Thursday, June 19, 2008

~ HADIAH HARI IBU ~


8 Mei 2008 & 9 Mei 2008

Selepas solat asar, perut aku terasa sakit tapi sekejap-sekejap. Terasa seperti ade sesuatu menekan kat bahagian rahimku. Sehingga aku tak larat nak bergerak. Aku jadi risau dan terus telefon mak ceritakan apa yg aku rasa.

Tak ade tanda2 seperti darah, lendir atau air ketuban yg keluar tapi sakit2 dibahagian pinggang ke bawah. Mak suruh aku segera ke hospital, check mungkin aku dah nak bersalin. Aku terus mengajak hubby ke hospital segera.

Sampai di hospital serdang, aku ditahan di wad menunggu untuk buat pemeriksaan. Pelik, sampai di hospital rasa sakit terus hilang. Doktor bagitahu aku pintu rahim baru buka 2cm. Jadi aku dibenarkan pulang dan diberi cuti sakit untuk berehat sehingga due date aku sampai iaitu 12 Mei 2008. Aku disuruh segera ke hospital sekiranya tanda2 seperti darah, lendir atau air ketuban keluar.

Sepanjang malam tu aku tak boleh tidur, suara pesakit mengerang kesakitan kat wad tadi terngiang2 jek. Aku jadi takut, risau tiba2. Pagi esoknye aku terus ajak hubby aku pulang ke Temerloh. Lagipun rasa sakit dah hilang. Aku tawakal dan nekad nak balik kampung juga, walaupun hubby agak keberatan. Akhirnya hubby mengikut juga kemahuan aku.

10 Mei 2008

Semasa solat subuh, tiba2 aku rasa perut aku memulas, pinggang aku sakit tapi aku masih boleh bertahan. Ada darah dan lendir keluar, aku musykil. Tapi aku biarkan, sebab selepas check up di hospital kelmarin memang darah keluar, jadi aku fikir darah yang keluar tu sebab check up kelmarin.

Tengah hari, sakit semakin menjadi-jadi. Seperti sakit senggugut waktu period, pinggang rasa nak tercabut, perut kadang2 mengeras, darah dan lendir semakin banyak keluar. Aku terus bgtahu mak, mak suruh aku bersiap2 ke hospital.

Sebelum tu, aku sempat makan nasi kebetulan aku tengah kelaparan. Rasa sakit tak membantutkan selera aku. huhuhu. Selepas makan, aku mandi dan solat zuhur. Masa ni sakit semakin kuat tapi aku cuba bertahan. Sepanjang perjalanan ke hospital, mak berkali2 ingatkan aku supaya baca ayat selusuh dan doa2 lain yang diajar. Sebelum masuk wad bersalin, mak suruh aku minum minyak dan air selusuh.

Pukul 3.00 petang, Aku dimasukkan ke wad menunggu, macam-macam soalan ditanya doktor, penat aku nak menjawab. Dah la tengah menahan sakit. Pintu rahim

diperiksa, sudah buka 4cm. Aku segera disorong ke dewan bersalin. Sakit semakin kuat, hingga teresak-esak aku menangis.

Aku dipakaikan tiub oksigen dihidung tujuan bekalan oksigen untuk baby di dalam. Di perutku dilekatkan sejenis alat untuk mengesan pergerakan jantung dan baby. Aku juga dibekalkan topeng gas penahan sakit atau pelali, bila terlalu sakit aku disuruh menyedut gas tersebut. Setiap jam doktor akan memeriksa bukaan pintu rahim.

Aku bertanyakan nurse yang menemani aku, kalau boleh aku mahu mak menemani aku sementara hubby sampai dari KL. Tapi prosedur hospital memang hanya suami

saja dibenarkan masuk dalam dewan bersalin. Makin laju airmata aku keluar. Dalam keadaan begini memang orang tersayang diharap berada disamping aku. Dalam hati aku berdoa hubby segera sampai menemani aku waktu tu.

