Friday, April 25, 2008

* Ibu..Umi..Mama..Mami.. IV *

Pada minggu ke-33, aku pegi buat check-up macam biasa. Kebetulan hari tu, badan aku terasa lemah dan penat sangat. Di tambah dengan cuaca yg agak panas. Selepas timbang dan ambil tekanan darah, aku terus ke makmal untuk ujian urin n darah macam biasa. 15 minit kemudian, ujian selesai, aku belek2 buku merah, tulisan pegawai tuh kali ni guna pen merah 'Rujuk kpd Doc' tu je ayat yg aku faham, yg lain bahasa medic ke ape ntah dan terdapat sekeping kertas kecil di 'stapler' kat halaman tersebut.(pun xpaham kertas tuh citer ape)

Hati aku dah mula risau. Harap2 x serius sangat. Lepas cucuk kancing gigi ke-2, aku tunggu depan bilik doc, baru je duduk nurse panggil masuk. Doc (lelaki) suruh aku baring terus kat katil. Doc tu check perut aku, tekan2 skit.

"Tegang betul perut awak ni. Ade rase sakit x, sakit macam perut tuh mengeras?"

"Ade. Tapi 2..3..kali sehari"

"Sejam sekali?..ataupun kerap?"

"Takde. Tapi malam tadi sakit tu datang kerap tapi x pasti pulak berapa lama. Sakit macam senggugut. Memulas2"

"Hmm...sakit senggugut tu xtau plak saya mcm mana. Tapi kalau awak rase sakit pastu perut mengeras, kerap, tu tanda nk bersalin. Kena p hospital check"

Gulp..!!

"Masa buang air kecil sakit x?" Aku geleng.
"Keputihan ade?" Aku Geleng.
"Ade Keluar darah mase buang air kecil?" Geleng lagi.
"Urin test awak dapati urin awak kotor. Takut ade effect kat baby awak. So, banyakan minum air dan mula buat carta pergerakan bayi, ok." Aku angguk. Patut la aku tgk warna urin tadi lain macam jek. Ish..Ish..

Aku Tengok doc tuh tulis sesuatu kat buku merah aku, pastu dia lukis gambar..aku amati gamba tuh. Ooo kedudukan baby rupernye.


Lebih Kurang camni la Doc tu Lukis kedudukan baby dlm kandunganku

Alhamdulillah, pastu air kencing aku kembali normal. Hmmm..agaknye sbb aku makan kari ikan talapia sebelum p buat check up kot. Faktor pemakanan pun bole mempengaruhi warna urin kite. Huhuhu..memandai jek aku.

Sekarang dah kena p klinik seminggu sekali, mmg memenat dan membosankan. Tahap Hb aku masih lagi di bawah <11.>

Berat badan makin lama makin menurun. Tapi nurse xde bising. Dia cakap mmg da dekat nak bersalin berat badan akan menurun. Huh..bagus tuh. Cepat aku kembalikan ke shape asal kalau camni. hihihi...

Bengkak kaki, alhamdulillah tak de. Sebab mengikut petua mak aku, setiap kali tido sapu kaki ngan minyak urut/ minyak panas, tinggi kan kaki (letak Bantal Bawah kaki), kaki tu berselimut or pakai stokin. Pastu kalau duduk jangan biar kaki berjuntai. Pastikan ade sokongan kat tapak kaki.

Begitu jugak ngan keputihan. Alhamdulillah, sepanjang mengandung ni aku xde mengalami keputihan yg teruk sampai nak kena pakai panty liner. Sebab aku selalu bersihkan guna Sumber Ayu Ekstrak Daun Sirih. Lagipun, mmg kite digalakkan menjaga kebersihan femina kite sepanjang pregnant nih.

Sekarang da masuk minggu ke-37. Kepala baby pun da masuk 'parking'. Memang seksa, sbb sakit sangat. Nak bergerak terasa keras kat bawah perut. Menyakitkan, terutama bile nak beralih posisi masa tengah tidur. Solat pun kena duduk. Baru-baru ni check up, kepala baby da turun sangat. Tunggu masa nak keluar. Memang tak sabar rase, sbb da tak larat nak bawa perut ni ke hulu hilir. Kadang-kadang aku saje tanye kat baby, "Sayang, bile nak keluar. Baby orang lain semua da keluar." huhuhuhu...sengal jek.

4 DiNg DoNg!!!:

Nora said...

heheheh.. time2 camni mmg seksa sket. x sabo nk bersalin tp dlm masa yg sama berdebar plak sbb 1st time nk deliver baby. harap2 dpt lar bersalin normal, kan nurul? amik cuti awal2, get rest, kumpul tenaga ;)

NuRuL DhiA said...

estnora >> thanx kak nora, harap2 semuanye selamat. tula igt nk cuti awal nk rehat. simpan tenaga nk deliver baby..huhuhu.

Unknown said...

Tahap HB apa maksud ko tu...

HB1 ke??

Eerrkk...!! :-*

NuRuL DhiA said...

mr_rizal >> hadeii ko nih, ade ke HB1 lak pegi nye. setahu aku tahap Hb ni berkaitan ngan kandungan/kepekatan hemoglobin (darah merah)dlm darah.
tuk normal >=11, sederhana >9, teruk < 9. Kekurangan tahap Hb ni dikenali sbg 'anemia'. ni bahaya kalu ibu tu mengalami tumpah darah bile bersalin. sbb tu mase pegnen doc bg asid folic tuk tambah darah (ubat wana coklat).