Wednesday, October 28, 2009

* Persediaan Melangkah ke Dunia Breastfeeding *

salam nurul,

saya sedang mengandung 4 bln (anak pertama). saya suka baca blog nurul, byk info tentang breastfeeding. saya memang berniat nak breastfeed anak bila lahir nanti. tapi saya tak tahu apa persiapan yg perlu saya buat untuk pastikan yg saya berjaya breastfeed anak nanti, saya tak tahu nak mulakan dari mana. saya risau kalau2 saya tak mampu nyusukan anak kelak. saya harap nurul boleh bagi tip2 dan panduan buat bakal2 ibu seperti saya.

Emel dr seorang bakal ibu yg berniat untuk breastfeeding anaknya kelak.
Teringat plak masa aku pregnan dulu2, sama la apa yg ibu ni alami, rase x yakin, pastu penin2 tak tahu nak mula dari mana.
Kebiasaannya ibubapa sibuk fikirkan nak shopping baju baby, katil baby, stroller, car seat, nak bersalin hospital mana? nama baby ape? etc. tapi ibubapa jarang pikirkan nanti baby kuar nak bg minum ape?

Keputusan untuk menyusukan Hafeez aku ambil apabila hubby sendiri memintanya.
Sejak itu, aku cuba sedaya upaya menggali ilmu bf di internet, buku2, majalah2, aku langsung xtahu wujud nya kelas penyusuan waktu itu.
Segala ilmu bf aku kumpul, kadang2 xsempat baca kat opis aku print bawa balik rumah (masa tu tak pasang streamyx lg kt umah).
Sambil tu soh hubby baca gak, sama2 kongsi ilmu bf.

Persediaan kelengkapan baby kusediakan ala kadar jek.
Mmg aku x kisah sgt kelengkapan asas, yg penting pd aku masa tu kelengkapan penyusuan spt breastpump, bekas tuk simpan susu, botol susu yg sesuai tuk baby bg elak keliru puting, cooler beg dan beg pam guna tuk p opis, warmer susu etc.

Tips dan panduan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Harap ia dpt membantu bakal2 ibu dan juga ibu2 yg ingin menjayakan penyusuan ibu, insyallah.
  • PASANG NIAT UNTUK BF, krn drpd niat, timbulnya tekad dan semangat. Betulkan niat, yg plg penting, bf kerana Allah dan untuk memberi yg terbaik kpd anak.

  • Bersiap sedia dengan ILMU yg secukupnya. Boleh pergi kelas2 penyusuan / kelas antenatal , surf internet, baca buku spesifik utk bf dsbnya. Aku dulu xtau pun ade bf class ni, mmg cari ilmu bf dgn surf internet jek, join forum susuibu.com, baca pengalaman ibu bf kat blog2. Pd ibubapa mmg aku galakkan join bf class ni, sgt membantu, insyallah. Jgn terlalu ego, "alah nak bf pun nak kena g kelas ke? Selak baju sua la kat anak" kalau bf semudah tu pasti semua ibu2 di malaysia berjaya menyusukan anak. Insyallah kelas bf akan memberi sedikit sebyk ilmu yg sgt berguna tuk ibubapa menjayakan penyusuan ibu kelak.

  • KEYAKINAN UNTUK BF. Kali pertama menyusu bg ibu kdg2 sukar. Sebab pada awal kelahiran, memang tak rasa susu kuar, walaupun susu tu dah masukpun dalam perut baby. Oleh itu, hanya KEYAKINAN yang dapat membantu ibu utk supaya yakin bahawa proses penyusuan telah berlaku. Ini adalah suatu yg sukar sbb kurang keyakinan dlm diri ibu. Kerisauannya yang pertama adalah, adake susu aku ni? lapar ke baby ni? Cukup ke susu aku ni? Untuk meyakinkan diri, penting untuk pergi ke breastfeeding class yg banyak diadakan di hosp kerajaan dan swasta. KDrpd kelas tu, boleh diberi penerangan yg lebih baik dan boleh bersoal jawab. Kat internet ni, tak sama feelnya berbanding dgn discussion secara life. Jika Allah dah jadikan seorang wanita itu cukup sifatnya (tak berpenyakit), boleh mengandung, dan boleh melahirkan, maka mustahil pulak dia tidak boleh menyusukan.. kerana fitrahnya memang begitu. Kesimpulannya, apa yg tak cukup adalah ilmu di dada. Ilmu yang memadai dapat membantu menambahkan keyakinan seorang ibu itu.

