Wednesday, June 17, 2009

* BreastMilk - The Food Of Love *

Menyusui bayi dengan susu ibu merupakan satu titik permulaan yang paling baik sbb segunung kebaikan & ganjaran yg menanti bayi dan juga ibu.
Agungnya kuasa Allah, sebaik saja bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula.

Menyusukan bayi merupakan pengalaman yang unik bagi setiap ibu sbb Allah telah mengurniakan khasiat yang tidak ternilai drpd badan kite sendiri & dihiasi dengan kasih sayang antara bayi n ibu.
Dlm Al-Quran juga ada menyebut tentang penyusuan ibu di dalam firmanNya yang bermaksud

"Dan ibu- ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

(Al Baqarah:233)

Banyak kajian dilakukan membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula (fm) lain.
Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi terutama sejak lahir sehingga 6 bulan sbb ia mempengaruhi pembentukan fizikal juga mental anak-anak.
Susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yg tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi sbb ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah.
Hari pertama selepas kelahiran, ibu2 digalakkan menyusui bayi utk membekalkan antibodi yang cukup.


Antara kebaikan susu ibu ialah
  • mengandungi komposisi nutrien yg sesuai dan cukup dgn perkembangan bayi yg membesar.
  • Susu ibu bebas daripada bakteria sbb ia mengandungi antibodi (immunoglobulins) yg bertindak sebagai tembok penghalang pelbagai penyakit sehinggalah bayi dpt membentuk antibodinya sendiri.
  • Protein di dalam susu ibu adalah mencukupi utk pertumbuhan bayi dan perkembangan otak. - Protein susu ibu mudah dihadam dan diserap. Apabila susu lembu diberi kepada bayi, kuantiti protein yg dihadam dan serap adalah rendah menyebabkn byk hasil pecahan protein. Perkembangan otak boleh terganggu jika paras hasil pecahan protein dlm darah adlh tinggi.
  • Susu ibu tidak membebankan ginjal bayi dan ia tidak perlu menyimpan air yg berlebihan.
  • Lemak merupakan sumber utama bagi bayi.- Enzim lipase yang terkandung di dlm susu ibu boleh menghadamkan lemak. Kandungan lemak adalah berubah semasa penyusuan ibu iaitu lemak adalah rendah pd permulaan penyusuan (foremilk) dan tinggi pd akhir penyusuan (hindmilk) atau disebut susu akhir. Enzim- enzim dalam susu ibu akan menghadamkan lemak dan ini menyebabkan ia senang dibekalkan kepada bayi sbg tenaga.
  • Susu ibu juga mengandungi zat besi yang mudah diserap oleh bayi sbb di dalamnya terdapat laktoferin berbanding susu fm.
  • Kandungan vitamin A dan C dalam susu ibu adalah tinggi berbanding susu lembu.
  • Susu ibu tersedia bila- bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. - tidak timbul masalah kebersihan
  • Susu ibu adalah penawar kepada bayi & mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. - Kajian menunjukkan anak- anak yang berusia 9 dan 5 tahun yang mendapat susu ibu mempunyai IQ sebanyak 12 dan 9 kali lebih tinggi daripada anak yang seusia yang tidak mendapat susu ibu.
  • Kajian di Belanda, susu ibu mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Arakidonik (AA) yang tidak diperolehi dalam susu fm penting untuk pertumbuhan sistem saraf dan juga tumpuan otak.
  • Menyusu bayi, badan boleh menjadi langsing disertai dengan senaman.
  • membantu mengecutkan rahim, mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko kanser buah dada dan ovari.
  • Yang lebih istimewa, penyusuan badan dapat menyerlahkan lg naluri keibuan dan jana ikatan kasih sayang antara ibu dan anak sbb dalam proses menyusu, hormon prolaktin terhasil dan ia merangsang perasaan keibuan.

Dari perspektif Islam, menyusukan bayi merupakan kewajipan bagi seorang ibu dan menyempurnakan haknya jika dia mampu.
Tempoh penyusuan ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah 2 tahun.
Ibu yang mampu menyusukan bayi tidak digalakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayi.
Ibu yang enggan menyusukan bayi tanpa sebab telah mengabaikan 1 tanggungjawab hakiki terhadap bayi yang telah diamanahkan oleh Allah.
Anak itu anugerah Allah yang tidak ternilai, setitis susu ibu juga kurniaan Allah yang berharga, jadi anak perlu mendapatkan makanan yang terbaik.

Justeru, fikir2kanlah.



9 DiNg DoNg!!!:

Atie.Rashid said...

terkilan mase besalin dulu...tak dpt kasik anak BF coz susu takde...dah urut pun tak kuar susu...

fazilzura said...

PENGALAMAN YG X SUME ORG AKAN DPT ..

mmg besh of the beshhhhhhh..
tingin nak merasa lg..

Aliff Imran said...

xsanggup rasanya nk bg anak mnum lain..Biarla xmewah duit..tp ku yakin ku mewah dgn susuku sindri...

Mummy Dasy said...

Pengalaman bermakna bg semua yg BF anak...
macam teringin nak merasa pengalaman tu sekali lagi

Ely Hasrul said...

bile baca entry nih rasa semakin besh

NuRuL DhiA said...

@~Atie+Farid~
jgn sedey, jgn rase kurang.
u da berusaha bukan rezeki u masa tu, cuba lg next baby ok :)

NuRuL DhiA said...

@fazilzura
betul3, besh sgt... pengalaman x semua org rasai

NuRuL DhiA said...

@mamanoa
alhamdulillah, begitu la hendaknye. tiada yg terbaik selain susu ibu kan :)

NuRuL DhiA said...

@Ely Hasrul
bagus3, mmg entry ni tuk bangkitkan semangat ibu2, ku xpandai karang ayat2 cinta, cantik2, teratur tersusun, tp ku cuba hasil kan, supaya tinggalkan kesan buat sume ibu... :)