Sunday, April 27, 2008

* Susu Ibu VS Susu Formula *

Sejak aku disahkan pregnan, hubby pernah bgtau aku yg dia nak anaknye diberi BreastFeeding (BF). Masa tu aku x terfikir pun nak BF, sbb mengikut pengalaman aku, orang2 sekeliling aku seperti mak aku, makcik2 sedara, kawan2 kebanyakan nye beri anak mereka susu formula.

Antara alasan yg biase aku dengar kenapa x bg BF?:-
1. Susu memang xde atau x keluar
2. Susah nanti bile da kerja semula
3. Susu x cukup
4. Leceh nak uruskan stok susu bile kerja
5. Breast pump mahal sangat!!!
6. Malas....

Masa tu aku pun berfikiran sama macam mereka semua. Betul juga. Leceh, susu formula senang, bancuh jek, suap ke mulut baby. Tak payah susah pump susu untuk stok Express Breastmilk (EBM). Pump pun mahal, beratus2, beribu2 harganye!!!

Entah macam mana, tiba-tiba aku diberi hidayah dan petunjuk dr-Nya. Membuatkan aku berkobar2 dan bertekad untuk beri yg terbaik for my future baby. Hati aku tiba-tiba terbuka nak full BF my baby kelak. Thanx to Puan Suraya/Sue (sedara belah hubby) yang byk memberi kesedaran pada aku tentang kelebihan n kebaikan BF. Dan menurut pakar laktasi
2 hingga 5 percent ibu yang menyusukan anak akan menghadapi masalah kekurangan susu yang mana berkaitan dengan teknik penyusuan. Hanya 5 percent ibu yang x mampu BF itu pun atas sbb kesihatan. So, dengan pendedahan yang betul tentang BF ni, insyallah masalah kering susu atau susu tidak keluar atau tidak cukup dapat di atasi.

Aku n hubby bersetuju memperuntukan some money untuk melabur/membeli breast pump electric untuk kemudahan aku membuat stok EBM kelak. Banyak survey yang aku buat di internet tentang jenama terbaik serta kualiti breast pump yang ada di pasaran antaranya Medela, Avent, Spectra etc. Setelah membuat perbandingan, bertanya dengan ibu2 yg BF, akhirnya aku memilih Spectra3 (macam nama kereta plak..huhuhu) seperti yg disyorkan oleh Sue. Kebetulan Sue dealer sekaligus pengguna Spectra3. Aku terus order ngan dia je. Dan kelmarin, Breast Pump yang aku order tu dah sampai. Makin bersemangat aku bile barang dah depan mata.



Set Spectra3 (klik untuk imej besar). Rujuk www.diyaluna.com

Sambil2 tu aku berusaha juga cari info kat internet tentang BF, macamana nak uruskan EBM bile dah mula bekerja, cara untuk memastikan susu mencukupi untuk baby. Aku join forum ibu2 yang BF, berkongsi cerita dan pengalaman diaorg. Kalau diaorg bole, aku pun mesti bole. Gambate Kudasai!!! Antara laman web yang selalu aku jenguk
www.susuibu.com

cari.com.my - forum parenting
http://www.susuanibu-pk.gov.my/index.html
http://www.breastfeeding.com/





Stok EBM sahabat forum cari. Kagum aku...huhuhu

Aku dah bertekad untuk full BF, lepas ni aku kena pekak kan telinga dgn kata2 org (terutama org2 tua, yg selalu cakap susu ibu xcukup kena bg susu formula gak), kuatkan azam dan semangat. Dan yang paling aku kena set kat otak aku yang nak beri yang terbaik untuk baby aku, insyallah bekalan cukup untuk baby aku.

Car seat untuk baby pun dah dpt. Beli 2nd hand, dr Sue juga. Baby Sue Zikry, pakai sampai 4 bulan jek. Lagipun nak pakai sekejap je. Tak perlu beli yang baru dan mahal. Selagi boleh berjimat, kite berjimat. Walaupun barang terpakai tapi condition still nampak baru.



5 DiNg DoNg!!!:

Nora said...

bagus lar tuh. member² akak yg tgh smbung study kebanyakannya mmg fully BF. mmg agak rugi dulu akak x wat preparation camni. tny org & membaca. i-Allah the next baby nnt nk BF gak. memula jer kuar duit yg byk, tp at the end sama jer kosnye kalo pakai susu formula kan.. bezanya utk BF, kita kuar 'modal' dulu. lps tu lega dah ;)

NuRuL DhiA said...

estnora >> betul tu kak nora. kite dah kaji dah benefit nye. mmg memula terpaksa keluar modal tp pulangan lepas tu lumayan!!! anak pun susah kena penyakit, susu ibu kan yang terbaik :), nurul pun galakan member2 lain BF.

Frozen said...

dalam perancangan nak beli 1..hehehehe

Humyrah said...

kita mmg syorkan sgt bf.. dua2 anak kita tak dapat peluang bf, memang sedih sgt & terkilan. susu formula tu hanyalah last resort..

Anonymous said...

congrats kak nurul sbb dpt kesedaran awal :)
tak rugi pun beli pam, 3 bulan dah pusing modal..
yang penting knowledge,dan confidence.chaiyok!