Kagum sangat dengan ibu2 terkenal ni berusaha menyusukan permata hati masing2.
Mereka antara ikon ibu2 se-malaya yang memperjuangkan penyusuan ibu.
Mereka juga sama turut mengepam tuk bekalan anak bila kuar bekerja!
Hebat mereka dimata rakyat Malaysia sebagai artis terkenal, tapi di mata aku mereka adalah ibu terhebat juga!!!
Dynas Mokhtar, Pelakon & Pengacara
“Selain memikirkan soal anak, perkara lain yang sering bermain di fikiran adalah mengenai hal berat badan. Saya memang mahu kembali ke bentuk asal. Pengalaman menyusu badan dan berjaga lewat malam antara faktor mengapa berat badan saya cepat turun.
Ketika ini, selain menyusukan badan, Dynas turut mengajar anaknya untuk minum susu menggunakan botol.
“Berkemungkinan besar saya hanya akan kembali berlakon selepas raya nanti. Saya tak mahu berlakon buat sementara waktu kerana masih menyusu badan. Daripada saya menyusahkan orang lain, lebih baik saya tolak secara baik,” katanya.
Hi kawan-kawan,Tiada apa yang terbaik buat anak anda selain dari susu ibu. Untuk menyenangkan ibu ibu menyusu di tempat awam, Dynas telah mereka baju yang sesuai digunakan ketika menyusu. Dynas harap anda suka! :)Dynas Mokhtar
http://dnafashioncafe.blogspot.com/
Terkenal dengan jenama fesyen sendiri, DnA Exclusive, Dynas kini lebih memberi perhatian kepada koleksi pakaian ibu yang sedang menyusu anak.
“Pakaian saya dijual secara eksklusif. Hanya ada dua atau tiga helai sahaja untuk satu-satu rekaan. Walaupun masih ada menjual pakaian kasual, pakaian ibu menyusu menjadi titik fokus sekarang,” ujarnya.
Menjual pakaiannya di laman web www.dna. com.my, jenama Dynas bagaimanapun akan dijual di pusat membeli-belah The Curve tidak lama lagi.Nota Dhia: Baju chantek mlm FFM tu pun baju rekaan beliau untuk breastfeeding, acik sukeeee!Dynas Mokhtar hie kekawan..so sorry i tak reply semua message korang k..dynas busy sikit dengan promosikan baju breastfeeding n online shopping website dynas..and YES baju yg dynas pakai mase FFM yg biru tu adalah salah satu dari koleksi breastfeeding dynas.ade banyak lagi koleksi lain,nanti tengok kat website www.dna.com.my yah
“Saya bercadang untuk menyusukan Barr sepenuhnya sehingga dia berusia enam bulan. Sebab itu, saya masih belum dapat berat badan asal kerana saya perlu makan makanan berkhasiat sepanjang tempoh menyusukannya ini.
“Saya juga tidak bimbang meninggalkan Barr dengan keluarga kerana memang ada menyimpan susu yang dipam dalam peti sejuk jika saya keluar bekerja,” katanya.
Nota Dhia: Alangkah bagus kalau beliau panjangkan tempoh penyusuan hingga 2 tahun kan...
Sekalipun sudah kembali ke lokasi penggambaran, Yatt berusaha memastikan dapat menyusukan anaknya sekurang-kurangnya sehari sekali."Apabila kembali ke lokasi penggambaran selepas habis tempoh berpantang lebih tiga bulan, saya sudah memberikan Nia susu formula. Saya juga mengepam susu di tempat kerja supaya Nia dapat menyusu susu badan di rumah.
Kata Yatt, hubungannya dan Nia cukup rapat kerana dia menyusukan sendiri anaknya itu.
"Saya akui sakit ketika melahirkan anak tapi semua kesakitan hilang selepas melihat wajah Nia. Bergelar ibu baru juga cabaran besar kerana saya bangun lima kali sehari untuk menyusukan bayi dan hanya selepas tempoh berpantang baru senang sikit untuk menjaga Nia.
"Saya perlu makan makanan berkhasiat dan menambahkan susu badan kerana menyusukan Nia. Berat badan saya sekarang ialah 56 kilogram dan saya perlu turunkan kepada 50 atau 52 kilogram," katanya.
Nota Dhia: Menyusukan anak juga mempercepat proses pelangsingan badan selepas bersalin, Setuju!!!
Irin Putri Azmi, Personaliti TV3
Being a fully breastfeeding working mom, I used to worry about your supply and storage, dear milk. That's why I started pumping you out about a month before I went back to work.
Storage began quite slow. Like they say, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit (slowly but surely). Now there are many little bags/bottles of you in the freezer. That should be enough to keep my boy filled whenever there isn't enough supply or if I happen to go outstation for work.
As you know milk, it is now my routine to pump you out twice at work and once again at home. I'm afraid I might explode if I didn't! The 3 servings are just nice to keep my boy filled while I'm at work the following day.
http://veryberrymerry.blogspot.com/
Nota Dhia: Suka baca blog beliau, dan sgt suka pic di atas tu
"Saya menyahut cabaran penyusuan susu ibu, selari dengan nasihat dan polisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta kerajaan.
"Golongan ibu diseru menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan terus menyusu sehingga 2 tahun ditambah dengan makanan pejal selepas 6 bulan.
"Saya masih menyusukan Imran secara eksklusif dan akan terus melakukannya, InsyaAllah sehingga dia berumur 2 tahun seperti dua anak saya sebelum ini.