Lebih Kurang pukul 7 malam, hubby sampai ke dewan bersalin. Aku terus mencapai tangan hubby, menggenggam sekuat hati sambil menahan sakit yang semakin kuat.

Hubby cuba membantu menenangkan aku, waktu itu pintu rahim sudah 6cm, dan tekanan di bahagian pinggang semakin kuat. Doktor memecahkan air ketuban.

9 malam, aku terasa seperti ade sesuatu nak keluar dan terasa seperti hendak meneran. Aku bgtau hubby dan dia terus memanggil doktor. Doktor dan nurse buat persiapan, dan aku disuruh meneran sekuat hati. Dengan tenaga yang ada, aku berusaha mengikut arahan doktor.

Hampir sejam, namun baby masih lagi tak keluar tapi kepala baby dah separuh diluar. Dan aku pulak semakin lemah dan penat. Hubby terus memberi kata2 semangat begitu juga doktor. Baby mungkin lemas dan aku akan dibedah untuk keluarkan baby.

"Awak kena kuat, kepala baby awak dah kat luar, cuba awak rasa ni, sikit je lagi" kata doktor tu sambil menarik tanganku dan menyentuh kepala baby.

Ya, aku dapat rasa kehangatan kepala baby. Dengan tenaga dan semangat yang ada, bantuan doktor dan nurse bertugas, aku cuba lagi. Tapi gagal dan aku semakin lemah dan tak berdaya lagi. Doktor terpaksa menekan-nekan perutku untuk memaksa baby keluar dan akhirnya tepat pukul 10.20 malam aku berjaya melahirkan seorang putera yang sangat comel seberat 3.48kg. Doktor meletakkan baby di atas dadaku, suara tangisan nya umpama lagu yg merdu di telingaku.

"Anak ibu" terpacul keluar dr mulutku, sambil memeluknya yang berlumuran darah dan lendir. Segala apa yang aku tanggung tadi terus hilang. Airmata gembira

mengalir, dan waktu tu kucupan dr hubby dan ucapan tahniah terdengar di telingaku.

Baby di bersihkan, sementara aku masih lagi dirawat oleh doktor. Mataku tak lepas memandang ke arahnya. Kemudian Baby diserahkan kepada hubby untuk diazankan.

Selepas aku dirawat, aku diberi minum susu dan disuruh berehat. Setengah jam kemudian, nurse menyerahkan baby kepadaku untuk disusukan. Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari nurse aku berjaya menyusukan anakku buat kali pertama. Alhamdulillah, rezeki anakku mungkin.

Aku dan hubby menamakan putera kami Muhammad Dhia'ul Hafeez yang bermaksud

Muhammad = Yang terpuji

Dhia = Sinaran, Cahaya

Al-Hafeez = Penjaga, Pelindung, Penghafaz al-quran

Dan kelahiran Hafeez merupakan hadiah istimewa sempena hari ibu buatku. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengutuskan ucapan tahniah buatku dan hubby :)


8 DiNg DoNg!!!:

Anonymous said...

tahniah kakak...apis sgt cumel!!

Frozen said...

waaaahhh...ibu muda menulis kembali...congrat for ur new born... :)

Nora said...

perghh.. bestnya dpt kongsi pengalaman bersalin nih. itu lar 'nikmatnye' sakit melahirkan anak. take care, nurul & hafeez ;)

♥ Mrs. C ♥ said...

Congrats.. Nnt kite dtg jumpa baby hafeez ek....

Humyrah said...

tahniah dgn kelahiran hafeez! sakit tu memang berbaloi kan.. :)

Anonymous said...

seronoknya bc kisah ibu hafeez ni =)
baby is worth all the pain ait?
take care my dearest cousin..muahs to hafeez

Unknown said...

yeaa... masa wife ku bersalin dulu pun sama... lepas baby keluar hilang semua rasa sakit, pening nak terberak kencing dan macam macam...!! yang penting, kedua dua selamat... ibu dan anak...!! tahniah.. tahniah... tahniah...!!

NM said...

syahdu je baca...huhu tak sabar lak nk tgk my baby..