080808..Tarikh yg sgt cun. Ramai yg langsungkan majlis nikah pd tarikh ni, termasuk la adik aku, Angah. Majlis nikah berlangsung petang jumaat tu, 5.00 ptg di Villa Srinor, Temerloh. Dengan sekali lafaz, Angah sah jadi isteri kpd Mohd Zaki yg dikenali sejak sekolah menengah lg, dr tahun 1998 (lama gile bercintan cintun, 10 tahun beb). Semoga berkekalan hingga hujung nyawa buat kedua mempelai.

Aku jadi pengiring Angah masa akad nikah tu. Relaks jek dok sebelah pengantin, mcm org xde anak yer. kihkihkih. Hafeez budak baik, cam tau2 jek ibu nye bz. Dia lepak2 ngan mak2 sedara nya, sampai la majlis selesai. Langsung x meragam cari ibu. Lg pun, Hafeez mmg suka org ramai2 nih. So, aku mmg x risau dia meragam ke ape. Senang aku nk berkenduri.


CUKUR JAMBUL DAN BERENDOI
Lepas selesai jek majlis Angah, aku bertungkus lumus sediakan bahan2 tuk majlis cuckur jambul n jejak tanah Hafeez pd sebelah mlmnye plak. Buaian berendoi dah aku siap hias malam sebelumnye. dan hasil nye..tadaa...!


Majlis bermula dgn bacaan doa, kemudian cukur jambul dan jejak tanah. Waktu tu Hafeez tgh lena tido, terpaksa dikejutkan. Nasib baik Hafeez x nangis kena sejuk air tepung tawar tuh. Senyap jek sepanjang majlis tuh berjalan. Tapi muka masam n mamai.





Buah tangan tuk orang2 marhaban. Bunga telur, pulut kuning n sambal bilis, bubur liar
Rambut Hafeez dlm buah kelapa, Tanah dan duit syiling dan brg kemas diguna tuk jejak tanah.
Pulut Kuning dan Bubur Liar yg biasa dihidangkan di majlis cukur jambul di daerah aku. Bubur nih mmg time cukur jambul je bole mkn. Macam bubur chacha, tapi tepung dibuat sendiri dan dimasukkan dlm acuan cendol, dimkn ngan santan pekat.
3 DiNg DoNg!!!:
meriahnye.. siap ada majlis berendoi gitu.. qila aritu tak sempat pun nak buat macam ni sebab dia tak tidur buaian.. buaian pun takde. huhuh
meriah sungguh lar dua majlis nih... hafeez mmg good boy. senang nk jaga dia ek, nurul?
marsha>> cucu sulung dlm family, seronok la nk buat majlis meriah camni. Hafeez pun xtido buai, tu buai pinjam jek. nk wat berendoi punye pasal huhuhu
Nora>> Senang la gak, xbyk ragam bile tgh2 org ramai. tp bile tinggal berdua ngan ibu n ayahnye, manja xbole ditinggal. takut terus nanis
Post a Comment