Dengan pelbagai cakap2 atau mitos dr org sekeliling, cukup menambah rasa bimbang ibu2.
Antara mitos yg biasa kita dgr bila menyusu semasa hamil:
1. Boleh sebabkan keguguran.
2. Nanti anak yg bakal lahir cacat, sbb tak dpt cukup zat, si abg/kakak da ambil zat adik melalui susu ibu.
3. Susu yg diminum oleh anak, tiada zat lagi. Tak bagus untuk anak, nanti jd lembab/kurang cerdik.
4. Susu telah bertukar menjadi darah. tak elok untuk anak.
Hal yang paling membuat ibu khuatir ialah terjadinya kontraksi ketika sedang menyusukan anaknya.
Kontraksi ini terjadi kerana stimulasi puting susu akan melepaskan hormon oksitosin yang masuk ke aliran darah.
Oksitosin ini penting pada ketika menyusu sbb ia merupakan zat kimia/hormon yang bertugas menghantar isyarat ke jaringan air susu ibu untuk berkontraksi.
Selain itu, hormon oksitosin juga menghantar isyarat ke jaringan yang berhubungan dengan rahim untuk berkontraksi semasa menyusu.
Namun begitu, kontraksi ini terlalu lemah untuk menolak bayi dlm kandungan.
Sama la juga semasa dlm hubungan intim semasa hamil :)
Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda ketahui tentang menyusu ketika hamil.Fakta-fakta ini memberi anda maklumat yang perlu diketahui untuk membuat keputusan yang tepat mengenai kesihatan ibu dan anak yg belum lahir.
- Anda perlu makan gizi pemakanan yang mencukupi untuk meneruskan penyusuan dan menyokong keperluan gizi bayi yang belum lahir. Anda mungkin boleh berunding dengan pakar pemakanan/kesihatan untuk memastikan anda cukup zat untuk memenuhi keperluan kedua-dua anak anda, serta anda sendiri.
- Anda mungkin akan merasa lebih penat jika anda terus menyusu ketika hamil. Anda sgt perlukan istirahat yg lebih dan seelok berbaringlah semasa menyusukan agar ibu dan anak lebih relaks.
- Semasa hamil puting susu sgt sensitif/ lebih lembut. Ini mendatangkan rasa sakit dan tidak selesa si ibu ketika menyusukan anak. Anda boleh cuba berpindah kedudukan bayi anda untuk membantu meringankan ketidakselesaan ini.
- Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.
- Bekalan susu akan menurun selama trimester kedua (4 bulan ke atas) dan rasanya juga mungkin berubah. Pada masa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Ibu perlu bersedia berdepan dengan kerenah si anak yg mungkin perlukan perhatian lebih dan kemungkinan juga si anak berhenti dengan sendirinya kerana tidak suka ngan rasa susu tersebut.
- Teruskan secara berperingkat selepas keputusan yang anda buat. Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk 'bercerai susu' semasa hamil. Jika anda memutuskan untuk menghentikan anda perlu meluangkan masa anda sehingga untuk meminimumkan kesan emosi terhadap anak yang menyusu. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".
- anda berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
- pernah keguguran
- mengalami pendarahan semasa hamil
- positif GBS carrier
- dan lain-lain kehamilan berisiko tinggi
Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).
Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.
Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)
Sekarang sudah masuk 27 weeks.
Sepanjang menyusukan hafeez semasa preggy agak memeritkan juga.
Terutama 1st trimester, dgn keadaan badan yg sgt lemah akibat mabuk2.
Ditambah gangguan emosi Hafeez sbb susu merudum waktu tu dan juga mungkin sbb Feez tau dia bakal dpt adik :)
Saya cuba kurangkan sesi penyusuan ngan Feez, dgn cara "tiada penawaran, pd masa yg sama tiada penolakan apabila diminta"
Lama-kelamaan sesi penyusuan menjadi 1 hingga 2 kali saja sehari, itupun pada waktu mlm sebelum tido dan awal subuh.
Memang terasa badan cepat penat, letih dan lemah.
Di samping rase tidak selesa puting susu yg makin sensitif ni, hingga kadang2 mengalir airmata ni menahan rasa perit dan sakit semasa Feez menyusu.
Padahal bukan feez menggigit pun, Feez kemam puting pun saya da menggigit bibir tahan perit.
