Friday, December 19, 2008

* Si Jantung Pisang *

Menurut petua orang, Jantung pisang salah satu makanan yang bole membantu menambah penghasilan susu.
Feveret ku nih, macam2 bole dimasak jantung nih, rebus cicah ngan sambal, masak lemak putih, masak lemak kuning, wat kerabu... tu yg biase org2 masak la.
Tapi aku suka wat sambal tumis.
sedaap...resepi ni dr wan aku.
Bahan asal guna cendawan sisir, tapi aku tuka cendawan tuh ngan jantung pisang.



Bahan:
1 biji jantung pisang- direbus dan di racik halus
1 labu bawang merah
1 inci kunyit hidup
cili api (ikut tahap kepedasan kalians)
1 inci belacan
1 btg serai - dititik
3 sudu besar cili kering blend
1 sudu besar serbuk kari
segenggam ikan bilis dan udang kering - tumbuk pecah2 (salah satu pun bole)
1 mangkuk tau fu fah santan cair
asam keping
garam dan gula
Cara:
1. bawang, kunyit, cili api, belacan diblend sekali.
2. tumis bahan blend + cili kering + serbuk kari sampai wangi dan garing.
3. masukkan ikan bilis dan udang.
4. masukkan serai + garam + gula + asam keping
5. masukkan jantung. kacau dan tutup jap.
6. masukkan santan. kacau2 sampai masak dan agak pekat kuahnye.
7. siap dan makan ngan nasi panas2....nyumnyum

3 DiNg DoNg!!!:

CoNniE said...

dah lama tak mkn jantung pisang... erhmm.... cam sdp masaknyer tu....

Cath J said...

mmm..nampak sodap ni...teringat pula kerabu jantung pisang recepi mak..

NuRuL DhiA said...

Connie & Cath J >> sedap hingga lincin nasi bertambah makan.