Wednesday, October 28, 2009

* Persediaan Melangkah ke Dunia Breastfeeding *

salam nurul,

saya sedang mengandung 4 bln (anak pertama). saya suka baca blog nurul, byk info tentang breastfeeding. saya memang berniat nak breastfeed anak bila lahir nanti. tapi saya tak tahu apa persiapan yg perlu saya buat untuk pastikan yg saya berjaya breastfeed anak nanti, saya tak tahu nak mulakan dari mana. saya risau kalau2 saya tak mampu nyusukan anak kelak. saya harap nurul boleh bagi tip2 dan panduan buat bakal2 ibu seperti saya.

Emel dr seorang bakal ibu yg berniat untuk breastfeeding anaknya kelak.
Teringat plak masa aku pregnan dulu2, sama la apa yg ibu ni alami, rase x yakin, pastu penin2 tak tahu nak mula dari mana.
Kebiasaannya ibubapa sibuk fikirkan nak shopping baju baby, katil baby, stroller, car seat, nak bersalin hospital mana? nama baby ape? etc. tapi ibubapa jarang pikirkan nanti baby kuar nak bg minum ape?

Keputusan untuk menyusukan Hafeez aku ambil apabila hubby sendiri memintanya.
Sejak itu, aku cuba sedaya upaya menggali ilmu bf di internet, buku2, majalah2, aku langsung xtahu wujud nya kelas penyusuan waktu itu.
Segala ilmu bf aku kumpul, kadang2 xsempat baca kat opis aku print bawa balik rumah (masa tu tak pasang streamyx lg kt umah).
Sambil tu soh hubby baca gak, sama2 kongsi ilmu bf.

Persediaan kelengkapan baby kusediakan ala kadar jek.
Mmg aku x kisah sgt kelengkapan asas, yg penting pd aku masa tu kelengkapan penyusuan spt breastpump, bekas tuk simpan susu, botol susu yg sesuai tuk baby bg elak keliru puting, cooler beg dan beg pam guna tuk p opis, warmer susu etc.

Tips dan panduan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Harap ia dpt membantu bakal2 ibu dan juga ibu2 yg ingin menjayakan penyusuan ibu, insyallah.
  • PASANG NIAT UNTUK BF, krn drpd niat, timbulnya tekad dan semangat. Betulkan niat, yg plg penting, bf kerana Allah dan untuk memberi yg terbaik kpd anak.

  • Bersiap sedia dengan ILMU yg secukupnya. Boleh pergi kelas2 penyusuan / kelas antenatal , surf internet, baca buku spesifik utk bf dsbnya. Aku dulu xtau pun ade bf class ni, mmg cari ilmu bf dgn surf internet jek, join forum susuibu.com, baca pengalaman ibu bf kat blog2. Pd ibubapa mmg aku galakkan join bf class ni, sgt membantu, insyallah. Jgn terlalu ego, "alah nak bf pun nak kena g kelas ke? Selak baju sua la kat anak" kalau bf semudah tu pasti semua ibu2 di malaysia berjaya menyusukan anak. Insyallah kelas bf akan memberi sedikit sebyk ilmu yg sgt berguna tuk ibubapa menjayakan penyusuan ibu kelak.

  • KEYAKINAN UNTUK BF. Kali pertama menyusu bg ibu kdg2 sukar. Sebab pada awal kelahiran, memang tak rasa susu kuar, walaupun susu tu dah masukpun dalam perut baby. Oleh itu, hanya KEYAKINAN yang dapat membantu ibu utk supaya yakin bahawa proses penyusuan telah berlaku. Ini adalah suatu yg sukar sbb kurang keyakinan dlm diri ibu. Kerisauannya yang pertama adalah, adake susu aku ni? lapar ke baby ni? Cukup ke susu aku ni? Untuk meyakinkan diri, penting untuk pergi ke breastfeeding class yg banyak diadakan di hosp kerajaan dan swasta. KDrpd kelas tu, boleh diberi penerangan yg lebih baik dan boleh bersoal jawab. Kat internet ni, tak sama feelnya berbanding dgn discussion secara life. Jika Allah dah jadikan seorang wanita itu cukup sifatnya (tak berpenyakit), boleh mengandung, dan boleh melahirkan, maka mustahil pulak dia tidak boleh menyusukan.. kerana fitrahnya memang begitu. Kesimpulannya, apa yg tak cukup adalah ilmu di dada. Ilmu yang memadai dapat membantu menambahkan keyakinan seorang ibu itu.

  • Bertanya kawan2 / saudara mara yg berjaya bf dan menyokong bf ni. Tanya pengalaman mereka, ambil pengajaran dari kesilapan mereka, dr pengalaman mereka kite boleh jadikan panduan tuk menghadapi cabaran dan dugaan bf. Pengalaman surirumah dengan ibu bekerjaya adalah situasi yg berbeza.

  • Bersiap sedia menghadapi 'perang mental'. Ramai ibu yg kecundang bila usahanya utk bf, diperkecil2kan oleh org sekeliling cth dr kaum keluarga, sedara mara, kawan2. Jadi, kena bersiap sedia utk 'bertahan'. Pd aku kite xperlu melawan or serang mereka ni, tapi cuba pertahankan hak/kehendak kite.

  • PILIH HOSPITAL BFHI (Baby Friendly Hospital Initiative). pemilihan hosp juga mempengaruhi kejayaan bf. Hosp yg bukan BFHI tidak wajibkan nursesnya utk mengajar ibu2 mengenai bf. Walaupun tak diwajibkan, tapi tak semua nurse macam tu. Kalau dapat nurse yg pro-bf, biasanya mereka akan tunjuk cara yg betul dan bagi nasihat yg sebaiknya mengenai bf nih walaupun hosp tak suruh. Begitu juga hosp yg pegang title BFHI, on paper memanglah diwajibkan. Dan kebanyakan nursesnya dah dilatih tapi masih ada nurses yg 'tegar' xnak ajar ibu2 ttg bf tapi jumlah nurse mcm ni tak ramai kat BFHI.

