Friday, November 14, 2008

* Hemangioma, Strawberry Mark *

Baru2 ni, kami bawa Hafeez jumpa Dr Arifah, Klinik Mediveron, Bandar Baru Bangi (Maqaseh Mama-Miya kasi pinjam PEAD kamu) tuk check tanda lahir Hafeez yg makin membesar dan merebak ituh.
Risau gak sbb makin lama makin melarat ke kelopak mata.
Da macam pakai eye shadow da anak ibu nih.
Takut effect kat saraf2 mata plak.

Yang aku tau, nama tanda tuh strawberry, sbb adik aku sorang ade tanda tuh sebesar ibu jari dan timbul kat perut kiri dan kanan.
Mak aku penah bawa adik aku tuh jumpa pakar kulit, dan doc tuh ckp nama nye strawberry.
Tapi sekarang dah ilang, tinggal titik2 merah jek.
Kebetulan adik aku nye tuh jenis x membesar.
Tak macam Hafeez, tanda merah ni x timbul sgt, tapi makin melarat ke tempat lain.

Menurut Dr. Arifah, tanda merah ni dikenali sbg Hemangioma.

Hemangiomas - boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.
Satu daripadanya ‘strawberry hemangioma’.
Tanda lahir ini selalunya berwarna merah cerah dan kelihatan menonjol pada permukaan kulit. Ada sesetengah ‘strawberry hemangiomas’ akan hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak itu mencecah usia lima tahun.
Tetapi kebanyakan strawberry hemangiomas akan hilang pada usia sembilan tahun.
Satu lagi jenis hemangioma yang kelihatan di bawah kulit.
Ia dikenali sebagai ‘cavernous hemangioma’.
Warnanya agak berlainan dan ia tidak boleh hilang dengan sendirinya.
Port-Wine Stains - satu lagi jenis hemangiomas.
Ia tidak tertonjol atau tidak berada di bahagian dalam kulit.
Port-wine stain biasanya berwarna seakan-akan ungu bercampur merah atau merah gelap.
Ia biasanya kelihatan di bahagian tengkuk atau muka.


Kalu berdasarkan Fakta di atas, Hafeez kategori strawberry hemangioma.
Merah cerah dan timbul permukaan kulit.
Dr. Arifah kata maybe bole hilang bile da besar nanti.
Tapi beliau xdpt mengesahkan tanda Hafeez ni bahaya atau x.
Hanya pakar kulit khas saje yg bole tgk dan sahkan samada ia merbahaya dan rawatan yg perlu diambil utk hilangkan nye.
Beliau sarankan kami bawa Hafeez berjumpa boss beliau, pakar kulit kanak2 di HKL.
Dengan baik hatinye, beliau menulis sepucuk surat tuk rujukan pihak HKL nnt.
Menarik tertarik aku dgn surat beliau, siap lukis gamba mata Hafeez...huhuhu.

Aku harap, tanda merah ni x membahayakan.
Macam2 ckp orang kalu tgk tanda merah ni.
Ade yg cakap nnt makin besar, bole tutup mata.
Ade yg cakap, da besar nnt ilang la tanda tuh.
Ade gak yg cakap, tanda merah ni, x elok, cam bawa malang.
Astagfirullah....
Apa2 pun kena tunggu ape kata pakar nnt.
Doakan semua selamat, Amin.
Artikel Hemangioma

13 DiNg DoNg!!!:

lia said...

dhia....
'Ade gak yg cakap, tanda merah ni, x elok, cam bawa malang.'
ada gak yg masih pk bnda cm ni ek?

InsyaAllah.. xde nyer malang2 tu...
nasib kita ni... hnya Dia yg tau... bkn 'org2' yg tau k...

Emma said...

kalau 'org' yg ckp tu xdak kelulusan dlm medical, sila abaikan..

kalau pikir2, leh pening..

hu hu

-mama emma-

~Umi.Sufira~ said...

Sian Hafeez, betul2 kena kat mata tu yang nampak obvious...hopefully hilang cepat yek...takpe hafeez auntie pon ada tanda lahir besar and hitam lagi kat lengan siap masa kecik2 dulu slalu pikir "mesti takde orang nak kawin ngan aku pasal benda nih"..tapi Alhamdulillah takde pulak bawak malang pon malahan semakin murah rezki nih! Hafeez orang2 yang terpilih untuk murah rezki! Dhia takyahler risau sanagt kay!

♥ Mrs. C ♥ said...

"harap2 tanda strawberry tu cpt hilang spt yg doc tu ckp la yea..."

Anonymous said...

hafeez, aunty Sue pun ada bawah mata..lingkaran gelap bawah mata..tak malang la feez..org nampak cam rajin membace dan belajar...kekeke

Nora said...

kalo kita ade anak kecik, mmg ade je 'advice2' yg x masuk dek akal kan? xpe lar, hopefully strawberry marks hafeez tu x beri kesan dr segi kesihatan.

NuRuL DhiA said...

lia >> sedey sgt bile ade yg ckp camtu. kite pun xsangka masih ade lg percaya benda camni. ape yg nurul percaya semua kejadian Allah itu ade keistimewaan nya kan.

mama emma >> mmg ke abaikan aje ckp2 org camtu. w/pun agak tersentap gak bile mrk berkata begitu.hihihi

NuRuL DhiA said...

umi sufira >> harap2 Hafeez pun faham ape yg umi ckp nih. kite cuma risau pandangan org terhadap Hafeez, takut bile Hafeez da besar dia terasa rendah diri or kecik ati dgn pandangan org. Kalu ade cara bole hilangkan tanda tu ok gak. maybe kalu tanda tuh kat tempat lain, i mean tempat yg tersorok, xde la risau sgt. ape pun Hafeez sgt istimewa wat ibunye :)

Connie >> harap2 la kak connie. kesian takut da besar nnt dia malu nk berdepan ngan org plak.

NuRuL DhiA said...

luna >> aunty sue, ibu feez pun ade tanda kat bawah mata. sbb ibu sgt rajin..hihihi

nora >> betul la kak, kadang2 tension gak dgr 'advice2' depa nih. serabut otak ku.

Anonymous said...

hye..
my daughter pon ade tanda mcm hafeez. bezanya dia kat bwh mata.. treatment propanolol.. sebenarnya, apa yang penting, kita sebagai parents yang kena main peranan utk meyakinkan anak kita walau mcm ada tanda kat muka, dia tetap special.. =)

Unknown said...

Salam sis. Sy terbaca page blog awk. Anak at baru 3bln, tanda di kelopak mata dia skrg besar biji kacang hijau. Sy nak tau anak awk skrg mcm mana tanda dia. Dah hilang ke?

Fatin said...

Sory mngngu ye.. Nk tnya ank awk dh smbuh dari tanda tu ke? Brape lama masa untuk hilang? Btw baby sy pon ad jgk tanda tu..bru nk strt traetment propranolol.. Blh bgthu x lps treantment tu tanda merah tu makin brkurang @ hnya utk tdk bg dia membesar

Fatin said...

Sory mngngu ye.. Nk tnya ank awk dh smbuh dari tanda tu ke? Brape lama masa untuk hilang? Btw baby sy pon ad jgk tanda tu..bru nk strt traetment propranolol.. Blh bgthu x lps treantment tu tanda merah tu makin brkurang @ hnya utk tdk bg dia membesar