Tuesday, October 19, 2010

* Ibu Sakit Masih Boleh Menyusukan *

Semasa ibu sakit, masih selamat untuk terus menyusukan anak.
Ini kerana tubuh kita semulajadi akan menghasilkan antibodi penyakit tersebut untuk si anak seterusnya membantu anak untuk mengelakkan drpd penyakit tersebut.

Kalau bayi sakit pun biasanya tidaklah seburuk bila kita berhenti menyusui.
Untuk membantu mengurangkan risiko bayi sakit, cubalah elak contact face-to-face dan cuci tangan dgn kerap setiap kali menyentuh bayi.


Hal ini OK untuk tetap terus menyusui jika anda mempunyai:
  • Demam, batuk, selsema
  • Any infections
  • Keracunan makanan
  • Campak, rubella, Cacar Air
  • Lyme disease
  • Kolera, demam tifoid, parasit (seperti giardia, malaria), lepra
  • Hepatitis
  • Kanser, jika anda tidak menjalani kemoterapi
Bagi ibu yang terpaksa menjalani sebarang pembedahan juga masih boleh teruskan penyusuan.
  1. Perancangan khas perlu; mungkin boleh meminta bantuan family bawa anak kpd anda apabila tiba waktu menyusu atau membawa anak tinggal di hospital bersama anda.
  2. Pam/perah jika terlepas waktu penyusuan sepatutnya; memastikan bekalan susu untuk anak dan mengurangkan bengkak payudara.
  3. Ingat untuk memberitahu anestesi bahawa anda sedang menyusui supaya ia boleh menggunakan ubat terbaik untuk anda dan bayi anda.
Kebanyakan ubat adalah selamat untuk dimakan.
Namun, anda perlu mendapat nasihat doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat.
Biasanya hanya ada sebilangan kecil ubat yang ada dlm susu.

Hal ini penting, kerana membolehkan doktor untuk memilih ubat yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Jadi, sgt2 penting anda memaklumkan kepada doktor yg anda menyusukan anak, kerana ada sesetgh ubat tidak sesuai untuk ibu menyusu yg mungkin boleh mengganggu pengeluaran susu atau memberi kesan kepada anak anda.
Ia sama la seperti ibu yg hamil, tidak boleh ambil sebarang ubat.
Sebahagian besar vaksin untuk imunisasi adalah selamat untuk ibu menyusui.

Ada beberapa ubat yang tidak harus diambil saat menyusui.
Iaitu ubat-ubatan haram seperti heroin, kokain, dan ganja tidak boleh digunakan.

Ini mengganggu keupayaan anda untuk merawat bayi anda dan boleh mengganggu pengeluaran ASI anda.




Komen (4)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
dulu ms sy demam masa dlm pantang, doktor tak kasi bf..... takot kalau dekat sgt dgn baby boleh berjangkit selsesa saye... :(
1 jawab balas · aktif 760 minggu tadi
siannye marsha, mmg kebanyakan doc mmg xbg bf kalau sakit, sama la mcmkite pegnan,doc mesti soh stop bf anak. Doc pun bukan semua pro BF ni
ye.. betol tu kak nurul.. masa org positive influenza a tu, dahle kene kuarantin, nak perah susu pon dia tak bagi.. takut susu tercemar.. pastu susu pon dah makin kering.. sedeyyy.. n for the 2nd baby ni, hope takde problem mcm tu lagi..
mohon share info ni utk saya upload dlm notes FB ye...thanks

Kemukakan komen baru

Comments by