besssh giler cite novel nih.
2 hari aku dok menghabiskan masa tuk baca novel neh.
yer aaaaaa nak layan hubby lagik, layan si anak lagik.
masak, kemas umah bagai kan...tu yg slow
dek kerana cite menarik novel ni...hingga terabai hubby n feez dibuatnye.
Siap kemas2 umah, ngadap novel sampai terlupa da tghari, hubby da terjerit2 lapar.
Masak2 cincai, sambung ngadap novel nih lagik.
Feez sampai ngamuk2 sbb ibu leka baca novel tak layan feez nak nenen.
huhuhu..penangan novel nih mmg dahsyat.
Meh la aku citer cikit, Al kisah....
"Aleya yang terpaksa berkahwin dengan syed Aizril kerana telah diperangkap oleh kawan mereka Faizal...mereka kene tangkap basah...mahu tak mahu dorang kawen gak...tp zril membenci leya sepenuh hati....maklum laa dek kerana darjat dah kedudukan...leya hanya org kg jek...Leya juga dibuang keluarga sendiri sbb kononnye jatuhkan maruah keluarga ....'Malam Pertama Leya telah dipukul oleh Zril'....Leya di dera oleh suaminye sendiri...dan Leya juga dirogol oleh insan bernama suami....sian Leyaaaa....Leya di hina...di dera...dipukul...di caci...dan dihalau seperti anjing (part ni sedih giler, aku nanis teresak2) .....Zril dan keluarganya memang kejam....dan Leya mengandung anak Zril tapi zril x ngaku tu anak dia (x guna punye jantan)....Leya lari dan tinggal bersama kawan baik dia Umairah..sehingga bersalin bayi kembar....Zril yang mempunyai kekasih hati bernama Sharifah Emelin yg sedarjat dgn nya....dan merancang untuk berkahwin....Zril telah berkata sekiranya dia menikahi Lin maka talak akan jatuh terhadap Leya..."
apakah kesudahnya nyer?
kalians sila la beli dan baca Novel yg selalu SOLD OUT!!!
serius aku asyik nanis jek bace part yg sedih, mmg sedih giler rase.
serius aku asyik nanis jek bace part yg sedih, mmg sedih giler rase.
tambah plak ngan imaginasi aku yg melampau, huhuhu...harus la meleleh hingus sob sob sob
ada gak part yg kelakar...romantik.... buat aku tersengih2 cam kerang busuk jek..hahaha
Penulis nye Siti Rosmizah
Beliau kata dia dapat ilham citer tu dalam mimpi
3 hari berturut-turut mimpi sampai mlm
last mimpi ending citer tu..
penulis tu lawyer kalau tak silap..
3 hari berturut-turut mimpi sampai mlm
last mimpi ending citer tu..
penulis tu lawyer kalau tak silap..
Dari 10 bintang, aku bagi 9.99999 bintang!
Memang xrugi cari sampai naik tensen, mana2 kedai buku asyik sold out.
sib baik p mph alamanda ritu ade, x sia2 ku terpaksa tadah tinge dgr hubby bebel sbb hubby terpaksa tunggu lama aku cari buku nih...ngehngehngeh
Tajuk : Andai Itu Takdirnya
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.
"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."
Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.
"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."
Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.
"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."
Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?
"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."
Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.
"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."
Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.
"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."
10 DiNg DoNg!!!:
mmg syikkan klu dpt baca novel...lupa semuanyer....hahahaa...
a'ah..novel ni mmg best...eyza pun tgh baca novel ni..tapi x abis lagi..time nak tido baru baca... eyza dah sampai dekat aleya dah balik semula ke pangkuan zril tu..lepas zril kemalangan... citer ni mmg menyentuh perasaan kan? geram jer kalau fikirkan balik perangai husband dia tu....kalu bole eyza nak bg 10 bintang..hi..hi...
simpan weh novel ni. org balik nnt nak bace. bawak pi airport. ngeh3.
de satu lg novel yg memang sdey giler!!! nangis2 weh. tanye nadiah pe tajuknye. pastu novel "kau sayangku" tu orang da bace 3 kali! x bosan2. pastu, novel "atas nama cinta" pun dgr citenye best gak. hehehe
haku ni kalu layan novel.. 1 koje pun x jalan ler jwp nyeee..
1 hari pun leh ngadap .. lg2 novel dr ahadiat tuh
@niza
tula, leka lalai di buatnye layan baca novel nih. satu keje pun x jd
hmmm dah lama rasanya x baca novel... rasanya last baca lum kawin ... hmmm kadang² layan novel best gak...
@eyza
rase nak belasah jek si zril tu kan, ade gak manusia kejam cam dia. tp mmg x mustahil manusia camni ade kat muka bumi nih
@yana sahri
nnt cari novel2 tuh, dr aritu cda ckp besh novel tuh, tp dia pun x igt tajuk nye.
@fazilzura
uissh, da lama x bace ahadiat nye karya, ade lagi ke yek? zaman muda remaja dulu yg tu ku dok bace
@As
ku selalu baca novel time mengepam kat opis, sementara tunggu botol penuh. tp novel yg ni, sgt teruja nak tau kisah seterusnye..cepat jek khatam
Post a Comment