Monday, December 21, 2009

* Panduan Pemakanan Mengikut Umur *

Hafeez sudah pun 1 thn 7 bln, pejam celik feez akan masuk 2 thn lg 5 bln dr skrg.
Wah cepat nye masa berlalu!
Terasa baru je lahirkan feez, sudah besar rupernye anak ibu nih.

Alhamdulillah, hingga sekarang feez masih membesar dgn susu ibu.
Mudah2an rezeki feez menyusu ngan ibu hingga 2 thn tercapai, amin.

Ramai ibu2 bertanya kan tentang menu pemakanan untuk anak2.
Sungguh seronok aku melihat semakin ramai ibu2 yg memasak makanan tuk anak2.
Air tangan ibu itu lebih baik dan berkhasiat tuk anak2 yer kalians.
Aku bukan la pakar pemakanan, tapi ape yg aku kongsi adalah sedikit ilmu dr ape yg ku perolehi dr pelbagai sumber dan aku praktikkan sepjg membesarkan anak ku yg sorg ni.



Hafeez da x bergantung pada bubur nasi.
Hafeez sudah besar, sudah pandai pilih menu ikut selera nya, tp kadang2 kena ikut selera ibu..hihihi.
Tapi aku tetap kawal apa yg feez makan.
Segala jenis jajan, coklat aku kurangkan atau kalau boleh elakkan.
Feez kurang makan nasi, kdg2 sgt susah nak suruh habiskan nasi.
Tapi feez suka ratah lauk atau sayur.
Jadi tuk gantikan nasi, aku bg feez roti, bijirin, ubi etc.
Ibu2 jangan risau, kalau anak x suka makan ni, kite ganti kan ngan sumber lain tuk pastikan anak dpt khasiat yg seimbang :)
Rujuk Carta piramid makanan di bawah.



Bagi bayi yg baru berumur 6 bln, kuantiti makanan pelengkap yg diperlukan adalah sedikit.
Susu ibu adalah menu utama.
Makanan pelengkap yang sihat perlu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi.

* Bijirin dan hasil bijirin, Contoh:- nasi, bubur,roti dan ubi membekalkan tenaga.

* Susu, ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.

* Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin dan mineral.




Kalians boleh rujuk panduan pemakanan di bawah mengikut peringkat umur.

PERINGKAT PERTAMA
Umur
6 bulan
Kemahiran
Mula menerima makanan pepejal
Jenis Makanan
Makanan lembut
* Bubur nasi dikisar
* Bijirin untuk bayi (jenis beras)
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
Jumlah & Kekerapan
* 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
* 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap

Cara masak bubur nasi mudah & Pantas di sini
Koleksi resepi bubur nasi di sini & resepi puree di sini
PERINGKAT KEDUA
Umur
7- 8 Bulan
Kemahiran
Mula belajar mengunyah
Jenis Makanan
Makanan lembut
* Bubur nasi
* Bijiran untuk bayi
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
* Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
* Makanan yang mengandungi susu.
- Keju, puding susu, krim keju
* Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
* Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.
Jumlah & Kekerapan
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
* 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

Koleksi resepi di sini
PERINGKAT KETIGA
Umur
9-11 Bulan
Kemahiran
Makan sendiri
Jenis Makanan
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.
* Nasi
* Bijiran bayi
* Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
* Buah
* Ikan, daging dan ayam
* Susu dan hasil tenusu
keju, puding susu, krim keju.
* Telur, melainkan sekiranya ada alahan
* Kekacang yang dimasak lembut
- kacang panggang dan tauhu
Jumlah & Kekerapan
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
* 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

Koleksi resepi di sini
PERINGKAT KEEMPAT
Umur
1-2 Tahun
Kemahiran
Makan sendiri
Jenis Makanan
Makanan keluarga yang diubahsuai
* Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
* Daging cincang
* Makanan yang kurangkan berempah.
* Makanan segar (tidak diproses)
* Kurangkan garam, gula dan lemak.
* Teruskan penyusuan susu ibu.
Jumlah & Kekerapan
* 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
* 2 snek antara waktu hidangan makan utama.
Sumber :
http://mpaeds.org.my/Nurse/wean.htm



Nak share gak resepi tuk menu feez, selalu aku masak tuk menu pagi or petang.
Resepi simple jek, tapi feez suka.