Disebabkan rase sakit ni juga saya telah menghentikan sesi mengepam sejak sah hamil 5 minggu.
Mujur Feez sudah boleh terima jadual makan nya terpaksa diubah, tiada susu ibu pada siang hari.
Hanya waktu malam saja Feez bole nikmati susu ibu.
Kadang2 Feez buat muka pelik bila menyusu, mungkin sbb rasa susu dah berubah.
Feez juga kerap beralih puting, mungkin sbb susu da kurang, xpuas menyusu, lepas ngan ibu feez berlari ke fridge capai susu kotak/juz buah/vitagen.
Feez sedar bekalan susu ibu x byk, makin ciput.
Tapi feez nak ngan ibu, sbb feez perlukan ibu, bukan susu ibu semata2.
Ini lah saat yg paling buat saya dan feez semakin rapat dan sukar dipisahkan.
Ia satu Emosi yg sukar dihuraikan, hanya antara anak & Ibu :)
Menyusu adalah masa yg sgt bernilai untuk kedua ibu dan bayi.
Kebanyakan wanita mendapati menyusu ketika hamil sangat bermanfaat.
Apapun keputusan yang anda buat, anda perlu mendapat sokongan.
Jika anda sedang mencari sokongan menyusu ketika hamil, semak La leche League International, sebuah organisasi yang menawarkan sokongan Pro ibu menyusu dan bayi mereka.
Anda boleh menghubungi mereka di http://www.lalecheleague.org.
Anda juga boleh menghubungi mana kaunselor laktasi yg bertauliah.
Sumber:
http://ilmudanulamak.blogspot.com
http://www.lalecheleague.org
http://www.womenshealthcaretopics.com
Ratuhati.com
Susuibu.com

intan · 762 minggu tadi
nurul dhia · 762 minggu tadi
Ummu umar · 762 minggu tadi
Just to share..
Memang sy mnyusukan ank1 ktika mngandung ank k2,pd mlm sj, wkt lain sy beri dia susu dut lady 123..tp oleh krna berlarutan shinga sy bersalin,emosi ank 1 berubah mnjadi mmberontak,(mcm x boleh trima dan tengok sy susukan selain dia ),dia akn ganggu penyusuan adik..akhirnya adiknya sy asyik susukan skjp2,dan telah disahkan dmam kuning (kurang menyusu salah satu punca),
~pendpt saya ~ dlm tmpoh 1bln nak bersalin,latih ank dah tidur berasingan spt buaian,dgn susu botol,supaya slps bersalin ,dia tidak terasa bila kita menyusukn adiknya..sy dah alami semua ni. Nak susukan adik dgn baik kna suami pgg ank1 spy dia x mngangu..skrg 2bln dah, pun kdg2 dia minta lg susu sy,sdgkan sy slalu beri susu botol..mmandgkan usianya blum 2thn ,saya beri ckit supy emosinya x mmberontak..sbb dia brubah jd agak mmberontak,mengamuk slps dpt adik..huhu .tpaksa la sabar..
Just to share..
nurul dhia · 762 minggu tadi
eTbak · 762 minggu tadi
nurul dhia · 762 minggu tadi
djazzxp · 761 minggu tadi
sama pengalaman dengan saya..... ammar (2y++) menyusu time dia nak tidur je....siang 1x mlm 2-3x. tambah pulak dengan puasa....alhamdulillah....takde masalah
cuma awal2 trimester tu ada la sikit morning sickness dan mcm2 lagi masalah kesihatan.
bila dah tau pregnant mmg terus je beli susu formula...(ni first time dia minum susu fm) agak sukar nak bagi dia sesuaikan diri. 3-4 kali tukar susu...last2 dia suka dumex (dugro)
agak risau juga, bdn dia makin susut sikit.. ramai yg tegur...maybe susu badan pun dah merudum. saya tambah lagi susu fm drpd 1-2kali ke 2-3kali sehari.
nipple sensitif tuu..mmg la sakit yaaaa amat.... tambah skrgni dah masuk 5mos. rasa ngerii bila nak bg dia nyusu....bila dah nyusu...hilangla sakit..memula nak masuk mulut dia je...
okay...take care
nurul dhia · 757 minggu tadi
thanks sudi share pengalaman indah.
Hafeez mmg reject susu fm, da byk brand try bg, tp alhamdulillah berat badan ok.
nas858 · 663 minggu tadi