Tuesday, January 19, 2010

* Pulangkan...! Ibu Rindukan Daanya ! *

Sedih bercampur marah bile bace kisah sedih seorang ibu yg kehilangan anak kesayangan, diculik oleh ayah si anak, yg kunun nye terlalu rindukan anak itu, Daanya
Ibu malang ini merupakan salah seorang sahabat Cik Daisy, x-opismate aku.
Apa yg buat aku sedih dan marah sgt2, Daanya yg berumur 1 thn lebih (sebaya feez) masih menyusu dengan ibunye.
Betapa kejam nya lelaki itu sanggup memisahkan anak kecil dr ibunya.
Kalians, mari kita sama2 bantu ibu malang ini.
Sekiranya terjumpa atau kenal lelaki seperti gamba di bawah, harap dpt hubungi 012 2524125 atau balai polis berdekatan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN!!!


Sahabat media dan semua yang mengenali diri ini.Saya tersentuh apabila mendengar cerita seorang sahabat baik, Farah Shamsuddin (anda semua boleh type nama ini di FB), yang `kehilangan' anak perempuannya, Daanya Hana, akibat `dirampas' seorang lelaki yang masih bernama suami (mereka kini dalam proses penceraian).

Bayangkan seorang anak berusia setahun lima bulan yang masih menyusu ibu `terpisah' kerana perbuatan lelaki bernama Lenardi Amnisar Yuliawiratman (gambar dilampirkan). Kisahnya dipaparkan Harian Metro hari ini (18/01/10) namun ada beberapa fakta salah di sana. Lelaki itu bukan merindui anaknya tetapi `merampas' kasih sayang seorang ibu dan anak.

artikel harian metro 18 januari 2010

Lelaki ini tidak pernah memberi kasih sayang seorang ayah malah menjadi beban kepada seorang isteri dan anaknya yang masih mentah.

Kasihanilah sahabat saya, kasihanilah kehidupannya, kasihanilah anaknya, terpisah daripada ibunya...

Apa agaknya nasibnya malam ini tanpa belaian ibu yang setiap malam menidurkannya...

Saya paparkan wajah lelaki ini untuk semua. Sebarkan sedaya mampu anda. Bantu saya membantu seorang sahabat menemukan kembali anaknya...

Lenardi Amnisar Yuliawiratma

Jasa anda benar-benar saya harapkan, ibunya kini benar-benar buntu dan bermandi air mata selepas `kehilangan' anaknya, saya pohon bantuan kawan-kawan media untuk mencari bayi ini, saya rayu tenaga kawan-kawan untuk menyebarkan berita ini dan mencari semula bayi ini.

Ini tanggungjawab semua, kita temukan semula ibu dan anaknya, kita bawa balik kebahagiaan dalam hidup mereka, kita `ajar' si suami ini.

Daanya Hana, setahun 5 bulan

Sanggupkah anda melihat kasih sayang seorang ibu terputus akibat perbuatan suami yang kurang rasional?

Saya bersedia menjawab setiap pertanyaan yang mungkin anda perlukan, kita lancarkan misi mencari Daanya Hana, tolonglah sahabat saya, tolonglah...

Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 012 2524125.


sumber: hasil nota Wan Syamsul Amly di facebook (seorang sahabat baik farah, yang telah memberi keizinan kepada saya untuk publish notanya di sini).







Komen (9)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
kesiannyer ibu tu...dah la penat2 mengandung & melahirkan anak tu...last2 suami nyer culik plak....
kejam!!! itu je yg bleh sy katekan...
akoo emo lerr pagi2 ngan kes2 cenggini.. ptg smlm poon emo bler budak baya2 habib jatuh dr rumah meninggal. ditinggalkan seorang diri kt umah. huh siap ckp tolong jgn citer lg... akoo dh stat menggigil emo k akoo??
apa kes bapa tetiba nak ambik anak sedangkan dl ada peluang nak jaga tp sia-sia kan... bknnya rindu... dia tak sayang pun anak dia tu, saja nak bagi pisah anak & ibu..kejam!
uwaa.. sedihh.. semoga mama daanya dpt menempuhi dugaan ni, and daanya kembali ke pangkuan mamanya.. amin..
Kalian, sama2 kite berdoa semoga lembut hati si ayah kembalikan daanya pada ibunye. kesian sgt, da lama masih menyusu
Ya Allah sebaknya!
betul kesian kan....ayah tu takdak hati perut ke tu atau dia ada 'agenda' lain kot...
dua belah cerita berlainan.. yang mana betul? adakah yang dipapaerkan disini betul atau penyebaran fitnah telah berlaku?
Ayah dan ibu bergaduh... anak di tengah2...
Berdamai lebih senang... tiada rasionalkah?

sayang sekali... walau apapun semoga selamat di sisi ayahnya

Kemukakan komen baru

Comments by