*Roti Telur Berkeju*

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 2 keping slice cheese
  • 1 biji bawang kecil (hiris bulat2)
  • 2 btg isi ketam- hiris bulat2 (boleh guna sosej gak)
  • butter

Cara-cara

Pukul telur. Potong bahagian tepi roti.
Ambil dua keping roti dan letak kepingan cheese di tengah2.
Susun hirisan bawang dan isi ketam.



Cairkan butter dlm kuali.
Celup roti ke dalam telur. dan gorengkan di atas kuali.
Pastu balik2kan sampai la kekuningan.



Dah siap...potong 4 kecik chumel, senang anak nak makan.
Yummy..bile time baru pas masak, keju nye cair meleleh..sedap.



Happy Cooking Mommies!









10 DiNg DoNg!!!:

onniey84 said...

sedapnya resipi roti tu..nak try nak try...tq dhia

Ain said...

wah.. dapat 1 resepi baru tuk ahnaf.. thanx kak coz sudi share.. rs2nya. ibu & ayah pun ngap sekl..hihi

NuRuL DhiA said...

@ onniey84
Sedap...bole wat bekfes mak baak sekali ..hihihi

@Ain
ha'a, ibu n ayah nye terlebih makn nnt hahaha

♥ Mrs. C ♥ said...

model kat atas tu perut buncit.. Hafez senang hati dpt mknan sdp ehh??

ibu izz said...

owh.. feez sama danial x ske nasi
ku gantikn dgn potato n mee
kadang2 wat spagetti/mskaroni
terkenan org itali ke hape ntah masa ngandung dulu...

NuRuL DhiA said...

@Connie

hahaha, tu salah satu kesan hasil makan2 dr air tgn ibu nye la tuh

@ibu izz

terkenan masakan itali danish ni yer, jgn ko bermenantukan org itai lg haru hahaha

ibu izz said...

kak nurul, danial la bukan danish.
danish tu nama utk bakal adik danial
hihi...

NuRuL DhiA said...

@ibu izz

ekekek, sori naik lori, tersasul plak, nama glam sgt

tasha said...

salam, nk tny..baby saya dh nk masuk 11 bulan..saya dh boleh start bagi cheese kan pada dia? pastu, kalo tgk resipi2 baby food yg bubuh susu, seeloknyer bubuh susu ibu or fresh milk? kalo susu ibu, kalo kene masak, habis la nutrien dia ek? n kalo bubuh susu ibu, brape lama leh tahan makanan tu? let saya saya nk masak cheesy pasta, saya buh susu ibu, kalo masak mlm, n buh dlm peti ais, sampai biler tahan? still ikut 1 hr rules utk ebm yg dh dipanaskan ke?

NuRuL DhiA said...

salam, nk tny..baby saya dh nk masuk 11 bulan..saya dh boleh start bagi cheese kan pada dia?
* BOLEH
pastu, kalo tgk resipi2 baby food yg bubuh susu, seeloknyer bubuh susu ibu or fresh milk?
* KALU CAMPO SUSU IBU MASUKKAN SELEPAS TUTUP API DAPO, SUSU FRESH MILK BOLE DIMASAK SKALI
kalo susu ibu, kalo kene masak, habis la nutrien dia ek?
* HA'A.
n kalo bubuh susu ibu, brape lama leh tahan makanan tu? let saya saya nk masak cheesy pasta, saya buh susu ibu, kalo masak mlm, n buh dlm peti ais, sampai biler tahan? still ikut 1 hr rules utk ebm yg dh dipanaskan ke?
* SELAGI XDE PERUBAHAN RASA & BAU