  • Bertanya kawan2 / saudara mara yg berjaya bf dan menyokong bf ni. Tanya pengalaman mereka, ambil pengajaran dari kesilapan mereka, dr pengalaman mereka kite boleh jadikan panduan tuk menghadapi cabaran dan dugaan bf. Pengalaman surirumah dengan ibu bekerjaya adalah situasi yg berbeza.

  • Bersiap sedia menghadapi 'perang mental'. Ramai ibu yg kecundang bila usahanya utk bf, diperkecil2kan oleh org sekeliling cth dr kaum keluarga, sedara mara, kawan2. Jadi, kena bersiap sedia utk 'bertahan'. Pd aku kite xperlu melawan or serang mereka ni, tapi cuba pertahankan hak/kehendak kite.

  • PILIH HOSPITAL BFHI (Baby Friendly Hospital Initiative). pemilihan hosp juga mempengaruhi kejayaan bf. Hosp yg bukan BFHI tidak wajibkan nursesnya utk mengajar ibu2 mengenai bf. Walaupun tak diwajibkan, tapi tak semua nurse macam tu. Kalau dapat nurse yg pro-bf, biasanya mereka akan tunjuk cara yg betul dan bagi nasihat yg sebaiknya mengenai bf nih walaupun hosp tak suruh. Begitu juga hosp yg pegang title BFHI, on paper memanglah diwajibkan. Dan kebanyakan nursesnya dah dilatih tapi masih ada nurses yg 'tegar' xnak ajar ibu2 ttg bf tapi jumlah nurse mcm ni tak ramai kat BFHI.

  • MENYUSUKAN BABY SELEPAS DELIVER. Kajian menunjukkan, lagi cepat ibu itu memulakan first bf, lebih mudah dan cepat susu dihasilkan. Sebaik2 nya sejam selepas kelahiran, ibu hendaklah menyusukan anak. Ibu boleh memaklumkan pihak hosp untuk menyusukan anak selepas kelahiran.

  • PELAJARI TEKNIK PENYUSUAN YG BETUL. Kalau tak betul, kemungkinan susu tak banyak keluar w/pun sebenarnya susu ada dlm payudara. Cara nak check, bf sepatutnya TIDAK menyakitkan. Kalau sakit, betulkan posisi penyusuan.

  • MELABUR UNTUK SEBUAH BREASTPUMP BERKUALITI & STANDARD HOSPITAL. Jenis dan brand pam sgt penting, sbb ia juga bantu dlm meningkatkan penghasilan susu. Kalau jenis macam horn getah tu, atau jenis piston tu (tolak tarik), hasilnya mungkin tak sebaik brand Medela atau Spectra. Memerah juga memerlukan 'seni'nya yg tersendiri utk mendapat hasil yg terbaik. Untuk ibu bekerjaya sgt digalakkan membeli jenis elektrik dan bole buat 'double pumping' sbb ia sgt menjimatkan masa mengepam di opis.

  • FAHAMI TEORI DEMAND AND SUPPLY. Bila sekali baby tu menyusu, proses penyusuan tu akan menghantar signal ke otak supaya otak dapat menghasilkan hormon utk membuat susu, maka susu dihasilkan. Lagi banyak signal dihantar, lagi banyak hormon dihasilkan maka lagi banyak susu dibuat. Ini adalah cara badan kita memahami kehendak baby tersebut. Semakin tinggi permintaan/kehendak baby, semakin tinggi pengeluaran/penghasilan susu.
Satu mindsetting yang perlu diubah dlm pemikiran kita (Petikan drpd Dr. Shiha):
Penghasilan susu oleh badan kita tidak sama dengan setin susu tepung. Kalau susu tepung, makin banyak kita bancuh, makin kurang jumlah susu tepung kat dalam tin. Lama2 habis. Badan kita BUKAN macam tu. Badan kita, lagi banyak bayi menyusu, lagi banyak susu akan dihasilkan.
Ini juga berdasarkan kajian saintifik yang telah banyak dilakukan.

Ubah sikap 'menunggu'. Kalau kita hanya tunggu susu tu datang, tapi dalam pada masa yg sama kita tak susukan baby dgn kerap sbb nak tunggu saat byk susu, selagi tulah badan akan kekurangan susu. Jadi, jgn tunggu2 lagi, bagi je baby menyusu. Perbezaannya kite akan nampak dlm sehari dua insyaAllah.

