Tuesday, January 24, 2012

* Derma susu ibu ikut syarak *

Pagi ni terbaca di Sinar Harian tentang isu derma susu ibu di Malaysia.
Isu yang semakin hangat kebelakangan ni.
Pada aku, ada pro n con nye derma susu ibu ni.
Niat pihak ni sgt murni, tapi byk yg kena dipertimbangkan terutamanya dr segi Hukum Syarak.
Berikut artikel dr Sinar Harian.

Ketua Pediatrik HKL: Derma susu ibu ikut syarak
ANITA ABU HASSAN, SUHARNE ZAINUDIN & FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN
January 23, 2012
Bank Susu

KUALA LUMPUR - Program pendermaan susu ibu yang mengikut tuntutan syarak dijangka akan mula dilaksanakan di hospital-hospital kerajaan di negara ini tahun ini, kata Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Hussain Imam Muhammad Ismail.

Beliau berkata,rancangan mewujudkan program itu telah diluluskan Kementerian Kesihatan selepas perbincangan antara pakar-pakar pediatrik seluruh negara.
“Semua pakar bersetuju melaksanakan program ini secara rasmi me­ngikut mekanisme ditetapkan. Ianya kini berada di peringkat akhir sebelum pelaksanaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Pakar kanak-kanak itu berkata, susu ibu adalah nutrien yang amat penting terutama bagi pembesaran bayi pra-matang jadi program derma susu itu akan memberi manfaat besar kepada bayi yang memerlukan.
Dr Hussain berkata, program derma susu ibu ini akan dijalankan mengikut hukum syarak bagi me­ngelakkan berlaku masalah dari segi nasab dan keturunan.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai proses pendermaan di bawah program itu, Dr Hussain berkata, pihak hospital akan membuat pengumuman di wad-wad bersalin jika terdapat ibu yang mempunyai lebihan susu untuk didermakan, dan akan mengenal pasti ibu yang memerlukan bekalan susu.
Beliau berkata, wanita penderma akan dipastikan bebas penyakit seperti Hepatitis B, C dan tidak merokok selain beberapa syarat penting lain.
“Selepas mengenal pasti penderma dan penerima, kami akan me­ngambil stok susu, menyaringnya untuk memastikan ia bebas daripada penyakit sebelum dipasteurkan di dapur susu yang terdapat di hospital.
“Kemudian, penderma dan ibu penerima akan diminta menandatangani borang persetujuan untuk menderma dan menerima susu secara sukarela (seperti dikehendaki sya­rak),” katanya.
Dr Hussain berkata, wanita yang menderma dan menerima susu juga akan melalui sesi kaunseling mengenai hukum hubungan keluarga susuan dan larangan berkahwin.
Beliau berkata, tiada had terhadap jumlah anak susuan yang boleh diambil oleh seorang wanita penderma.
“Bagi mengelakkan masalah perkahwinan pada masa depan, wanita yang mempunyai ramai, atau hanya anak perempuan digalakkan menderma susu kepada bayi perempuan sahaja,” katanya.

Perbincangan ini perlu libatkan para ulamak sama.
Sumber dr Al Quran, Hadis, Qias dan Ijmak Ulamak perlu jadi rujukan utama.
Kebaikan program ini, ingin membantu bayi pra-matang untuk mendapatkan nutrien terbaik dr susu ibu.
Aku bukanlah arif sgt hukum hakam agama ni.
Ibu yang berhajat nak menderma kena diingatkan tentang hukum pemberian susu hendaklah dengan keizinan suami, jika tiada keizinan hukumnya haram.
Sekiranye bayi tersebut menyusu sehingga kenyang 3 kali menjadi anak susuan hukumnya haram berkahwin dengan adik beradik susuan.
Jadi, sebaik2 nya kedua2 keluarga mengenali antara suatu sama lain supaya x timbul masalah nasab & keturunan pada masa akan datang.
Tapi, adakah mereka boleh jamin hubungan saudara susuan ni sehingga 20 tahun akan dtg, dengan hanya menandatangani surat perjanjian?

Pada pandangan aku, Pihak Hospital mungkin boleh minta ibu bapa bayi mencari sumber susu ibu dr keluarga mereka yg terdekat, sedara mara atau kawan2 rapat.
Senang citer, org yg mereka sgt kenal untuk mendapatkan bantuan susu ibu untuk anak pra-matang mereka.
Kalau xde barulah pikir alternatif lain.