Wednesday, February 29, 2012

* Isu Bungkus Bayi Ketika Tidur Di Taska Permata Terjawab *

Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Bayi yang ditampal pita pelekat di taska Taman Kota Masai

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.


Bayi yang dililit ketat dengan kain bedung di Taska Taman Kota Masai

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.




Wahai ibu2, Sila pastikan anak2 yang di hantar ke pusat penjagaan taska di jaga dgn betul.
Kite bayar pakai hasil titik peluh kite dan mengamanahkan mereka untuk menjaga, bukan untuk dijadikan mangsa dera oleh pengasuh yang sakit mental seperti ni
Rajin2 la buat terjahan x kira masa kat taska anak2 anda.


Nurul Dhia: Emosi sangat terganggu bila kuar citer mcm ni. :(




Komen (9)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
kurang ajo! if anak aida la tu yg dijadikan brg pelepas geram, pengsan ko kena bedung pulak dgn aku grrrr...
2 jawab balas · aktif 689 minggu tadi
ha ah.. kalo anak aku.. aku ganyang budak pompuan tu cukop2.. pg mampus..
betoi2 kite bungkus jd pcong tanam idup2..gerammmm
Kot ya pon marahkan majikan, jgnlah seksa anak2 org lain yg tak berdosa... pi la mengamuk kat org yg terlibat je.. apa daaa...
1 jawab balas · aktif 689 minggu tadi
tu la psycho + sengal nye org
Saya pun tak senang duduk lepas tengok video ni. Rasa geram, marah semua ada. Macam2 kes berlaku kat taska, nak hantar anak sendiri pun dah takut ni. :(
1 jawab balas · aktif 689 minggu tadi
mmg betul, skrg mcm2 kes anak tersedak susu la, kes dera kat taska la...doa semoga allah lindungi anak kite semua
Majikan nyer tak perasan ker pekerja2 lahanat nih buat cam tu kat bebudak nih .... Ape yg menyebabkan pekerja2 lahanat nih tak puas hati sangat ??
1 jawab balas · aktif 689 minggu tadi
xtau la citer sebenar, tp kalu dgr dialog cam majikan marah pekerja sbb marah anak yg dia jaga kot...wallahualam

Kemukakan komen baru

Comments by