Secara ringkasnya:
1. Cara yg paling baik utk banyakkan susu adalah dengan kerapkan memberi susu.
2. Tak perlu tunggu susu datang, tapi susukan saja bayi selang 1 ke 2 jam.
3. TEKNIK penyusuan kena betul - join kelas/program penyusuan.
4. Perut baby newborn kecil saja, dia tak perlukan amaun yg banyak. Kolostrum sudah mencukupi
5. Cuba elakkan tekanan dari sedara mara, kaum keluarga yg menyuruh memberi susu tepung / atau mengatakan ibu takde susu.
6. Urutan, makan halba, milkmaid tea, jantung pisang atau apa2 saja yg boleh bykkan susu hanyalah faktor luaran. Faktor yang paling penting utk banyakkan susu adalah kekerapan penyusuan itu sendiri.

Semoga Tip2 dan panduan di atas sedikit sebanyak dapat membantu para ibubapa membuat persediaan untuk menyusukan anak.


Monday, October 26, 2009

* Ribena Tiada Vitamin C !!! - Ape Class kalu mcm tu??? *

Ribena didenda dakwa mengandungi vitamin C




WELLINGTON 27 Mac ¨C Pengeluar produk kesihatan antarabangsa, GlaxoSmithKline hari ini didenda RM546,000 (NZ$217,000) kerana iklan yang mengelirukan selepas dua pelajar sains mendapati minuman kodialnya yang popular, Ribena sebenarnya tidak mengandungi vitamin C.
Syarikat multinasional itu mengaku bersalah atas 15 dakwaan menyiarkan iklan yang mengelirukan antara tahun 2002 hingga 2006.

Pengakuan itu dibuat dalam saman yang difailkan oleh sebuah badan pemerhati pengguna, Suruhanjaya Perdagangan selepas sebuah projek sains sekolah pada tahun 2004 mendedahkan dakwaan palsu tersebut. Ribena telah lama dijual sebagai minuman kesihatan berdasarkan iklan yang mendakwa jus buah beri itu mengandungi lebih banyak vitamin C daripada jus oren. Iklan GlaxoSmithKline di negara ini mendakwa jus Ribena yang sedia diminum mengandungi tujuh miligram vitamin C bagi setiap 100 mililiter.

Bagaimanapun pelajar sekolah tinggi, Anna Devathasan dan Jenny Suo yang ketika itu berusia 14 tahun mendapati Ribena hampir tidak mengandungi sebarang vitamin C selepas menguji minuman berasaskan sirap itu sebagai sebahagian projek sains mereka pada tahun 2004.


Hakim Mahkamah Daerah Auckland, Phil Gittos mendenda GlaxoSmithKline dan mengarahkan syarikat itu untuk membetulkan iklannya selain menyiarkan mesej berkaitan di laman webnya. Kedua-dua pelajar terbabit turut hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan tersebut.


¡°Kami berasa agak bangga dan begitu teruja. Sekiranya kami tidak melakukan ujian sains itu tiga tahun lalu, Ribena mungkin dipromosikan selama-lamanya sebagai kaya dengan khasiat vitamin C,¡± kata Devathasan kepada National Radio.

Devathasan berpendapat denda yang dikenakan sepatutnya lebih tinggi kerana GlaxoSmithKline adalah sebuah syarikat yang mengaut keuntungan berbilion dolar.
Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan, Paula Rebstock menyifatkan kedua-dua remaja itu sebagai sumber inspirasi sebenar kepada semua orang di suruhanjaya itu. ¨CAP

Benda ni da lama aku tau, sejak zaman sekolah lg.

Cikgu biologi aku pernah bgtau, Air ribena ni x bagus sbb tinggi kandungan gula dan tiada langsung vitamin C seperti yg di war2kan dlm iklan.

Ade seorg kawan aku dia amik jurusan teknologi makanan pun ade bgtau aku benda yg sama.
Aku mmg x minat minum Ribena ni sbb masaaaaammm dan mahaaaal nak mampos!

Tapi aku perasan ramai ibubapa di malaysia nih beri anak2 minum air Ribena.

Ada member mak aku, dia bg anak2 dia minum Ribena ganti susu sbb kunun nye anak dia x berapa nak minum susu.

Jd dia bg Ribena yg kununnya tinggi Vitamin C dan bole buat anak cerdik pandai.

Tapi sedih sgt tgk gigi anak2 makcik tuh teruk rosak, hitam.


"Bagus ribena ni, nanti anak cerdik sbb ade vit C"


Bole pakai ke statement ni, setahu aku fungsi vit c ni lebih kepada pertumbuhan badan dan imunisasi badan kite.

