Wednesday, March 10, 2010

* Jangan terpedaya!! Propa pengeluar susu formula dunia je tu *

Ramai bakal ibu ( yg tgh pegnan) dan ibu menyusu berpendapat susu formula wajib dlm diet harian mereka.
Kalau ibu mengandung minum susu sbb nak kasi otak baby berkembang jd cerdik pandai, cam dlm iklan TV hebah kan?
Kalau ibu menyusu plak, nak make sure susu yg dihasilkan berkhasiat tuk si anak, cam kat label tin susu tu tulis kan?
Jadi, wajib ambil susu,mesti ambil susu ni!
Sebenarnye, tidak perlu kalau kite betul2 amalkan pemakanan dan diet yg sihat.
Susu formula mahal ni xperlu langsung dlm diet kite.
Tu sume propa pengeluar susu tuk lariskan produk mereka.
Cuba kalians baca artikel dr LC (lactation counselor) susuibu.com, dan fikir2kan lah kebenaran nya.

Tajuk: Susu Oh Susu!
Nukilan : Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC

Tarikh: 21 Februari, 2010

Keperluan pengambilan susu di dalam diet ibu mengandung mahupun ibu yang sedang menyusu sejak akhir-akhir ini telah dipropagandakan secara berleluasa oleh syarikat-syarikat pengeluar susu formula. Hasilnya, ibu-ibu semakin kurang keyakinan tearhadap budaya pemakanan seimbang dan beranggapan dengan mengambil susu yang diformulakan dengan pelbagai khasiat yang dilabelkan pada tin masing-masing adalah yang terbaik hingga berasa bersalah atau kurang lengkap jika tidak berbuat demikian.

Mengikut sejarah peradaban manusia dan segala hidupan mamalia yang lainnya, keperluan setiap spesis terhadap susu ibu masing-masing memang wujud sejak azali lagi. Namun, kebergantungannya terhadap susu tidak pula berpanjangan sehingga dewasa. Cuba fikirkan, adakah orang utan, lembu, kambing, atau unta (serta sekalian spesis mamalia lain selain manusia) minum susu semasa mengandung untuk memastikan anak yang dikandung sihat atau semasa menyusukan anak masing-masing untuk memastikan anak yang disusukan mendapat cukup susu?


Gambar Hiasan

Hakikatnya, (saya petik dari Wikipedia),
"Humans are an exception in the natural world for consuming milk past infancy,despite the fact that more than 75% of adult humans show some degree (some as little as 5%) of lactose intolerance, a characteristic that is more prevalent among individuals of African or Asian descent.[4] "
Reference:
[4] Champe, Pamela (2008). "Introduction to Carbohydrates". Lippincott's Illustrated Reviews: Biochemistry, 4th ed.. Baltimore: Lippincott Williams & Wilkins. pp. 88. ISBN 0-7817-6960-0.

Walaupun susu adalah salah satu sumber makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat, namun ianya BUKANlah satu-satunya sumber makanan yang WAJIB diambil, tetapi jika boleh mengambilnya, atau tiada alahan terhadapnya, bolehlah diambil secara berpatutan, tidak berlebihan dan sebagai sebahagian daripada diet setiap hari. Apa sahaja yang diambil secara berlebihan boleh memudaratkan. Di dalam kehidupan, kita memerlukan keseimbangan.

Pertimbangkan juga isu etika dalam penghasilan susu secara industri ini telah menggalakkan perlakuan kekejaman ke atas makhluk lemah seperti lembu (dan mungkin juga haiwan mamalia lain): contohnya bagaimana anak lembu dipisahkan dari ibunya sebaik kelahiran, demi manusia boleh mengumpul kolustrum dari lembu (yang belum tentu bersesuaian untuk manusia), lalu si anak lembu pula dibiarkan menangis (kerana tidak dapat menyusu) ditepi ibunya agar sang ibu mendengar tangisan dan mendapat kesan "ejection reflex" dan lebih banyak susu dapat dikumpulkan. Tidak cukup dengan itu, anak lembu jantan dibunuh (bukan untuk dimakan) secara berleluasa kerana tidak berupaya menghasilkan susu dan tidak boleh melahirkan anak lembu yang baru. Bukankah manusia seringkali angkuh dan suka melakukan kekejaman?

Gambar hiasan dari http://milkmyths.org.uk/intro.php - Ibu lembu menanti bilakah saat perpisahan dengan anaknya, dan kelak sang ibu akan menjadi 'mesin pengeluar susu'

Saya sarankan, baca sejarah mengenai susu di dalam Wikipedia untuk mendapat gambaran sewajarnya. Juga baca tentang kekejaman manusia terhadap spesis lembu di MilkMyths.

Saya juga ingin menyeru ibu-ibu agar tidak terpengaruh dengan hebahan iklan yang berleluasa di luar sana kononnya perkembangan otak anak-anak akan jadi kurang baik jika ibu tidak mengambil susu berjenama XYZ semasa mengandung atau susu yang dihasilkan kurang berkhasiat jika tidak mengambil susu ABC dalam tempoh penyusuan. Baca tentang fakta tentang pemakanan seimbang dan politik serta latar belakang syarikat pengeluar susu yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata!

Sumber: susuibu.com







Komen (7)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
x pernah terfikir pasal isu penganiayaan lembu dlm production susu formula...serius ur post telah membuka mata i....
kasihan lembu... :(
1 jawab balas · aktif 783 minggu tadi
ramai yg kat luar xtau pasal ni. skrg kalau tgk melambak product beasaskan kolustrum susu awal lembu, kejam nye kite rampas hak anak lembu tu kalau beli product tu, waaa..sedey la
sedeyy lak baca pasal mak lembu kena pisah dengan anak dia.. anak dia mesti lapar kan.. huhuhuhu bayangkan kalau kita jadik camtu.
1 jawab balas · aktif 783 minggu tadi
Betul tu! sungguh kejam, kite pun x sangka sampai begitu sekali mereka wat tuk kaut keuntungan, Serius kite benci produk yg konon nye kolustrum lembu bile da baca kisah ni
baca tak paper kosmo hari ni, sorg chef guna susu badan isteri dia untuk hasilkan keju... ramai yang puji sedap wlupun agak geli nak makan... kesihatan dh larang dia tp dia tetap buat jugak... ade ke patut guna susu badan isteri buat keju utk customer... susu tu utk anak, ngarut betul la fikiran org2 zaman skrg ni... dh kembali ke zaman jahiliyah dah...
1 jawab balas · aktif 783 minggu tadi
Hah! biar betoi, mereng ke ape chef tu. suka ati perguna susu badan isteri dia tu, pastu bg org lain mkn, kalu bg kat anak nye je xpe gak, haish dunia..dunia
aduii nurul, cam x sanggup nak minum susu lembu sebab terlalu kasihankan anak lembu.. ya Allah kejamnya dunia. Tapi betul sus lembu bukan satu2nya sumber kalsium

Kemukakan komen baru

Comments by