  • MENYUSUKAN BABY SELEPAS DELIVER. Kajian menunjukkan, lagi cepat ibu itu memulakan first bf, lebih mudah dan cepat susu dihasilkan. Sebaik2 nya sejam selepas kelahiran, ibu hendaklah menyusukan anak. Ibu boleh memaklumkan pihak hosp untuk menyusukan anak selepas kelahiran.

  • PELAJARI TEKNIK PENYUSUAN YG BETUL. Kalau tak betul, kemungkinan susu tak banyak keluar w/pun sebenarnya susu ada dlm payudara. Cara nak check, bf sepatutnya TIDAK menyakitkan. Kalau sakit, betulkan posisi penyusuan.

  • MELABUR UNTUK SEBUAH BREASTPUMP BERKUALITI & STANDARD HOSPITAL. Jenis dan brand pam sgt penting, sbb ia juga bantu dlm meningkatkan penghasilan susu. Kalau jenis macam horn getah tu, atau jenis piston tu (tolak tarik), hasilnya mungkin tak sebaik brand Medela atau Spectra. Memerah juga memerlukan 'seni'nya yg tersendiri utk mendapat hasil yg terbaik. Untuk ibu bekerjaya sgt digalakkan membeli jenis elektrik dan bole buat 'double pumping' sbb ia sgt menjimatkan masa mengepam di opis.

  • FAHAMI TEORI DEMAND AND SUPPLY. Bila sekali baby tu menyusu, proses penyusuan tu akan menghantar signal ke otak supaya otak dapat menghasilkan hormon utk membuat susu, maka susu dihasilkan. Lagi banyak signal dihantar, lagi banyak hormon dihasilkan maka lagi banyak susu dibuat. Ini adalah cara badan kita memahami kehendak baby tersebut. Semakin tinggi permintaan/kehendak baby, semakin tinggi pengeluaran/penghasilan susu.
Satu mindsetting yang perlu diubah dlm pemikiran kita (Petikan drpd Dr. Shiha):
Penghasilan susu oleh badan kita tidak sama dengan setin susu tepung. Kalau susu tepung, makin banyak kita bancuh, makin kurang jumlah susu tepung kat dalam tin. Lama2 habis. Badan kita BUKAN macam tu. Badan kita, lagi banyak bayi menyusu, lagi banyak susu akan dihasilkan.
Ini juga berdasarkan kajian saintifik yang telah banyak dilakukan.

Ubah sikap 'menunggu'. Kalau kita hanya tunggu susu tu datang, tapi dalam pada masa yg sama kita tak susukan baby dgn kerap sbb nak tunggu saat byk susu, selagi tulah badan akan kekurangan susu. Jadi, jgn tunggu2 lagi, bagi je baby menyusu. Perbezaannya kite akan nampak dlm sehari dua insyaAllah.

Secara ringkasnya:
1. Cara yg paling baik utk banyakkan susu adalah dengan kerapkan memberi susu.
2. Tak perlu tunggu susu datang, tapi susukan saja bayi selang 1 ke 2 jam.
3. TEKNIK penyusuan kena betul - join kelas/program penyusuan.
4. Perut baby newborn kecil saja, dia tak perlukan amaun yg banyak. Kolostrum sudah mencukupi
5. Cuba elakkan tekanan dari sedara mara, kaum keluarga yg menyuruh memberi susu tepung / atau mengatakan ibu takde susu.
6. Urutan, makan halba, milkmaid tea, jantung pisang atau apa2 saja yg boleh bykkan susu hanyalah faktor luaran. Faktor yang paling penting utk banyakkan susu adalah kekerapan penyusuan itu sendiri.

Semoga Tip2 dan panduan di atas sedikit sebanyak dapat membantu para ibubapa membuat persediaan untuk menyusukan anak.


6 DiNg DoNg!!!:

Anonymous said...

agree with all above..yg paling penting jgn lupa yg susu mmg tak kluar terus time baby kluar. 1st few days kluar colostrum aje, takde susu melimpah ruah lg. so jgn ingat takde susu or susu lambat.

agree kan kalau moms tak tau pasal ni, most of them fail to BF baby?

fazilzura said...

sgt2 bergune ini ilmu..

syukur b4 ni zura dpt nyusu akil 9month, tp rs sgt2 x cukup cz time tu sgt2 presure dgn compny yg akan berpindh, so terpaksa benti.. diorg pindh jauh bangat..

leps ni nk sgt bf lelama.. and tingin nak beli brest pump spectra.. b4 ni pakai pureen manual.. tp nk try gune yg lain plak , tgk cmner kan kan

** zura banak kat HKL, lepas c-zer doc terus kasi akil nyusu, dr situ akil dh pandai nyusu bdn

Nora said...

yezza.. thx for sharing, nurul ;)
dah sematkan dlm hati.. yg penting niat tu.. baru kuat semangat.. pheww!

nieda said...

info yg sgt2 menarik..say yes to breastfeed

mama salmi said...

dhia, sgt2la best n3 ini..btl2..kdg2 sbb di awal kelahiran tu susu blm byk jd time tu la biasa mommies akan give up..

same goes to me..my mak ari2 siap bg minum air halba lg dat time huhu..alhmdlh br btmbh rezeki aliff..

Unknown said...

very2 good en3..same2 sokong BF..yeahh!!