(igt2 lupa ilmu biologi zaman sekolah dulu..huhuhu)


FUNGSI
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.


SUMBER

Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk
asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oren, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, tomato, dan selada air.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :

Lemah badan.

Sakit-sakit dan sengal badan.
Bengkak gusi.
Hidung berdarah.
Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
Anemia

Aku lebih suka sunquick perisa anggur/blackcurrant, pekat, jimat dan muraaaah.

Ops...acik bukan dibayar oleh pihak sunquick tuk promote brg diaorg nih.

Senang citer, Tepuk dada tanya hati.
Lebih baik kite bagi anak2 makan terus makanan yg memberi sumber vitamin tu.
Kan lebih terjamin.


* Menatang apakah Ini??? - UPDATE*

Aku xberapa sihat sejak kelmarin lagi.
Terbaring jek, sambil merengek2 guling2 atas katil..hahaha.
Batuk, selsema, pening2, menggigil badan, sore pun x berapa nak kuar.
Apakah?..hohoho kalians, bkn sbb itu ya, bkn sbb pegnen...ramai plak yg dok igt aku pegnen.
Belum rejeki lagi :)

Hari ni, alhamdulillah da ok skit.
Bole la bangun dr pembaringan, tapi xbole berdiri lama2.
Mula rase nak pitam...pusing jek umah ni mcm nak terbalik.
Kerja umah ku serahkan bulat2 pd hubby tuk uruskan.
Feez pun x meragam bile ibu xsihat nih.
Time nak nenen baru sibuk cari ibu.
Ni menaip pun kelabu jek mate, gigih gak nak hapdate blog terchinta nih..huhuhu.
Panjang plak bebel nye.

Kalians, aku ade teka-teki teka-tekuk..hihihi.
Cuba amati gamba di bawah.
Menatang apakah ini???



Ku tahu kalians semua bijak pandai.
Meh selesaikan misteri ini.
Hadiah misteri akan diberi kepada yg memberi jawapan yg betul dan tepat.
Good Luck!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PEMENANG NYE!!!!
umminabilah said...

ni sponge bedak compact ni

itu la jawapan yg paling tepat...nak tepat lg ialah, sponge bedak ibu yg telah digigit oleh tikus besar iaitu Hafeez..hahaha.

Tahniah ummi nabilah, nanti email kan nama, alamat, no tel kat puterisakura81@yahoo.com.

Tq kalians sudi memerah otak pikirkan jawapan nye...muah muah

Friday, October 23, 2009

* Tetamu dr Jauuuuuh + Ba ba cak *

Ahad lepas, aku terima kunjungan dr teman saaaaaaangat lama x jumpe.
Teman semasa kat UUM dulu, En. Kaba dan Pn. Anas.
Dari jauh...penang nun, mereka datang berjalan2 umah teman2 kat area kl nih.

Seronok bangat, last jumpe masa kenduri kawen mereka kat setiawan tahun 2006 x silap aku.
Sesat2 member pusing2 cari umah aku nih... xkisah la korg kan mmg x familiar jln sini, harus la sesat...pd hal umah aku tepi jln jek..huhuhu
Xsempat aku nak jamu mknan fofular kat kajang nih, ape lg sate kajang ler.
Da nak cabut balik, nak beraya umah org lain plak.
Xpe la nas, len kali kite jumpe lama2 tau, insyallah.



Sempat bergamba kenangan ngan kaba & anas.
Aku ngan muka ala chomot2 baru balik keje, sempat kemas2 umah sebelum tetamu sampai.



Paling sonok feez la,pantang nmpk camera budak tecit nih.



Khas wat peminat Hafeez, huhhu..sedar2 blog ni fofular sbb feez..ahaks.
Meh Acik2 main ba ba cak ngan hafeez.
Feez byk mulut, tp ibu masih xpaham lg ape feez cakap.

"Bak.." sambil hulur tangan minta brg.
"titi" maksud nye terima kasih :)

"Bak.." sambil bg brg kat kite
"titi" terima kasih lg :)

huhuhu...minta 'bak' bagi pun 'bak'..jenuh ajar bagi sebut 'Nah' xmo gak feez ikut.
Haisshh...lain2 ibu xpaham.
Kata atuk feez, "agaknye feez ckp bahasa jaworld kot"
huhuhu...mungkinkah??




* Ya Ampun...cedap nye!! *

Lihat la dunia, si chumel bertukar jd si syomot bile dpt buah feveret nye nih.
Feez kalu dpt tembikai, xpedulik lain daa.
Ilang segala macho, sampai beso bulat perutnye makan buah feveret.



