....pemandangan yg huduh!!)

3. Kurangnya ruam dan gatal. sbbnya xde lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit baby. Lebih lama DD dipakai (kes nak jimat pampers la ni), lebih senang kena ruam gatal. Perkara ini jarang berlaku bile kite gunakn CD sbb bila dah basah, baby pun rase tak selesa. Kite kena tukar CD baru.

4. Senang utk digunakan. Betul!! Dulu lain citer. Nak kena ada pin, seluar getah, nk kena lipat2 kain lampin tu. Tapi skrg, rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan. Tahap serapan pun lebih baik dan setanding DD!! Sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil kalians.

5. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri sbb mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap 'maksima'. Baby yang menggunakan CD juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam CD (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding DD. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai CD masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak kite akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (earlier potty training)

6. Satu cawan penuh 'crude oil' telah digunakan utk menghasilkan satu DD to produce the plastic for one DD. Crude oil tu sama la mcm petroleum!!

7. Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan DD dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).

8. DD juga dikaitkan dengan Asma (lelah).

9. Dari fakta2 di atas, sgt kesian membiarkan anak2ku terdedah terus menerus ngan bhn kimia ini. mungkin kesan nye tak ketara sekarang, dewasa nnt siapa tahu kan?

10. Kain lampin sangat menjimatkan!! Kalians akan berjimat sehingga RM3K++ apabila menggunakan CD. MMgla masa bayi baru lahir, DD sgt murah (taktik pengeluar DD menarik perhatian kalians), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar. Penggunaan DD merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

Penjimatan kos dengan menggunakan CD dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Jika menggunakan DD:
Anak kalians menggunakan 7 DD sehari pada kos RM0.60 setiap satu (kos standard DD)

RM0.60 X 7= RM4.20 sehari
RM4.20 X 365 hari= RM1533 setahun
RM1533 X 3 = RM4599 untuk 3 tahun

Kalians perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya........

Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD):

Kalians perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah, bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, kalians boleh membeli lebih insert secara berasingan.

Sehelai lampin 3G: RM39 (paling murah untuk yang 1 insert)
Beli 12 helai: 12 X RM 39 = RM468
Beli 24 helai: 24 X RM39 = RM936 (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)

Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah keluarga.

Penjimatan : RM4599 (DD) - RM936 (CD) = RM3663!!! (bole rembat sebijik TV LCD weh!!)

Tersentap hatiku bile wat kira2 nih. Sungguh byk duit dibazirkan kalu ku terus guna DD tuk hafeez dan bakal adik2nya (wah mcm ramai jek anak2ku nanti)

Tepuk dada tanya la hati kalians, mana yang terbaik tuk anak kite? Masing-masing ade alasan tersendiri. Jadilah ibubapa yang prihatin dan bijak :)

* Kepada yang masih tercari2 koleksi CD, jemput la jenguk sayangbabyibu.com yer :)


15 DiNg DoNg!!!:

dila~noor said...

salam..thanks for the info..
i mmg mnt nk pakaikan zahra cd..tp takut mcm tak ckp masa nk urus..
so far u hntr kt baby sitter sng tak?dlm shri bape kali kene change?tq =)

NuRuL DhiA said...

salam,
insyallah masa bole diatur, buat masa ni xde yg susah pun senang jek, CD yg da guna juz soh bbsitter letak dlm beg plastik xperlu basuh cuci (itu kite yg settle kn), cuma kalu baby poo poo, soh depa tolong jirus poop tuh dlm toilet bowl, then letak dlm beg plastik kotos jek. CD perlu ditukar sekurang2 nye 3jam sekali. Jom join club CD!!

~ As ~ said...

go go go CD..

NuRuL DhiA said...

hamboi As, da ala2 cheerleader da bunyi nye...ekekekek

Anonymous said...

nurul.. malu nk ckp.. rupenyer nurul ni, nurul dhia.. eus ingat org len.. sbb tgok blog ni ler eus mnat nk beli CD ritu.. kn nurul ade tjuk cara basoh ritu.. ekekekeke..
eh, eus nk beli borong leh? ade mber minat.. tp die jenis x betenet.. dia soh eus belikn.. brape kasi harga borong.. dn bra qtt br leh dpt harga borong tu?

p/s: xsangka lak.. maluuuu....

Puteri Satu said...

emmm aduhai....rumit gak tu kan nurul...tak termampu akak rasa nak basuh bagai...(cheh..dasar pemalas tul...)

NuRuL DhiA said...

Eus,
ekekek..kamu buat ku terkekek2 mau terguling2 la eus... aloh, malu aper ngan daku..rahsia mu dlm genggaman ku ;p
Pasal nk borong cd, nnt cite kat YM yer coz its private n confidential, okeh :)

PuteriSatu,
hihihi ... akak, nurul dulu pun rase susah payah gak nk handle cd nih, tp lelama, senang jek petik jari settle. Kalu x basuh cd rase xlengkap plak hidupku...ekekek

rynas said...

hi..salam ziarah..ehhmm dah berapa lama baby dhia pakai CD so ada masalah tak?? cam nerlah ekk selalu pakai pampers pastu tuko CD mestilah janggal sebab nak kena tuko tiap 3 jam.

NuRuL DhiA said...

rynas,
baru sebulan jek bertukar ke CD ni. senanye xperlu ikut rule sgt 3jam sekali tuko, bergantung pd kekerapan baby kite pee.
Kalu rynas terpikir la, kebykan ibu2 akan tuka pampers anak bile pampers tu da nmpk berat or penuh, maknanye lebih dr 3jam kan? Kalu ikut rule pakai pampers pun kena tuka setiap 3 jam sekali tp disbb kn nak jimat pampers, kite biarkn selagi xpenuh, ini risiko tuk terdedah pd bhn kimia yg ade dlm pampers tu lg tinggi. pikir2 kanla

Liyana said...

salam mcm bminat dgn CD ni...tapi saiz paling besar ape ye?

NuRuL DhiA said...

liyana,

coolababy bole adjuz saiz dr s sampai L, baby yg chubby peha cam sedap tuh mmg bole muat ngan cd nih. konteki daku :)

Big Mamma Bukhari said...

hi.. tq follow t ye! t baru add link and follow u..
tqvm.. :)

NuRuL DhiA said...

Big Mamma Bukhari,
haluu..ok sesama :)

SalihahNordin said...

hi nurul,
saya terpanggil untuk mencuba CD ni..
tapi masalah saya skrg ni...waktu siang, hubby saya yg jage...so paham le klu org lelaki jage...selagi anak saya ni x poo poo, selagi tu pampers die x bertukar...kadang2 kene kene reminder, baru tukar...klu x sampai ke ptg lah budak tu sgn p[ampers yg berat...saya risau klu guna CD, hubby saya wat style mcm tu jugak...sedang kan dalam 4 jam sekali or tgh ari kene tukar CD...

SalihahNordin said...

nurul, segala maklum balas tolong email kepada saya, nursalihah85@yahoo.com...or YM, akuygchumel@yahoo.com...
plz eh nurul..saya perlukan info tentang benda ni...