Tuesday, May 24, 2011

*Pocoyo Comel!!!*

"Nak pocoya! Nak Pocoya!"
Yer ... buka mata bangun dari tido sudah minta pocoyo ~ feez panggil pocoya, mmg seperti biasa feez suka ubahsuai sebutan perkataan tertentu sesuka ati nye.
Aku pun suka gak layan pocoyo ni.
Dulu sambil2 bersiap2 nak p keje, sempat gak ngadap pocoyo kat TV3pepagi buta tu ~huhuhu

Pocoyo sebuah animasi 3D made in sepanyol.
Pocoyo apabila diterjemah ke Bahasa inggeris bermaksud ”little me”.




Watak2 nye pun sgt comel.
Dengan bahasa yg aku sendiri x faham, apatah lg nak mengajuk nye pun x pandai, tapi boleh gelak guling2 cam paham jek tgk.
Lagipun kartun nye penuh ngan warn warni, ceria sgt sesuai tuk menjana perkembangan anak2.
Bukan aku ngan feez jek yg suka layan pocoyo, zahra pun join sekali.
Tak berkelip mata tgk aksi pocoyo.

Pocoyo
Seorang budak yang penuh dengan semangat ingin tahu bersama dengan baju kegemaran warna birunya.

Pato
Seekor itik berwarna kuning dan memakai topi warna hijau.
Pato bermaksud itik dalam bahasa sepanyol dan portugis.
Pato mempunyai perangai buruk iaitu cerewet dan kurang sabar.

Elly
Seekor gajah betina berwarna merah jambu yang selalu mengalas beg biru.
Watak yg paling aku suka sbb warna pink, comel giler pd aku.
Elly suka membuat biskut dan teh and sering bermain dengan anak patung.
Walaupun bersaiz besar dan kelihatan kasar, tapi wataknya bersopan dan berhemah.
Suka menari balet dan meronda ronda dengan skuter merah jambunya.

Loula
Seekor anak anjing berwarna kuning jingga dan teman baik Pocoyo.
Asalnya watak Loula diberi nama Lucas, sebagai memperingati anjing kesayangan milik pengarah Guillermo GarcĂ­a Carsi, tetapi ia ditukarkan kepada Loula disebabkan siri animasi ini kekurangan watak perempuan.

Sleepy Bird
Seekor burung yang kecil dan suka tidur dan selalu terbang sambil mata tertutup.

Paling syiok kalu tgk kartun2 ni menari.
Boleh dikatakan setiap episod ade tarian yg mencuit hati
Alahai comel nye ^_^
Feez dok ajuk pocoyo joget, tapi cam pak maun joget jek aku tgk hahahaha