Wednesday, April 13, 2011

* Nikmatnya Kulat Tahun *

Sesiapa penggemar kulat/ cendawan pasti pernah makan Kulat Tahun atau dlm bahasa kampung aku panggil kulat taun.
Nape namanya kulat tahun?
Sbb kulat tahun biasanya tumbuh beberapa hari selepas dentuman petir dan hujan lebat.
Kadang2 ade byk pepatung terbang kuar lepas hujan, tanda akan tumbuh kulat ni kat kawasan tu.
Keunikkan yang membezakan kulat tahun dengan cendawan lain, ia tumbuh setahun sekali.
Sgt sukar tuk dptkannya kecuali di ladang2 kelapa sawit atau getah dan kawasan busut di belukar kampung.
Dan rase nye ada manis2, berbeza ngan rasa cendawan/kulat lain.


Kulat tahun ni aku beli kat tepi jalan, 1kg rm20!!
Gila bapak mahal, tapi ni kategori murah la skit.
Ada yg jual sesikat dlm 5-6 kuntum RM10!
Kata setahun sekali muncul, tu yg harga pun mahal giler.




Ini lah ruper kulat tahun sepenuh nya.
Panjang btg lebih kurang 2 jengkal.
Sile telengkan kepala anda huhuhu ~ luper nak rotate daa.


Kulat yg dah dibersihkan, dibuang kulit luar & kesan2 tanah.
Putih bersih, gebu2 tapi keras liat senanya.


Aku wat masak sup, campo skit cendawan kering/ cendawan telinge monyet.
Boleh gak masak sambal tumis.
Tapi kalau nak masak kulat ni, jgn campo bawang putih.
Kalau campo bawang putih, ilang rase manis2 kulat tuh.

Kat belakang umah temerloh selalu ada kulat ni.
Sekali dia tumbuh mmg sgt byk, berguni2, sampai mak aku hantar kedai makcik aku tuk jual.
Tak termakan dek kami sekeluarga.
Selalu tumbuh kat busut bawah pokok rambutan belakang umah.

Kalau nak cabut ade petua, sambil tarik kulat tu kuar sambil sebut
"belut, belut, belut, belut..."
Baru la kulat tu x putus, elok cabut ngan batangnya.
Kalu bertuah dpt mkn lg thn ni, kat temerloh belum muncul lg, kalu x tunggu thn depan la plak.




Komen (11)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
first time tgk kulat nie. tak pernah makan. biasa beli cendawan kembang tu je.
1 jawab balas · aktif 732 minggu tadi
kulat ni kalu kena ujan atau lambat petik, akan kembang mcm cemdawan tiram gak, tp kalu yg kembang xleh simpan lama, cepat rusak
nurul...akak pun kalo x silap tahun lepas baru makan kulat nie..mil bagi....sedapnya...manisnya tok sah cakap..mmg sedap...rindunya nak makan kulat taun..
1 jawab balas · aktif kurang dari 1 minit tadi
sedap manis nye tu mmg lain la, sekali mkn nak lagi dan lagi kan, tula kalu ade tanam secara komercial best gak, xyah tunggu sethn sekali
last week banyak keluar kat belakang umah nenek, tapi sy tak dapat makan sbb still dalam pantang, terliur jer tgk orang lain makan...
1 jawab balas · aktif 732 minggu tadi
alahai, cian kamu ana. tunggu thn depan la nmpknye yer
suke kulat ni tp sy panggil cendawan hehehe..duk felda byk tumbuh bakang umah kat ladang sawit mmg bnyk biasa dpt seguni gitu..goreng tumis biasa tu ade lendir2 tp sedap sgtttt....duk kat sini je mkn cendawan tiram jaman2 duk kt kg dedolu kulat ni la yg plg sedappp hehhehhe...
1 jawab balas · aktif 732 minggu tadi
adeh terliur la dgr masak goreng tumis kulat ni, mmg ade lendir2 tp tu yg wat rase manis menjilat jari...gulp balik kang nak masak tumis plak huhuhu
Pipah, kat rumah kampung aku pun kdg2 ada jgk kulat nie. Tapi mak aku cakap tak boleh jual. Kalau banyak sgt, sedekah kat orang xpe. Aku pun xpasti nape.
1 jawab balas · aktif 732 minggu tadi
penah gak dgr jgn jual kulat ni takut nnt dia merajuk xnk tumbuh lg kat kawasan tu, tp ade jek tumbuh tiap2 tahun kat belakang umah aku tuh huhuhu
sedap...baru tadi hubby dapat kat ladang....nak masak air je..

Kemukakan komen baru

Comments by