Paranormal... yg aku paham cam ala2 misteri nusantara.
Aku pernah mengalami situasi paranormal nih.
Agak meremangkan bulu roma la jugak bile igtkan balik kejadian tuh..ngeee.
Misteri 1
Kejadian kat umah, kunun2 stay up study la kunun, tapi kalu da atas katil tilam empuk, buku yg bace aku bkn aku yg bace buku..huhuhu
Tgh syok tido tetiba aku dgr tingkap bilik aku tu dibuka org, tingkap bilik tu tingkap jenis nako.
Kalu buka mmg kuat la bunyi nye.
Aku terpisat2, terkebil2 bgn rase nak marah pun ade kacau aku tido.
Tgk jam tgn baru kul 3 pg.
Apahal la angah bukak tingkap pg2 buta ni.
Sib baik lampu bilik x padam, mmg terang benderang la bilik tuh.
Sambil gosok2 mate aku tgk xde org kat tingkap.
Aku jenguk kat katil bawah (katil double decker, aku tido atas) angah xde, kosong katil nye.
Bermakna aku sorg2 je dlm bilik!!!
Aku pandang tingkap bilik, disebalik langsir (sib baik langsir ade weh) aku nmpk ade benda bergerak2 dr 1 tingkap ke 1 tingkap.
Benda tuh buka satu per satu tingkap nako bilik.
Gulp... 3 tingkap bilik benda tu buka.
Aku da gigil2, terus terjun dr katil lari ke ruang tamu umah.
Angah tgh study kat ruang tamu, aku terus terpa kat angah bgtau ade benda buka tingkap bilik.
Ketuk2 bilik mak abah, nanis2 gigil2 bgtau ade benda buka tingkap bilik.
Abah aku trus berlari masuk bilik aku.
Aku da takut, tp nak tgk gak ape benda..huhuhu
Tilik disebalik pintu bilik.
Abah selak langsir bilik, mmg sume tingkap bilik aku ternganga luas.
Abah wat spotcheck keliling umah, tp x jumpe ape2.
Sampai skrg, kitaorg xtau ape benda yg buka tingkap bilik.
Misteri 2
Masa Matrix kat hostel, katil aku double decker gak, aku suka katil atas.
Mlm tu tido cam biase, aku jenis suka tido n biarkan rambutku pjg mengurai terjuntai, terjulai kat kepala katil.
Member bawah selalu marah, sbb dia selalu terkejut tgk rambut aku tejuntai atas kepala dia..huhuhu.
Tgh syok tido, tetiba aku rase ade org tarik2 rambut aku.
Memula manja2 jek, aku x layan.
'Dia' tarik kuat sikit, aku tegur...'wei, jgn la kaco aku nak tido ni'
Pastu, 'dia' tarik lg kuat, terjerit aku, terus bgn.
"wei ida, sakit la, jgn la......" aku terdiam.
Tgk sekeliling bilik xde org, aku sorg...ngeeee.
Trus aku terjun lari kuar pi bilik member sebelah.
Sok pg nye, member aku dok tanye aku pehal, x tido bilik.
Aku pun cite la pengalaman ngeri, pastu sorg lg roommate aku, zura, dia tido katil single nyampuk.
"eh, aku pun kena la kelmarin, aku igt ko yg main2 rambut aku. aku biar jela." aku mmg suka main rambut zura, suka wat andam rambut dia yg pjg tu mcm2 style
"giler ape tgh2 mlm aku nak main rambut ko, tido lg bagus"
Kesudahannya, xtau la benda ape yg main rambut kitaorg masa tido....ngeeee
Paranormal yg berlaku pd ku, setakat ni xpenah la jumpe or nmpk 'benda tu' face 2 face.
Aku pun xnk jumpe or nmpk 'benda tu'!
Minta jauh la weh...kena kacau camni pun da rase nk demam.
Kalu hubby keje shift mlm, mmg x tido la aku jawabnye.
Terbayang benda bukan2, TV pun aku pasang sampai ke pg.
Tido ayam jek, pastu pg sok p keje sakit kepala...hahaha.
Kalians plak camne?
Share la pengalaman paranormal kalians skit.
Aku ala2 takut, tp suka gak kisah2 paranormal ni..huhuhu.
Thriller kat bawah ni sebuah film PARANORMAL ACTIVITY yg bakal ditayangkan di malaysia 7 Jan 2010.
Film ni lain drpd film seram, dan dgr2 sambutan kat luar negara giler hangat.
Aku x berani tgk habis triller ni, baru tgk separuh da terkejut cam nak tercabut jantung....huhuhu
Sunday, December 27, 2009
* Misteri? Siapa Ganggu Tidurku? *
2009-12-27T13:22:00+08:00
NuRuL DhiA
Ada-Ada Aje|Diari Ibu|Filem|Macam-Macam|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)