Monday, November 9, 2009

* Dia Pencinta Kucing *

Entri kali ni tiada kena mengena ngan penyusuan ibu dan resepi baby.
Bukan jugak tentang diriku.
Bukan tentang Hafeez.
Tapi tentang pencinta kucing, iaitu mak su balqis, merangkap adik aku yg bongsu.

Bln lepas aku ade letak kat status YM 'sesiapa sudi sedekahkan aku anak kucing!'.
Ramai la yg dok tanye wat ape cari anak kucing.
Kucing tu bukan untuk aku, tapi tuk balqis.

Dan entri ni aku buat khas tuk balqis sempena besday nya yg ke-10 hari ni, 9 Nov.
Tujuan aku cari kucing tuh nak kasi hadiah besday balqis.
Balqis mmg sgt sayangkan kucing.
Dulu2 umah aku byk sgt kucing, dekat 20 ekor.
Lelama tinggal bape ekor, dan sekarang zero.
Kucing kesayangan balqis iaitu neo & bim bim da ilang xbalik2 ke umah.
Kesian adik aku sorg ni, kucing2 tula kawan dia, merangkap adik2nya.

Yup, kucing2 tu adik2 balqis, sbb dia bahasakan diri dia kat kucing2 tuh 'kakak'.
Agaknye balqis da faham yg dia mmg xkan dpt 'adik'...huhuhu.



Siapa mak su balqis ni?
Kalau kalian nak tahu, adik aku yg sorg ni agak unik sikit.
Kalau bercakap xpadan ngan umur.
Bahasa yg dia gunakan dlm percakapan seharian adalah bahasa melayu 'baku' atau menggunakan ayat2 skema sgt2.
Tatabahasa yg sgt lengkap dgn imbuhan dan wacana bahasa.
Mmg x padan ngan umur nye yg baru 10 tahun, mmg sejak kecik2 lg dia bercakap ngan bahasa baku.
Jadi kalau kitaorg nak berckp ngan balqis ni automatik guna bahasa melayu baku..huhuu.
Kdg2 balqis siap tegur kalu ade yg tak kena dlm dialog kite guna tuh.
Bukan kitaorg jek, tgk tv ke baca buku ke dia bole nampak kesilapan tatabahasa kat situ.

Balqis kalau bercakap ikut logik akal dia dan kebanyakan perkataan yg dia guna pun perkataan yg jarang2 kite sume guna.
Antara Dialog2 baqis yg cedok dr blog Yana

Kat pasaraya Cowboy (pasaraya ala2 TESCO yg femes kat temerloh)

Balqis :abah, ade keje kosong la kat cni. Boleh la abah mintak
Abah :nape pulak adik cakap mcm 2 (ayah n abg aku je pggl balqis sbg ‘adik’)
Balqis :thn depnkn abah da nak pencen. Ni ade jawatn kosong ni, mintakla
Mak : balqis tau ke makne pencen?
Balqis :tau. Da xde keje

Mak aku pun citer kat kawan2 pasal cadangan soh abah aku keje kt COWBOY bile pencen. (balqis belaja kat sekolah mak aku ngajar) Dia marah mak n cikgu yg gelakkn cdgn die.

Balqis :betulla ape yg baqis ckp. Nnt kalo abh keje kat cowboy mesti sume org kagum.
Mak :nape pulak kagum?
Balqis :yela. Mesti org kagum tgk abh keje kat cowboy nnt
Cikgu :balqis tau ke maksud kagum
Balqis :tau. Merase bangge bile tengok.

Balqis :mom, beli la sarapan …(yes. Die je gnjil pggl mak sbg ‘mom’, ikut cite omputih)

Mak : kn byk lagi roti kat rumah tu
Balqis : sekadar roti je?

Mak nak tgelak da dgr tp thn je. Mak kate de org blakang da pndg diorg keheranan. Yela, balqis tuh penuh konfiden, so mmg die ckp kuat n terang n jelas…..

Balqis : mom, sekadar roti je ke???
Mak :ye, sekadar roti je. (smbil thn gelak. Org blakang da glak.hehhehe)

Antara words yg dicipta oleh balqis ikut logik akal nye:

air putih/air masak = air xde warna
Ketupat=nasik petak
Lemang=nasik bulat
Keria=donat kecik berkristal

Lagi dialog aneh balqis SINI




Ni kejadian masa aku cuti brsalin kat Temerloh dulu2.
Hubby berulang alik kl - temerloh bile cuti.
Satu hari hubby siap2 nak bertolak balik ke kl, salam la ngan sume org.
Sampai kat balqis, hubby salam la balqis, dan balqis dengan selamba bersuara

"Bapa yg jahat, selalu tinggal-tinggalkan anak dan isterinye"

Haish, nak marah, tapi lawak plak dgr dia cakap camtu...huhuhu

Lagi satu insiden masa dia umur 5 tahun.
Perjalanan nak balik ke rumah dr sekolah.