Ni fesyen baru makan buah tembikai yer kalian..hahaha
Ibu letak tuala sbb xmo air tembikai meleleh masuk dlm cd.
Da jd sekali, merah lencun cd penuh tadah air tembikai meleleh.
Jenuh nak ilang wana merah melekat kat cd tuh.


tgk!....berkilat peyut boyot tuh, kembung ngan tembikai.


woooo..beso nye peyut, mcm tauke la (kata mak su perut hafeez bulat mcm peyut tauke cina...hahaha)


Tinggi muncung, aksi spontan bile tgh tekun melakukan sesuatu.

Kadang2, kalu time lagak dewasa, xmo potong kecik2.
Nak gak makan style org beso, sekali ngan kulit.
Kemain lg kamu ye nak.


Besor nye, muat ke mulut feez tuh.


aaaaa...uumm


sumbat2..kalu bole nak sumbat sume


nyum nyum nyum...abih merah baju


nak cikit...ibu nak cikit buleh.

Comot pun comot la, janji anak ibu sihat kuat mau mkn byk2 kasi comel, bulat pipi mcm ibu kamu ni yer...lalala


Thursday, October 22, 2009

* Tersentuh Naluri Keibuanku...Subhanallah *

Kalians, cuba hayati video clip di bawah ni.
Hayati kata2, gamba2 dan lagu latar video ini.
Cukup tersentuh, cukup buatkan aku bergenang2 airmata sambil memeluk Hafeez.
Tersentuh naluri keibuanku ini...acik sensitip tau...huhuhu.
Teringat saat mengandungkan hafeez, oh..agaknye begini la hafeez (dan juga bakal anak, anak, anak, anak, anak erk ramai nye.....anak ku) dlm perut ku.
Betapa aku kagum melihat kebesaran kuasa-NYA.

Nota Jari: Rindunye saat2 itu..sambil raba2 kat peyut..belum rezeki lg :) . Jeles plak aku dgr member2 pegnen..lalala




Thursday, October 15, 2009

* Hujung Minggu Yang Bz *

Sabtu ahad lalu sgt sibuk, penuh jadual aku ngan jemputan open house sana sini.
Bertambah sibuk skit bile ade beberapa customer sayangbabyibu.com nak dtg beraya berkenalan ngan CD2 lebih rapat lg..huhuhu.

Pagi2 aku da siap sedia ngan CD2.
Ku hangkut keluar semua jenis CD yg ada di sayangbabyibu.com
Umah ku kedai ku, tapi xde tempat khas pamer brg2, semua ku campak sorok dlm bilik khas.
Bila customer datang baru ku kuarkan mana yg mereka nak lihat.


Sebahagian stok CD2 dr semua brand yg terjual @ sayangbabyibu.com


Laptop dan gadget lain da stand by...huhuhu


Oh...sejag jus oren dan biskut2 raya utk hidangan tetamu.
Penat panjat tangga tingkat 3 nnt, acik hidang air sedap nih.

Penerangan ttg pemakaian dan penjagaan CD serta segala soklan2 maut dr pelanggan ku layan mesra.
Lepas settle ngan customer, aku siap2 plak nk terjah umah2 member.
Jemputan harus dipenuhi, disamping penuhkan perut ku yg mmg kosong nih..ekekek.

Zaaaas, lepas solat zohor kami ke seri kembangan, Rumah opismate.
Sampai2 penuh ngan dak2 opis, selamba lari keluar lunch break dr opis kat umah member nih.

Selesai kat SK, zasss plak percint 11, putrajaya, Umah member alam maya, Ash a.k.a. IbuIzz
Buat pertama kali kami berjumpa secara live.
Selama ni hanya ber YM, SMS or callin2 jek.

Majlis harijadi putera sulung Ash, Izz Danial yg ke-1 diraikan.
Aku xsempat nak beli hadiah ape2 tuk Danial yg sgt chumel.
Acik bg ang pau jek la, danial beli ape yg danial suka yer.


Kek yg sgt cantik, sayang nk potong bhgian gamba2 chumel tuh.


Selamat hari lahir Danial!
Mood danial x bape baik, selsema, cian dia.


Feez seronok ramai geng nak main2.

Pastu terjah Umah Rizua plak.
Makan lagi, mee kari mu sgt sedap la riez, terliur plak igt...huhuhu
Ade kejadian menarik, di mana feez n kyra bekerjasama mengangkat insert cd di ampaian.
Siap rebut2 nak masuk insert2 yg da kering dlm bakul.
Chumel jek mereka, rugi plak x ambil gamba masa tu.

