Thursday, June 23, 2011

*Pais Tempoyak Ikan Patin*

Selalunya ikan patin sinonim ngan masak asam pedas tempoyak kan?
Apa kata try test wat pais tempoyak plak.
Salah satu masakan glamour temerloh.
Lagi umph dr masak asam pedas tempoyak tau.
Nak masak pun sempoi jek.



Aku wat versi kukus.
Boleh juga kalu nak dibakar.
Rase lebih kurang, cuma beza nya yang kukus berkuah sikit, kalu bakar kering la.
Oleh kerana daun pisang xde, aku main letak dlm loyang aje.
Kalu ade daun pisang lagi wangi2 gitu.

Bahan-bahan

Ikan patin
Cili api merah
Cili merah
Bawang merah kecik
Tempoyak
Kunyit hidup
Daun kunyit
Batang serai
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Basuh ikan & kelar rapat2.
Kisar cili, bawang n kunyit sehingga hancur~aku suka tumbuk2, sedap gigit2 rempah2nye tuh
Masukkan tempoyak, garam n gula. Kisar sehingga sebati.
Hiris halus serai n daun kunyit. Masukkan ke dalam tempoyak tadi. Gaul rata.
Letak ikan atas daun pisang. Lumur dengan tempoyak tadi. Balut ikan dengan kemas.
Bakar@kukus ikan sehingga masak.

Tadaaaa.....
Sedap makan ngan nasi panas2 dan ulam2an wat cicah ngan rempah2 ikan ni.
Sama cam cicah ngan sambal tempoyak gak.



Hirup kuah nye yg pekat melekat nih, mmg sempoi habih!!!


Nurul Dhia: bole gak ganti ngan ikan keli, mantop!



Komen (6)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
slurpppp seliurr dah ni...tang kepala je ke heheh xpernah lagi kukus ikan patin bleh terai ni..lama xdengar cite mok su balqis ngn kuceng2nya hahahah
1 jawab balas · aktif kurang dari 1 minit tadi
citer mak su dok dlm draft lg, x habih citer, sabooooo tungguuuuu
Ya ampun sedapnya pais...1st time makan masa pegi kemaman bape tahun dulu. Pais ni bole apply kat ikan ape lagi ek. Bole try buat. nyum3
1 jawab balas · aktif 724 minggu tadi
bole wat guna ikan keli, sodap!
Wah x tau plak leh buat kukus or bakar. nak cubalah :)
1 jawab balas · aktif 724 minggu tadi
huish, lagi mantop wat kukus atau bakar, cube try test yer

Kemukakan komen baru

Comments by