Monday, October 26, 2009

* Ribena Tiada Vitamin C !!! - Ape Class kalu mcm tu??? *

Ribena didenda dakwa mengandungi vitamin C




WELLINGTON 27 Mac ¨C Pengeluar produk kesihatan antarabangsa, GlaxoSmithKline hari ini didenda RM546,000 (NZ$217,000) kerana iklan yang mengelirukan selepas dua pelajar sains mendapati minuman kodialnya yang popular, Ribena sebenarnya tidak mengandungi vitamin C.
Syarikat multinasional itu mengaku bersalah atas 15 dakwaan menyiarkan iklan yang mengelirukan antara tahun 2002 hingga 2006.

Pengakuan itu dibuat dalam saman yang difailkan oleh sebuah badan pemerhati pengguna, Suruhanjaya Perdagangan selepas sebuah projek sains sekolah pada tahun 2004 mendedahkan dakwaan palsu tersebut. Ribena telah lama dijual sebagai minuman kesihatan berdasarkan iklan yang mendakwa jus buah beri itu mengandungi lebih banyak vitamin C daripada jus oren. Iklan GlaxoSmithKline di negara ini mendakwa jus Ribena yang sedia diminum mengandungi tujuh miligram vitamin C bagi setiap 100 mililiter.

Bagaimanapun pelajar sekolah tinggi, Anna Devathasan dan Jenny Suo yang ketika itu berusia 14 tahun mendapati Ribena hampir tidak mengandungi sebarang vitamin C selepas menguji minuman berasaskan sirap itu sebagai sebahagian projek sains mereka pada tahun 2004.


Hakim Mahkamah Daerah Auckland, Phil Gittos mendenda GlaxoSmithKline dan mengarahkan syarikat itu untuk membetulkan iklannya selain menyiarkan mesej berkaitan di laman webnya. Kedua-dua pelajar terbabit turut hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan tersebut.


¡°Kami berasa agak bangga dan begitu teruja. Sekiranya kami tidak melakukan ujian sains itu tiga tahun lalu, Ribena mungkin dipromosikan selama-lamanya sebagai kaya dengan khasiat vitamin C,¡± kata Devathasan kepada National Radio.

Devathasan berpendapat denda yang dikenakan sepatutnya lebih tinggi kerana GlaxoSmithKline adalah sebuah syarikat yang mengaut keuntungan berbilion dolar.
Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan, Paula Rebstock menyifatkan kedua-dua remaja itu sebagai sumber inspirasi sebenar kepada semua orang di suruhanjaya itu. ¨CAP

Benda ni da lama aku tau, sejak zaman sekolah lg.

Cikgu biologi aku pernah bgtau, Air ribena ni x bagus sbb tinggi kandungan gula dan tiada langsung vitamin C seperti yg di war2kan dlm iklan.

Ade seorg kawan aku dia amik jurusan teknologi makanan pun ade bgtau aku benda yg sama.
Aku mmg x minat minum Ribena ni sbb masaaaaammm dan mahaaaal nak mampos!

Tapi aku perasan ramai ibubapa di malaysia nih beri anak2 minum air Ribena.

Ada member mak aku, dia bg anak2 dia minum Ribena ganti susu sbb kunun nye anak dia x berapa nak minum susu.

Jd dia bg Ribena yg kununnya tinggi Vitamin C dan bole buat anak cerdik pandai.

Tapi sedih sgt tgk gigi anak2 makcik tuh teruk rosak, hitam.


"Bagus ribena ni, nanti anak cerdik sbb ade vit C"


Bole pakai ke statement ni, setahu aku fungsi vit c ni lebih kepada pertumbuhan badan dan imunisasi badan kite.

(igt2 lupa ilmu biologi zaman sekolah dulu..huhuhu)


FUNGSI
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.


SUMBER

Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk
asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oren, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, tomato, dan selada air.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :

Lemah badan.

Sakit-sakit dan sengal badan.
Bengkak gusi.
Hidung berdarah.
Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
Anemia

Aku lebih suka sunquick perisa anggur/blackcurrant, pekat, jimat dan muraaaah.

Ops...acik bukan dibayar oleh pihak sunquick tuk promote brg diaorg nih.

Senang citer, Tepuk dada tanya hati.
Lebih baik kite bagi anak2 makan terus makanan yg memberi sumber vitamin tu.
Kan lebih terjamin.


5 DiNg DoNg!!!:

leadleedeea said...

thanx for da info...tatau pon..huhu~!!

Qastalani® said...

amboi, makcik tu cakap gong kemain! untuk cerdik otak. Lepas dengar berita nih mesti terkelu.

Unknown said...

yaa... benda ni memang dah lama orang maklum, pada mereka yang tak prihatin je yang tak sedar.

Tapi makcik, kalau mahu anak pandai, ikut cara yahudi, sebab cara yang yahudi tu buat adalah tiru dari apa yang ada dalam ajaran agama islam...!!

ibuizz said...

kak,saye minta izin copy n fwd bende ni... sbb ade kenalan yg leh dikatakan everyday beli ribena kaci anak2nyer...bile ditegur, x mo pecaya...so, ni jela jalan utk educate

saye bajet dia akan soal saey balik"mana dapat citer ni?? ntah sapa2 la yg saja nak jatuhkn kompeni ribena ni"

oleh itu...akak pls kaci mana akak dapat info ni yer..

NuRuL DhiA said...

@ibuizz

akak dpt dr forwarded email, tp bole g check kat website2 ni pasal benda ni

http://www.guardian.co.uk/world/2007/mar/27/schoolsworldwide.foodanddrink

http://medicine.com.my/wp/?p=1959