Thursday, July 17, 2008

Permata Hati ku

Hafeez sekarang dah masuk 2 bulan. Kejapnya masa berlalu, pejam celik pejam celik, dah besar anak ibu nih. Bila dah 2 bulan ni berbagai aksi dan ragam Hafeez nak kena layan. Mari kita berkenalan dengan buah hati pengarang jantung ibu ni ;)



Nama: Muhammad Dhia'ul Hafeez
Nama Manja: Hafeez, Boboi (atuk [sebelah ibu] yg bagi..huhuhu)
Tarikh Lahir: 10 May 2008
Berat: 5.1kg - lenguh gak dukung nih
Keistimewaan: Ada tanda lahir merah di tepi mata kiri (penat ibu nak jawab bila org bertanya)
Kemahiran: Menendang dan menumbuk (kaki dan tangan memang tak pernah diam kecuali time tidur), menangis (bila perlu hihihi)
Hobi: Hisap sarung tangan sampai lencun, bermain air liur, bersembang dan bercerita, sengih dan ketawa, tengok TV, Jalan2 naik kereta.
Paling dibenci: Suasana sunyi sepi, tak ada orang disekelilingnya, mula la dia menangis, penakut sikit huhuhu.
Paling disukai: Ramai orang disekelilingnye, melayan dia bersembang.

9 julai, aku dah mula bekerja. Teramat la beratnya hati ku nak tinggalkan Hafeez dengan babysitter nye. Berair mata aku, peluk cium Hafeez bertalu-talu. (huh! macam nak berpisah bertahun lama nye) Hafeez???... relaks jek... ceh. On da way ke opis, hati aku rase sedih sangat2.

'Kita patah balik amik Hafeez nak?' aku merayu kat hubby.
'Ya allah, relaks la..ish'
'erk..hmm' huhuhu...terus aku diam membatu. Dalam fikiran ingatkan Hafeez dan risau memanjang.
Balik dari kerja meluru aku serbu rumah Kak Ina nak amik Hafeez.huhuhu..rindunye ibu.

Hari isnin baru ni, Hafeez kena cucuk untuk 2 bulan. Kesian Hafeez demam 2 hari. Nasib baik Hafeez tak meragam sangat. Hafeez anak ibu yang kuat kan...hihihi.





Ini gara-gara Mak Su Balqis, nak amik gambar Hafeez pakai topi kartun. Terpaksa la Hafeez berposing depan Mak Su dengan topi tuh.


Kawan baru Hafeez, CJ7 ibu belikan masa window shopping kat mines. Seronok berjalan sampai rumah Hafeez mesti riuh bercerita ngan ayah plak. Apa yg dicerita pun aku tak paham. huhuhu..layaaan jek



Gamba ni pinjam dr blog my dearest cousin, suraya. Uncle Wan bawa kamera besar, amik gamba Hafeez. Terbayang muka baby Zikry yg montel dan tembam tuh.


Hafeez sedang sibuk bermain dengan lidah nya. Mengeluarkan air liur membasahi dagu sejemputnya tuh dan juga bajunya.


Ramai orang senyum kambing tengok gelagat Hafeez dengan topi tutup matanya masa jalan2 kat MidValley. Sori la Hafeez ibu tak perasan...huhuhu. Hafeez senyap jek tak berbunyi. Aku perasan bila terpandang couple ketawa sambil menunjuk ke arah aku ngan Hafeez.


Exclusive, Mak Su Balqis dah pandai dukung Hafeez. Seronok Mak Su Dapat dukung Hafeez.

9 DiNg DoNg!!!:

Unknown said...

Lebat tul rambut nye ekk!!

NuRuL DhiA said...

hahaha..tu yang tak sabar nak tebas kasi licin.

Frozen said...

comel abeh...hahahhaha

♥ Mrs. C ♥ said...

pandai posing hafeez nih... hehehe... best kan.. kehadiran anak ni penyeri hidup...

NuRuL DhiA said...

ben>> huhuhu..tengkiu2. x saba nak tgk anak ko, mesti hencem mcm ko.

connie>> mmg best sgt2. apa2 mesti fikir pasal anak dulu. nak shopin pun skrg brg anak jek, brg ibu xkisah da.

Humyrah said...

mmg sukar nak lepaskan si comel ni..apatah lagi ke tangan org yg nak 'ganti' kita menjaganya. yan faham sangat perasaan kak nurul tu..

alahai comelnya hafeez nih! ni rasa tak sabar nak pregnant lg nih!

Nora said...

haaa.. ini dia hero nanako.. very d very lar comey dia. mata ikut ayah dia. putih comey ikut ibu dia lar.. pape pun, rupa baby cepat berubah. hehehe!

NuRuL DhiA said...

yan>> tula, akak merah mata p opis. huhuhu..kelaka plak rase.

kak nora>> betul, masa baru lahir sume ckp muka hafeez cam ibunye. bile masuk 2 bln da mcm ayahnye plak.

Anonymous said...

hi nurul... 1st time masuk sini..bila baca pengalaman bersalin u tu, seram jugakye.. i bersalin sakit tak lama sebab induce.. air ketuban byk, so terpaksa induce takut baby lemas.. sakit mmg sakit sgt tapi sakit pinggang mcm nak putus tu takdelah pulak.. alhamdulillah 7minit push aje baby keluar..
*comelnya hafeez... baby kita lahir bulan yg sama ye..