Friday, January 22, 2010

* Mari Bersugi!! *

Akhirnye, berjaya gak ibu memujuk feez supaya belaja gosok gigi.
Memula feez x suka, jenuh la ibu pujuk2.
Sudahnye, aku amik berus gigi aku, aku berus depan feez.
Hah, baru la feez beria2 nak gosok gigi, sambil tu ikut la gaya aku gosok gigi camne.

"Gosok camni, atas bawah, turun naik...jgn hisap berus tau"
"mmm..mm...mm"



"Ok, ikut ibu, nganga, berus sini plak...aaaaaa"
"mmm...mmm...mmm.."



"Jgn hisap berus...xmo hisap!"
"slruuup"
Haish...



Nasib baik gigi depan jek, xde le susah nak gosok.
Tapi mmg feez xmo org gosokkan.
Feez nak wat sendiri.

Tips-Tips cara menjaga gigi kanak-kanak:

Mulakan menggosok gigi dari usia muda.
  • Mulakan mencuci apabila gigi mula tumbuh dengan mengelap menggunakan kain basah yang bersih setiap hari.
  • Apabila gigi lain mulai tumbuh, mulakan menggunakan berus gigi khas untuk kanak-kanak yang kecil dan lembut.
  • Gunakan ubat gigi berfluorida apabila anak anda berusia 2 tahun.
  • Ubat gigi berfluorida boleh digunakan untuk kanak-kanak di bawah usia 2 tahun apabila disyorkan oleh doktor gigi anda.
Pastikan kuantiti ubat gigi mencukupi.
  • Ubat gigi sebesar kacang pea sudah cukup untuk anak anda. Apabila terlalu banyak fluorida ditelan oleh anak anda, ini akan meningkatkan risiko white spots di gigi anak anda.
  • Ajar anak anda untuk meludah dan membilas mulut dengan sempurna selepas menggosok gigi.
Temani anak anda menggosok gigi.
  • Gosoklah gigi anak anda dua kali sehari sehingga dia dapat menggosok giginya sendiri.
  • Teruskan menemani anak anda menggosok gigi untuk memastikan dia menggosok gigi dengan cara yang betul dan menggunakan kuantiti ubat gigi yang betul.
Bawa anak anda ke doktor gigi.
  • Tanyakan kepada doktor gigi anda tentang keperluan fluorida anak anda.
  • Periksalah keadaan gigi anak anda seperti yang disyorkan oleh doktor gigi.
Buat masa ini, feez x guna sebarang ubat gigi.
Tunggu la bile feez pandai meludah, risau kang feez dok telan ubat gigi je plak.
Ubat gigi budak kan macam2 perisa.
Aku pun sedap telan kadang2 tuh....hahaha
Ni pun feez asyik hisap2 berus gigi tuh.