Thursday, October 14, 2010

* Checklist Hospital *

Senarai Barang Yang Perlu Dibawa Ke Hospital.
Senarai ni aku ambil dr New Mum Book, hadiah dr Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh, Pahang masa bersalinkan Hafeez 2 tahun lepas.

IBU
* Kain Sarung/Batik - 4 helai
* T-shirt - 4 helai
* Tuala Mandi - 1 helai
* Toileteris
* Tuala wanita - 1 bungkus

BAYI
* Baju - 4 helai
* Lampin/Kain Bedung - 10 helai
* Tuala mandi - 2 helai
* Pampers - 1 bungkus kecil

Lain-Lain
* Pinggan
* Cawan/botol Air
* Sudu
* Makanan kering (biskut/roti) dan minuman

Perhatian: Tidak perlu membawa barangan lain selain daripada barangan di atas.

Senarai di atas biasa nya khas untuk hospital kerajaan.
Kalau swasta mungkin ade yg disediakan oleh pihak hospital, contohnya alatan makan & minum.
Dan yg paling penting, botol susu adalah dilarang sama sekali kalau hospital kerajaan ni.
Sebab nak galakkan ibu2 menyusukan anak dengan susu ibu!
Masa bersalin kan Hafeez dulu pun, ada ibu yg kena sound ngan nurse sbb bawa botol susu dan 1 tin susu formula.

Kebanyakan hospital swasta, botol susu dibenarkan, malah ada yg bg sampel susu formula percuma lagi tau.
Jadi, kepada ibu2 yg berniat nak breastfeed baby selepas bersalin, sila maklumkan awal niat kalian untuk menyusukan anak dengan susu ibu sekiranya bersalin di hospital swasta, sebab tak semua hospital swasta yg menyokong penyusuan ibu ni.




Komen (9)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
sy perasan kan ms melawat aboh sy ket sepital tloh 2-3 bln lpsla time tghari ade org laki wat announce bitau botol susu adelah dilarang sama sekali tuk bayi umur 6bln bla..bla pehtu dia bitau sepital ni rakan bayi dn sebrg kaitan ngn botol susu mmg xdibenarkan..bagus betul senang ati mendengornye.
3 jawab balas · aktif 754 minggu tadi
Ha'a sepital tloh mmg sepital rakan bayi. kalau perasan kat pagar masuk ade signboard penyusuan ibu
Ha'a sepital tloh mmg sepital rakan bayi. kalau perasan kat pagar masuk ade signboard penyusuan ibu
Ha'a mmg hospital tloh ni hospital rakan bayi. kalau pasan kat pagar masuk da ade signboard 'penyusuan ibu'.

---
Tetapi tak semestinya lepas bersalin susu ibu akan terus ada. Seperti saya, bukan jenis yang banyak air susu. Kalau ada pun hanya sedikit sangat. Biasanya lepas diurut oleh tukang urut barulah air susu tu akan keluar.
1 jawab balas · aktif kurang dari 1 minit tadi
mmg susu xkeluar lg lepas bersalin, yg kuar adalah 'cecair emas' yg sgt berharga tuk baby dipanggil kolostrum, dlm kuantiti yg sgt sedikit tapi cukup tuk anak. air susu biasa akan kuar hari ke 3-5, bergantung cara kite stimulasi breast. sbb tu penting penyusuan sejam selepas bersalin, selain nak bg anak kolostrum, ia bantu merangsang pengeluaran susu segera.
for baby - blanket, mittens, booties.. hehe!
1 jawab balas · aktif 755 minggu tadi
masa bersalin kan hafeez, sister tu x bg bawa mitten n booties, takut tercicir/ hilang.
nurul ....minyak panas n stokin utk si ibu .........

Kemukakan komen baru

Comments by