Thursday, June 25, 2009

* Jenis-Jenis Susu Ibu *

Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan).
Apa pulak foremilk...hindmilk nih?

Ringkasnya, apabila baby mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga.

Akhir penyusuan baby akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sbb mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby.

Kalau ikut mitos (kata org2 tua), sebelah kanan mknan, sebelah kiri air.
Ini Salah, sbb kedua2 breast kita adalah makanan dan air dan kedua2nya ade foremilk yg menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.


Foremilk dan hindmilk ni kene seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration.
kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, baby tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.

kalau baby meragam dan x puas hati, dia mungkin x menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan.
Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.
Cara ini dapat mempastikan yang baby menerima semua peringkat susu ibu iaitu
foremilk dan hindmilk.
Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau baby xmo nyusu/ baby sudah kenyang.

Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa
Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.
Baby perlukan
Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat.
Cara ini baik untk bantu baby yang kurang berat badan menambah berat badannya.
Baby yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.

Jenis susu ibu
  • Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
  • Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
  • Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).

14 DiNg DoNg!!!:

Mr & Mrs MonDoK said...

.:: Now I know... Huhuhu!!! Thank you... ::.

fazilzura said...

mmg betui pun..
susu bdn terbagi 2 jenis..

kalau permulaan tu , jernihh jek..
makin lama akan makin ke kuningan

Momma Mia said...

Thanx for sharing. Good info!
Nnti saya link utk dikongsi bersama bleh?

NuRuL DhiA said...

@Momma Mia
boleh, ku ijinkan :)

sitisifir10 said...

Owh...begitu kekdahnya...tenkiu for sharing

CatlinaFly said...

sgt berinfomasi!!sy copy paste masuk blog sy leh tak?

Nurul Dhia said...

@CatlinaFly
wokey, ku izikan copy paste :)

CatlinaFly said...

tq..

irvanqiesy said...

hi dhia...cousin sy baru lpas bersalin die ckp die xde susu...so sy pon tgk la die picit nipple die,keluar air jernih,cosin sy ckp,kan xde susu air je...mmg kelakar...sy ckp mule2 mmg jernih da isap lame baru pekat...die pon wat muke xpercaye...utk kite leh la search kt internet psl bfeed ni,tp yg xde internet mmg xde pendedahan bfeed ni...cian kan?

Nurul Dhia said...

@irvanqiesy
haluu, sgt sedih la kesian kat cousin awk tuh. tula, ikutkan hatiku rase mau wat road tour pasal bf nih, biar sume ibu2 terang celik pasal bf, tp ape kan daya ku, sapa lah diriku ini..huhuhu

Fariena said...

sharing is caring...best info..tahnks

nieda said...

betul, saya pun baru tau masa pegi kelas breatfeeding hari tu...byk info berguna...now tgh berhempas pulas kumpul stok ebm before start keja...
just nak tanya, sekarang saya baru cuba nak bagi breastmilk guna botol for my baby..mmg mengamuk sakan dia takmo..risaulah sebab saya cuma ada 2 minggu jer sebelum mula bekerja..dia menangis buatkan saya tak sampai hati..aduh....

armouris said...

info tentang susu ibu kat sini - Breast Milk Prevents Infantile Colic

LyNn HaMzAh said...

tq sebab share info nie...lynn dah tanamkan niat nak bf anak kedua lynn nanti sehingga usia 2 tahun...doakan lynn berjaya yer...