"Itu tanggungjawab saya sebagai ibu. Jika ada pihak mahukan nasihat dan sokongan, saya memang sedia membantu. Saya selalu berjumpa dan memberi nasihat kepada ibu baru secara percuma. E-mail saya di wardina.dina@yahoo.com," katanya.
Wardina berkata, dia juga menggalakkan lebih ramai ibu berkerjaya menyusukan anak.
"Walaupun saya artis dan sibuk ke sana ke mari, tapi ia bukan alasan untuk tidak menyusukan badan. Ada cara dan kaedah yang boleh dipraktikkan.
"Cuma masalahnya, ramai ibu putus asa terlalu awal kerana tidak mendapat sokongan kerana kurang pengetahuan. Tiada kata yang dapat digambarkan apabila melihat anak kita membesar daripada darah daging sendiri," katanya.
*********************************************
SIAPA yang tidak kenal pelakon, pengacara dan model, Wardina Safiyyah Fadlullah yang sentiasa kelihatan anggun bergaya.
Wardina yang kini turut berjinak dalam penulisan buku keibubapaan dan kanak-kanak juga dikenali sebagai antara personaliti yang mengamalkan penyusuan eksklusif untuk anaknya.
Ibu muda kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi itu menganggap hak seorang anak daripada ibunya sejurus dilahirkan adalah penyusuan badan.
“Saya akui, menyusu badan sebenarnya bukan mudah, hanya mereka yang bersungguh sahaja boleh berjaya,” katanya.
Bagi anak kacukan Australia dan Acheh ini, kesungguhan ibunya menyusukan beliau dan adik-beradik ketika kecil menjadi inspirasi buatnya untuk meneruskan tabiat baik itu.
Sehingga kini, anak bongsunya, Imran yang berusia setahun 10 bulan masih menyusu secara eksklusif dan belum meneguk susu formula
Wardina mengakui menyusu menjadikan beliau mudah kembali kepada bentuk asal badan sebelum mengandung dan tiada sebab untuk dia berasa malu.
“Jika ada ibu yang berpendapat menyusu menjadikan fizikal mereka tidak cantik, bagi saya ibu itu sangat pentingkan diri sendiri dan dia bukan ibu yang sejati,” katanya.
Baginya, menjadi ibu bukan sekadar melahirkan, malah tanggungjawab mereka melebihi daripada itu. Dan tentunya tanggungjawab pertama yang dipikul oleh seorang wanita saat dia bergelar ibu adalah menyusu.
Wardina sama sekali tidak berasa segan atau malu untuk menyusukan bayinya di khalayak. Bagi wanita bertudung sepertinya, itu satu kelebihan yang memudahkan lagi dia menyusu anaknya walau di mana sahaja.
“Walaupun pada awalnya kita berasa sedikit leceh dan tidak selesa, namun lama-kelamaan perasaan itu hilang bila ia menjadi kebiasaan.
“Saya menganggap menyusu dan menyediakan stok susu sebahagian daripada rutin harian seperti solat. Jika sudah biasa, kita tidak akan rasa terbeban,” katanya yang masih mengamalkan sesi mengepam susu hingga kini bagi menggalakkan pengalirannya.
Demi menambah pengetahuan dalam bidang penyusuan, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu sanggup mengikuti kursus berkaitan yang dianjurkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama 18 jam.
Ibu jelita itu turut berkongsi maklumat mengenai penyusuan dalam buku nukilan yang bertajuk “Mama, saya lapar...” yang diterbitkan baru-baru ini.
“Saya rasa ilmu yang baik harus dikongsi bersama. Kerana itu saya mengambil keputusan menghasilkan buku sedemikian dalam usaha menghebahkan kebaikan susu ibu,” katanya.
Nota Dhia: Beliau antara orang kuat yg turun padang setiap kali minggu penyusuan ibu sedunia...sgt admire beliau.
Celebrity Menyusukan Anak Angkat
Rabecca Nur Islam, Pelakon
“Selepas sahaja saya mendapatkan Adam, saya telah pergi ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan suntikan mengeluarkan susu,” jelas Rabecca yang mengaku agak teruja untuk merasai pengalaman menyusukan anak.
“Saya menyusukan Adam setiap hari dan saya rasa Adam seperti anak saya sendiri,” ujar Rabecca yang sempat menyusukan anak lelakinya selama 3 bulan.“Saya tidak mempunyai masalah. Tapi menurut doktor, dada saya akan terasa bengkak kerana proses pengeluaran susu.
“Tapi selepas tiga bulan menyusukan Adam, keadaan saya kembali seperti biasa,” kata Rabecca.
Ras Adiba, Karyawan & Bekas Pengacara
Kebahagiaan Ras Adiba juga jelas apabila wanita bersemangat tinggi ini sanggup mengambil pil perangsang susu badan bagi menyusukan anak angkatnya ini. Selepas tiga bulan bergelar ibu angkat, Ras Adiba berjaya menyusukan Umar. Namun jumlah susu yang terhasil melalui proses makan pil ini tidaklah sebanyak susu yang keluar secara semula jadi seperti mana ibu-ibu yang melahirkan anak sendiri. Seperkara yang melucukan bagi Ras Adiba ialah apabila Umar mengatakan bahawa mummy bergerak lebih laju daripada orang lain kerana mummy guna kerusi roda!