Balqis: Mam, balqis nampak SEBIJI kerbau!
Mak: Hah, sebiji kerbau??
Balqis: Ha'a, badan dia besar bulat macam bola (sambil buat gaya bentuk bulat yg sgt besar)
Mak: Adik, kerbau kite panggil seekor, bukan sebiji.
Balqis: tapi perut kerbau bulat macam bola, jd kite kena panggil sebiji la
Mak: Tak, tak bole, kerbau kite panggil seekor sbb kerbau ade ekor.
Balqis terdiam sambil berfikir.
Balqis: Kalau macam tu burung kite kena panggil SEKEPAK burung la ye mam, sbb burung ade kepak???

Mak aku diam....huhuhu

Balqis ade diari, dia mmg suka menulis n melukis.
Kalu bace diari dia, mmg gelak guling2.
Ayat2 skema nye kadang buat kite pening nak paham ape dia tulis.

Ini plak ade karangan BM Balqis yg berjaya di copy paste oleh C-DA
Tajuk : Keluarga Saya
(Aku sempat sakat balqis bgtahu karangan dia aku letak kat blog satu dunia baca karangan dia, risau nye la dia pastu)



KELUARGA SAYA

Nama ayah saya Mohd Sahri bin Sahalan. Umurnya 55 tahun. Dia bekerja sebagai guru besar. Dia mengajar di Sekolah Penderas. Dia seorang yang tegas,bertanggungjawab dan rajin. Hobinya ialah bersenam.

Nama ibu saya Normah binti Abdul Ghani. Umurnya 51 tahun. Dia bekerja sebagai guru. Dia mengajar di Sekolah Kebangsaan Charuk Puting. Ibu saya seorang yang penyanyang,baik hati dan rajin. Hobinya menanam pokok bunga.

Nama along saya ialah Nurul Zafifah binti Mohd Sahri. Umurnya 27 tahun. Dia bekerja sebagai pegawai pengurus teknologi maklumat. Dia seorang yang baik hati dan pandai memasak (hohoho aku mmg kakak yg diakui baik oleh adik sendiri). Hobinya ialah bersiar-siar ( erk, suka ati letak hobi aku bersiar-siar).

Nama angah saya ialah Nurul Huda bintit Mohd Sahri. Umurnya 26 tahun. Dia bekerja sebagai jurutera. Dia seorang yang peramah,lemah-lembut dan baik hati. Hobinya membeli-belah.

Nama abang saya yang ke 3 ialah Mohd Saiful bin Mohd Sahri. Umurnya 24 tahun. Dia belajar di Universiti Tokoshuku, Tokyo Jepun. Dia seorang yang suka buli kucing. Hobinya membaca.

Nama kakak saya yang ke 4 ialah Nurul Safuraa binti Mohd Sahri. Umurnya 23 tahun.Dia bekerja sebagai pegawai IT. Dia seorang yang suka menolong orang dan rajin. Hobinya membaca.

Nama kakak saya yang ke 5 ialah Nurliyana binti Mohd Sahri. Umurnya 21 tahun. Dia belajar di Universiti Tokoshuku, Tokyo Jepun. Dia seorang yang rajin belajar tetapi tidak suka cendawan. Hobinya mewarna.

Nama abang saya yang ke 6 ialah Mohd Ridhuan bin Mohd Sahri. Umurnya 20 tahun. Dia belajar di UITM Seberang Prai, Pulau Pinang. Dia seorang yang suka balas mesej(aduhai!jujurnye dik oi!huhu). Hobinya besiar-siar. Setiap hari mesti dia pergi bersiar-siar.

Nama abang saya yang ke 7 ialah Mohd Rais bin Mohd Sahri. Umurnya 19 tahun. Dia belajar di KPTM Kuantan. Dia seorang yang suka cubit saya. Hobinya bermain gitar.

Nama kakak saya yang ke 8 ialah Nurul Syahida binti Mohd Sahri. Umurnya 18 tahun. Dia belajar di MRSM Gemencis(aiyoo!gememcheh lorr). Dia seorang yang rajin belajar dan suka menghias (ak menghias pebende la ni ek?konpius2). Hobinya membaca. Dia selalu mendapat A+ dalam peperiksaan.

Nama kakak saya yang ke 9 dan ke 10 ialah Nurul Nabilah dan Nurul Nadiah. Umurnya 17 tahun. Dia belajar di SMK Teknik. Dia seorang yang suka mendengar lagu. Beliau seorang kembar (tunggang-terbalik da tatabahasnye...huhu..nape mesti beliau?).Hobinya melukis. Mereka selalu melukis seperti saya.

Nama abang saya yang ke 11 ialah Mohd Hanis bin Mohd Sahri. Umurnya 15 tahun. Dia belajar di SMK Abu Bakar. Dia seorang yang suka bermain bola sepak. Setiap petang dia akan ajak saya bermain bola sepak.