Ahad plak terjah umah Kak Nora , x-opismate.
Umah beliau sgt cantik, kagum... kagum.
Bila la nak dpt umah mcm beliau.
(gamba2 adalah ihsan dr saudara ashraf, tq beb)


'Apa kabar kak nora? Wah maintain kiut la akak'
'Baik2, ish nurul pun ape kurang..jemput masuk'


wah, ade camera, feez kena senyum gitu.


Uncle ni asyik amik gamba feez jek, malu laa.


bersama kak syahnin, housemate masa bujang dulu merangkap opismate ku jua.
Baby adam sgt aktif & agresif, susah omak2 ni nak posing bergambo.


diam2 la nak oiii, kite bergambo sat....haai la.


hoooo, nak sgt amik gambo feez, amik la amik dekat2 plak.


"Adam tekan sini, baru gambo cantik cun melecun"
"Salah la acik, tekan yg ni, org tu x cantik pun dlm gambo nmpk cun"
"erk, camtu yer....acik baru taauuuuu"


"Adam, control macho la, ibu feez dok amik gambo kite nih"
"Adam malu la feez, adam x biase camni..malu..malu"


Bergamba kenangan ngan tuan rumah sebelum balik.

Sedap nye makan2, sepanjang cuti hujung minggu aku mmg x memasak..huhuhu
Adakah terjejas berat badan ku ini, asyik makan jek.
Habis syawal la baru timbang ...huhuhu.
Next week umah mana plak yer?
Oh, kalian ade wat open house, jgn segan jemput daku.
Kerna ku x segan nak dtg makan2.


Wednesday, October 14, 2009

* Babaii...Sayonara... *

3 minggu , pejam celik Mak tam chana da kena balik semula ke Jepun.
Ahad lepas, kami beramai-ramai hantar yana ke KLIA.
Kali ni, x mcm mase 1st time Yana nak terbang ke Jepun.
xde sesi nanis2 sambil peluk2 bagai.
Hepi hepi, gelak tawa, riang ria... ni kali 3 hantar Yana.
So, xde la emo sgt kali ni.

Flight Yana kul 11 pg, tapi 9pg da kena g KLIA, sbb nak kena check-in 2jam sebelum flight.
Tapi aku kul 10 baru p KLIA, kena tunggu Feez bangun pg.
Anak teruna sorg ni payah sikit bgn pg.
Feez selalu bgn kul 9 paling awal, kalu telajak pun kul 11 pg baru bangun tido nye.


Nampk macam Feez ikut abah, tapi sebenar nye Abah yg kena heret ngan Feez.



Sampai2, family aku tgh lepak2 kat tempat menunggu, sementara yana settle dia punye hal kat kaunter.


Feez antara rela terpaksa berposing ngan mak tam chana.
Feez agak gerun ngan yana, xtau nape...maka tensen la sikit yana.
Wei..yana org rase awok kena beli ole2 lebih skit la balik nnt, baru feez mesraaaaa..hahaha



Sementara tunggu masa yana berlepas, kitaorg lepak2 sambil breakfast tapau kuih muih dr rumah angah.


Atuk, feez nak karipap cikit.


Ade ayah ngah, asyik berkepit jek, manja ... mana tau berkat manja feez, ayah ngah cepat dpt baby yek. Bole jd kawan feez kan. AMIN....


Ok, it's time to fly!


Salam2, peluk2 cium2... tapi still gelak tawa riang ria.
No more tears.
2 org kawan yana syahdu jek kitaorg tgk, siap nangis2.


Feez hati2 dok atas palang tuh, tapi sebelum tuh feez da terlipat 2 sbb tergelincir masa cuba duduk atas palang.
Sib baik xde pape, tapi lawak giler, mcm henpon flip tuh, elok jek kaki nye naik ke muka..huhuhu
Cian anak ibu yer


fuh, maintain macho cover malu. sib baik org lain x nmpk feez tergelincir tadi.


Kena gomol2 ngan mak tam chana...nnt balik bawa hadiah tuk feez byk2 tau.


Tumpang lalu encik, beg saya berat ni, penuh lemang ketupat rendang dodol, ikan kering pun ade...encik nak skit?



Babai! sayo nara! Paka Pashi!
huhuhu... alhamdulillah yana selamat sampai kt jepun kul 7mlm waktu m'sia.
belajar rajin2, take care ok sis!