Wednesday, July 7, 2010

* Susu Apa Terbaik Selepas Anak 2 Tahun Breastfeeding??? *

Acapkali juga saya menerima pertanyaan dari ibu2 yg mempunyai masalah tentang kekurangan susu untuk si anak.

"Nak bg susu ape ye?"
"Brand susu mana yg bagus?"
"Susu da kurang, stok x cukup, boleh bg susu FM brand mana yg elok?"
"Boleh x saya campo ngan FM?"
"Anak saya sudah berumur 2 tahun, da stop bf tapi xnak minum susu fm, mcm2 brand da saya bg... apa harus saya buat?"

Maaf la, saya bukan arif tentang susu mana yg bagus, susu brand ni yg terbaik etc.
Sekiranye soklan2 ni ditanya, tiada jawapan yg tepat tuk brand susu terbaik yg boleh saya cadangkan.
Bukan saya seorg yg anti-susu formula.
Saya x pernah menolak kewujudan susu FM ni.
Tapi, di sebabkan saya seorg yg pro-breastfeeding, saya akan memberi cadangan2 kepada masalah ini melalui apa yg saya faham tentang keperluan tumbesaran anak melalui susu ibu & pemakanan lengkap tuk anak.
Sememang nye susu fm saya tolak ketepi dulu.

Susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan itu tanpa sokongan makanan atau minuman lain (termasuk air masak). Makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas.

Bagi ibu2 yg mempunyai anak 6 bulan ke atas yg sudah diperkenalkan dengan makanan tambahan, ibu2 boleh lah menambah menu makanan atau sesi makan bg menggantikan bekalan susu perahan yg x mencukupi.
Selain itu jus buah segar, susu segar (sekira tiada alahan) juga bole diberikan kepada anak.

Bagi anak yg sudah lebih 2 tahun, samada sudah berhenti BF atau masih BF, ibu2 bole pelbagai kan menu harian anak.
Anak dah 2 tahun sudah boleh makan pelbagai bentuk makanan, jadi tidak sukar ibu2 nak pastikan anak dapat cukup khasiat walaupun anak sudah berhenti menyusu badan kan?
Yang penting, setiap hidangan tu punyai khasiat yg memang diperlukan untuk tumbesaran anak.
Rujuk piramid pemakanan.

Lihat, tak perlu fikirkan nak bg susu formula brand ape? perisa ape? Yg murah ke yg mahal?
Ibu2 x perlu la susah hati risau bile anak2 menolak susu FM apabila sudah berhenti menyusu badan.
Banyak lg alternatif lain, bukan susu fm semata2.

Namun, perlu diambil kira pula pertambahan berat badan anak mcm mana.
Kalau ada masalah dlm penambahan berat badan, harus la rujuk pada yg pakar (spt doc, pead).
Minta nasihat dan penjelasan pakar tentang tumbesaran anak anda.

Di sini saya nak share pendapat Mama Kamariah, LC tentang isu ini.


Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu 'terpesong' dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak 'sangat perlu minum susu' dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang - bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.

2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

Perkara ini akan saya kupas lanjut di dalam Majalah Pa&Ma pada bulan Ogos ini. Sila dapatkan naskah anda masing-masing. - susuibu.com