Nama saya Nurul Balqis binti Mohd Sahri. Umur saya 10 tshun. Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Charuk Puting. Saya seorang yang suka menolong orang tetapi tidak suka makan sayur. Hobi saya bermain dengan kucing. Saya suka bermain dengan kucing sebab kucing saya agak manja.


Masa call dia tadi aku sempat tanye nak hadiah ape.

"Balqis nak topi hitam putih, tapi bukan topi cowboy mcm abah, topi biase2 yg cantik"

Adei, xdpt bayangkan topi tu camne ruper nye.
Minah ni bukan bole beli sesuka ati, nnt xdipakai nye kalu x bekenan.
Wat rugi duit aku jek.
Tgk la, kalu jumpe topi itam putih aku beli jek la.
Tapi hajat aku nak kasi anak kucing, biar ramai skit 'adik2' dia, bole wat kawan dia kat umah tu.
Balqis da dpt 'adik baru' pemberian jiran sebelah rumah.
Namanya oreo, so igt nak kasi seekor lg adik.

Sekian, citer ttg ADIKKU, Nurul Balqis Mohd Sahri.

















19 DiNg DoNg!!!:

Norhadar Taharuddin said...

.:: She's so cute... Hehehe!!! Mesti best kalo layan dia bercakap or bercerita kan Kak... Sampaikan salam saya padanya ye... Cute Balqish... ::.

♥ Mrs. C ♥ said...

wahh.. detail sungguh karangan BM Balqis... Adik bongsu ni untung, manja, pastu abg kakak leh bg mcm2...

ibu izz said...

adoi... klakor...
jenuh nk pk b4 jawab soklannyer yer!
brilliant kid!!!
penghibur kepada keluarga dia nih!

Riez said...

beb..adik mu tu punye kreativiti luar biasa..hehehe..ramai adik bradik mu ek..siaP ade twins lg..bagus ade krgn ni dpt ktorg mngenal background family mu wahai nurul...thanks tu balqis...cahiyok2!

NuRuL DhiA said...

@Mr & Mrs MonDoK

adah, mmg penat kalu layan dia bercakap, dgr dia bercakap, sbb ayat2 nye yg teratur dan tersusun tuh, insyallah nnt akak sampaikan salam mu ituh

NuRuL DhiA said...

@Connie

hihihi, berdasarkan pengalaman diri sendiri ye kak connie, anak bongsu best yek

NuRuL DhiA said...

@ibu izz

hahaha, ha'a dia mmg penyeri family srinor dan sekolah dia. kalau kat sekolah dia, cikgu2 dia rase sunyi kalu dia xdtg sekolah

NuRuL DhiA said...

@Riez

beb.. mmg sgt kreatif nak plak bab bahasa nih, kalah cikgu bahasa weh.

Unknown said...

"Bapa yg jahat, selalu tinggal-tinggalkan anak dan isterinye"... ambik sebijik... kahkahkah... dan baru ku tau, hobi kamu bersiar-siar yea...

NuRuL DhiA said...

@Mr_Rizal

woit, tu dia mandai2 letak je tuh. tu pun agak2 nya tiap2 kali dia dtg umah/ aku balik kg, aku ajak jalan2 cari pasal

Nora said...

hahaha... comey sungguh lar balqis. mcm anak akak gak lar, seronok & kdg2 sakit perut tgk keletah ckpnye =)

Mummy Aqil said...

huhu.. mmg kelakar la adik dikau. daku pun ada adik yg br standard 5. kalu blk kg, mcm2 dia nak cite kat daku. smp ntah2 ape2 cite. kdg2 letih gak dgr. tp kesian gaks sbb, yela, dia semangat kan bercite. huhu..so layan je la..

NuRuL DhiA said...

@Nora

tula kak, budak2 zaman sekarang bijak betoi kalu bercakap kan, xsabo nak tunggu hafeez pandai ckp huhuhu

NuRuL DhiA said...

@Mummy Aqil

tau xpe, kdg2 kena tahan gelak dulu, pastu pusing belakang baru gelak dgr dia cakap

P0cAhoNta$ said...

Selamat hari jadi Balqis. Adoii..seronok btul baca entry Balqis ni. Alamak SEKEPAK nyamuk sedang mengganggu saya. Nak spray ridsect sat. Nnt sambung......

Delimasari said...

bijak budak ni.......

Unknown said...

wah2..bestnye ade adik kn..nk2 lak adik yg cerdik dan pandai cmni..mesti suke je dgr die berckp..hehe..nway selamat berkenalan..sy tepek link kamu kt blog ye..jmput la ke blog sy.. http://hotncold-zaza.blogspot.com

salam.

noniey said...

hahahahahaa.. so cute... memang dia adik yang sangat bagus sebab tau semua pasal kakak n abang dia

sYaFiQa said...

Salam....soo cute...best baca karangan Balqis nih...mueheheh