Tuesday, February 14, 2012

* Tips Cara Bagaimana Untuk Buat Stok EBM *

Kebanyakkan ibu terutama 1st time mom akan mengalami masalah untuk membuat stok sebelum mula bekerja.
Aku byk terima emel/pm dr ibu2 tentang masalah ini.
Boleh dikatakan ini soklan paling top lah.
Baru2 ini, seorg mummy telah meninggalkan komen soklan yg sama.

jeanne has left a new comment on your post "* Penyusuan Susu Ibu - Part 2 *":

Hi, im happy that i found ur blog, vy helpful. Would appreciate it if u could help me. Im a new mommy, my bb just turns 3mo, and im back at work two days ago. When i was on maternity leave, i never kept ebm stock, until few days before i went back to work. So my ebm is like today's ebm is for tomorro's supply (I exclusively breastfeed my bb). My production for the first day was ok, but the next day it dropped. Fyi, i nurse my bb one breast per session. He will usually fall asleep or refuse to suck after nursing, even after i switch breast. So it seems hard to offer both breasts each session. Now, i need ur advice, how to stock up the ebm cuz im afraid i may hav to top up wiv formula. How to boost my production since i usually wont get much ebm? Any advice? Tqvm!


Untuk membuat stok EBM, STIMULATION/RANGSANGAN adalah kunci utama.
Samada menyusukan anak secara kerap & mengepam.
Ada cara yang kalians boleh lakukan, dan cara ini lah aku amalkan semasa zaman menyusukan Hafeez dulu.
Zaman kejahilan aku tentang Breastfeeding, 2 minggu nak masuk keje baru la kelam kabut nak kumpul stok.

Rangsangan Di Rumah

Susukan anak sebelah payudara dan jika anak sudah kenyang dengan sebelah saja, maka boleh la pam sebelah lagi selama 10-15 minit.
Kemudian pam payudara yg anak minum tadi selama 5 minit atau lebih.
Jika anak menyusu kedua2 breast, ibu boleh terus mengepam kedua2 breast 10-15 minit setiap kali selepas anak menyusu.

Lakukan cara ini selepas setiap sesi penyususan sepanjang hari.
Ini untuk pastikan breast kite betul2 kosong dan bantu stimulate milk supply.
Jangan hiraukan kuantiti sikit atau banyak yg kite dapat.
Minggu pertama mungkin hanya beberapa titik saja yg kite perolehi hasil dr mengepam tu.
Jangan risau, ia normal.
Yang penting adalah mahu memastikan bahawa tubuh kita mendapat isyarat dan kemudian menghasilkan lebih banyak susu itu meningkatkan penghasilan susu.
Pastikan setiap 2-3 jam, ibu menyusukan anak atau mengepam.

Rangsangan Di Tempat Kerja

Semasa di tempat kerja, cuba mengepam atleast setiap 3 jam.
Buat satu jadual.
Contoh nya susukan anak awal pagi sebelum berangkat ke tempat kerja.
Di tempat kerja, kalians boleh mengepam pada 10:00, 13:00, dan 4 pm.
Kalians boleh mengepam atleast 3-4 kali dan mengumpul atleast 20 oz susu.
Lakukan ini setiap hari, kalians akan mempunyai susu yang cukup untuk anak.


Walau bagaimanapun, jika ibu benar2 tidak boleh mengepam 3-4 kali di tempat kerja, kalians boleh mengepam atleast 2 kali di tempat kerja.
Kalians boleh mengepam pada awal pagi/subuh2 dan kemudian pada tengah malam/sebelum tidur untuk bayar hutang 2 sesi pada hari tersebut.
Kalau risau x cukup untuk anak bf, pam lah selepas anak menyusu.
Tubuh akan mendapat isyarat untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak pada waktu malam.

Sebelum kembali bekerja, kalians perlu mempunyai atleast 30-40 beg/bekas 2-4 oz stok susu di rumah.
Pada minggu pertama bekerja, kesibukan mungkin buat tubuh berasa penat sikit.
Ini mungkin akan menjejaskan pengeluaran susu.
Sebab tu pada minggu pertama bekerja, hasil pam semakin kurang.
Tapi keadaan akan kembali normal bila badan kalians serasi ngan jadual mengepam di tempat kerja.
Jadi kalians kena bekerja keras untuk lakukan sebanyak mungkin rangsangan dengan apa cara sekali pun.
Nampak macam memenatkan dan rumit.
Tetapi ia bernilai demi manfaat dan kesihatan si comel :)


Nurul Dhia: Kerja Keras untuk memberikan terbaik buat Zahra & Darwisya




2 DiNg DoNg!!!:

Asu said...

Tjanks for the post.sy akan cuba amalkan.walaupn lambat lg nk masuk keje..at least dpt gmbaran mcmana nk buat stok ebm

nurul dhia said...

@asu

sama2 & good luck, semoga dipermudahkan dear