Tuesday, October 14, 2008

* Sangat susah Hati tapi buat-buat hepi... *

Bulan puasa lalu, betul2 menguji aku. Tiba2 susuku merudum teruk, sehari pam dpt 2-3 botol je (10-12oz). Sedangkan Hafeez minum seari 4-5 botol (16-20oz.), Jadi sepatutnye aku kena pam sebanyak 16-20oz tuk memenuhi keperluan Hafeez. Seminggu sebelum raya, Stok EBM dlm fridge da lincin, kalu ade pun cukup tuk bekalan seari je. Sangat la susah hati, tapi buat2 hepi.

Aku telan apa saja yg boleh membanyakkan susu. Lobak putih, air longan, pil ASI, susu anmum, telan halba (sampaikan dlm masakan pun ku bubuh halba), air soya, jus kurma. Sambil tu aku mengadu di Forum SI, ramai ibu2 di SI memberi kata2 semangat, petua2 dan macam2 tuk meningkatkan kuantiti susu. Rasa prihatin dr geng mommies cukup menaikkan semula semangat ku yg makin lemah dan melegakan hatiku yg risau ineh. Thanx mommies!!

Hubby turut risau bila lihat stok dlm fridge yg makin lapang.
"nak buat mcm mana, kalu xcukup gak stok bg jela susu tin tuh" hubby beri solution yg xpernah aku pikirkan. Serius, aku xpenah terfikir lg tuk top up ngan susu formula (terperuk kat kabinet dapur).
tak pernah, tak mungkin dan takkan (harap2, amin..amin).
Kebetulan plak kecoh pasal susu formula tercemar kat china. Sedih dan kesian melihat baby2 yg sakit akibat minum susu tercemar tuh. Aku rase bertuah dan syukur sangat krn Allah beri rezeki tuk Hafeez. Lepas tgk berita pasal susu tercemar tuh, berkobar2 dan berusaha sunguh2 tuk banyakkan semula susu. Aku kerapkan minum air soya n air masak sepanjang mlm hingga la waktu sahur, tgh2 tido pun aku bangun minum. Makan pun aku kerapkan, berbuka aku mkn nasi, pastu jajan dengan kuih2 or biskut, supper kadang2 aku mkn nasi xpun minum oat plus soya, sahur dgn nasi+oat+ soya+air masak.
Aku cuba gak resepi yg diberi geng SI tuk banyakkan susu nih. Ice blended kurma, smoothie kurma+susu segar n air longan. Bukan saje menjadi, malah teramat la sedapnye. hingga hubby turut join skali,huhuhu.

Ice blended kurma dan susu (smoothie)


1 cawan kurma (buang biji)
1 cawan susu segar low fat perisa vanila (bole ganti ngan soya)
2 tray cube ice

Blend semua bahan2 tadi hingga sebati. Siap! yummy!


Ice blended Kurma + longan



1 cawan buah kurma ( buang biji)
1 cawan buah longan kering
1 cawan air rebusan longan kering
2 tray cube ice

Campur semua bahan tadi dan blend sebati. Marbeles!!!

Sup sayur dgn tofu (resepi suka hatiku)


Sayur sawi
cendawan tiram
Tofu jepun
udang
bawang merah & bawang putih (hiris)
air
serbuk lada sulah
kiub ikan bilis
garam

Tumis bawang hingga garing. tambahkan air, lada sulah dan kiub ikan bilis. dah mendidih masukkan cendawan, udang dan tofu. pastu sawi dan garam. kacau kejap. boleh la hidang.

*pstt..tiada sukatan tertentu, main agak2 jek campak dlm periuk.huhuhu

Kotak berwarna hijau tuh la PIL ASI (rm15 saje). Ubat Tradisional dari Indonesia tuk menambahkan susu. Setakat ni alhamdulillah, jamu ni serasi dgn aku. Tidaklah membanyakan susu sgt tapi lebih kpd 'maintain' pengeluaran susu.
5 hari cuti raya aku berazam nk kumpul stok ebm. Tapi dugaan bertambah lg, bila stok yang ku kumpul rosak semua (ade la 3 botol jek, tapi sgt beharga buatku), sbb my MIL slowkan temperature freezer. Apa lagi cair la susu2 ku, terpaksa buang camtu jek. Sedih sgt, down aku kejap. Tapi tabahkan hati, bukan rezeki Hafeez. Tak mau layan risau, nnt production susu makin terjejas.
Balik dari bercuti, dlm fridge ade 7 botol jek, bermakna ade baki 1 botol (biasanye anta kat bbsitter seari 6 botol). Kat office aku tingkatkan masa pumping. Saat genting nih, aku berjaya wat double pumping, tu pun lepas bape kali praktis baru berjaya. Terbukti, double pumping lagi banyak hasilnye berbanding single pumping dan jimat masa. Biasa single pumping dpt 4-5oz jek sekali pam for both 2 side. Tapi double pumping bole dpt 6-8oz sekali pam! Kalau ku tahu, dr dulu ku praktikannye.
Hingga sekarang aku hanya mampu sediakan stok tuk harian, dan aku masih bekerja keras tuk membuat stok EBM sebanyak yang mungkin. Aku bersyukur sangat sbb berjaya BF hingga sekarang, tanpa perlu top up ngan susu formula. Ia takkan berjaya tanpa sokongan dr hubby, geng mommies SI dan tak lupa my cousin, Sue (yg sanggup dgr segala luahan dan aduan manja dariku) maqaseh sesangat, luv u all, muah,muah.
Dengan niat dan keazaman insyaallah, Allah akan permudahkan urusan kita. Dan aku yakin serta tawakal, berusaha capai targetku beri yang terbaik buat Hafeez hingga berusia 6 bulan dan meneruskannya hingga 2 tahun. AMIN.

5 DiNg DoNg!!!:

♥ Mrs. C ♥ said...

ooo baru la terjawab ape yg tertulis kat YM selama ni yea? ehmmm.... bersabo la yea..

Owh yea, kite dah try buat air kurma+longan tu, sedap... tp kite beli longan dlm tin...

Anonymous said...

Hi Dhia, Salam dari Umi Sufira..baby dah 5 bulan ke? aah ni memang dah tengah saat genting nak cukupkan keperluan baby sebab dia belum makan lagi and ngah kuat minum...sekarang ni pulun habis habisan Ok janagn stress..tapi bila dah start makan nanti InsyaAllah stok melimpah ruah..Gud luck!

NuRuL DhiA said...

Connie >> sedap sgt sampai borong 1 bundle (mahai plak tuh rm28) tuk wat stok minum ari2

Umi Sufira >> maqaseh, alhamdulillah w/pun x dpt kumpul stok bergolek2 dlm fridge lg, dpt wat bekalan tuk baby minum hari2 pun da cukup baik. susu pun makin banyak sejak apply petua2 dr mommies.

N.Z.Zamirah said...

assalamualaikum..
saya nak tanya skit la..akak kata buat double pumping beberapa kali br berjaya ye? macamana tu? saya baru je beli freestyle dan baru guna 2-3 hari tp susu tak sebanyak bila saya pam guna swing la..kenapa ye? ada tips ke nak buat double pumping ni? anak saya dah 3 bulan, minum banyak..risau stok tak cukup..tq

NuRuL DhiA said...

@AuzMira

bila kite bertukar jenis pam, badan kite amik masa nk sesuaikan ngan pam tu, sekurang2 seminggu wat double pumping baru nmpk hasil yg memberangsangkan. teruskan usaha yer