Sunday, November 1, 2009

* Koleksi Resepi Hafeez *


Aku dok godek2 laptop, pastu terjumpe resepi2 yg aku kumpul dr sana sini sumber save dlm ms word.
So, aku tempek kat sini la tuk rujukan aku tuk masa akan dtg dan juga buat rujukan kalian juga yg sgt rajin masak2 tuk anak mcm aku :)

Resipi masakan kentang

Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

Cara membuatnya

Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.

Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang
(Bayi 8 bulan ke atas.)

1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masak api besar.
Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk.
Masak lagi selama 20 minit.
Kisar halus.
Hidangkan.

Nasi Brokoli Bakar.

Nasi
Brokoli
Keju
Tomato
Bawang
Minyak masak
Telur
Susu

Brokoli dibasuh dan dipotong kecil.
Panaskan oven 190 C.
Kupas dan cincang bawang.
Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan.
Tumis bawang dengan sedikit minyak.
Masukkan tomato.
Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.
Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar.
Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos.
Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi.
Bakar 40 minit atau sehingga perang

Resepi pengenalan kepada daging utk bayi anda....8 bulan ke atas...(dengan nasihat doktor)

Makaroni daging

Bahan-bahan

1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)/ daging kisar
1 biji kentang
1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
Sedikit lobak merah
Sedikit celery
1/4 cawan makaroni
air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa

Sup Spaggeti

Bahan-bahan

* 10 batang spaggeti (dipatah-patahkan)
* 1 biji kentang (potong dadu)
* 1/4 batang lobak merah (potong dadu)
* Sedikit isi ayam (hiris nipis)
* Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris kasar)
* Air

Cara-cara

1. Rebus spagetti hingga betul-betul lembut.Tos dan ketepikan.
2. Rebus isi ayam hingga masak.Masukkan kentang dan lobak merah.Rebuakan lagi hingga kentang dan lobak merah empuk.
3. Masukkan spagetti.Rebuskan lagi utk seketika.Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang.Masak hingga daun sup dan dan bawang layu.
4. Angkat dan kisarkan utk disajikan kepada bayi anda (bayi 8 bln ke atas)
5. NOTE : Untuk sajian kanak-kanak atau orang dewasa tambahkan garam secukup rasa dan kuib ayam.Tidak perlu dikisar.

Bubur Oat, Ikan dan Saderi
Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.



Bahan-bahan

* 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
* 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
* 1 helai daun sedari
* secawan air

Cara membuatnya

* Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
* Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
* Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
* Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
* Hidangkan.

Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
(Resipi untuk bayi 6 bulan ke atas...)

Bahan-bahannya

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku
1/2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
(Sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...)




Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)

* 1 sudu nasi
* 1/4 keping tauhu
* 1/4 keping dada ayam - potong dadu
* 3 hiris lobak merah
* 3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya

* Kukus semua bahan..
* Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.
* masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat