Friday, November 12, 2010

* Teknik Pernafasan Ketika Bersalin *

Di kala buhsan2 menghitung hari, aku sempat la surfing pasal teknik pernafasan yg betoi semasa bersalin nnt.
Aku xtau pun teknik betul nye, masa feez dulu main hentam jek sampai kena marah ngan doc sbb menjerit bukan meneran...huhuhu
Ish3 doc ni aku jerit sbb eksited la...kuikuikui.
Bila bace info2 kat internet baru tau byk peringkat teknik pernafasan bersalin ni upernye.

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama
Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi
Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua
Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Teknik Meneran
Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.

"Overwhelming Urge“
Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“
Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“
Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan
Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.

Sumber: Pa & Ma



* Masih lagi kembung...lalala *

Aku tau ramai yg menunggu berita gembira kat blog ni kan...huhuhu
Aku masih lagi kembung, masih belum kempis.
Arini da masuk 39w 2d, tapi kdg2 perut ni mengeras tetiba, ditambah sakit senggugut skit2.
Mula la berdebar2 plus excited pikir da nak tiba masa kah???
Tapi kejap2 jek, pastu sakit tu ilang.

Haiish...belum lg nmpknye, tepuk2 usap2 peyut
"Anak ibu bila nak kuar ni, da x saba nak tgk anak ibu (ibu da x larat senanye nak bawa peyut ni huhuhu)"
Seronok sgt kot SEJU dok dlm kapal selam lelama... xmo kuar gak lg :)

EDD sepatutnye 16 Nov, sehari sebelum raya haji...harap2 sgt sebelum raya haji aku da bersalin.
Risau takut xde sapa nak sambut anak aku nnt.
Doc n nurse sibuk ngan ketupat lemang la katakan...imaginasi yg tinggi..kuikuikui
Bulan nov ni byk gak tarikh idaman aku kalu ikutkan.
Kalu 9 Nov lalu sama tarikh lahir Mak su Balqis feez...da lepas plak huhuhu
Pastu berangan nak 12 Nov, sbb nnt dlm Mykid no ic cantik jek tersusun 101112-06- ......
Kalu 16 Nov ni plak sama tarikh lahir ngan adik aku no 6.

Isnin baru2 ni, agak mencemaskan...macam biasa p check up kt KK Temerloh...panggilan manja klinik tepi sungai hihihihi
Aku mmg ade problem low placenta di awal kehamilan lg.
Tapi bulan sept aritu, last scan uri da berada kat atas.
Doc pun cakap xde ape perlu dirisaukan.
Bila sampai sini, nurse sini x puas hati, sbb kes aku mcm tergantung.
X pernah dpt follow up dr doc kat KK sana.
Mmg pun, dlm buku tiap kali ade tulis refer to doc, tapi aku xpenah jumpe doc lepas last scan september tu.
Bila aku tanye nurse sana, dia ckp uri da ok kan, xperlu la jumpe doc.

Sepatutnye, aku kena wat scan setiap bulan.
Tapi stop sampai september jek, dan report scan tu pun doc x penah tgk...sbb aku prefer scan private, malas nak set appoinment scan kat hospital kajang ritu.
Scan kat KK Kajang asyik rosak memanjang.

Ok, berbalik check up kat temerloh, aku da naik risau bile dgr nurse ckp camtu.
So, after settle kat KK terus p Klinik private wat scan n kebetulan feez demam rindu kat abah nye.
Suhu badan feez panas sgt 39c... dpt la 1 shoot kat punggung feez huhuhu.
Pas feez settle, turn aku plak.
Lepas citer pjg lebar kat doc, terus doc wat detail scan.
Baby ok, cuma kecik skit xsampai 3kg.

Sampai part uri, doc ckp ade masalah skit.
Ujung uri masih dok kat pintu rahim.
Walaupun sikit, tp risau x lepas jek kalu bersalin normal n takut berlaku bleeding masa bersalin.
Aku rase cam nak nanis da, sesak dada ni umpama bernafas dlm lumpur.
Doc wat surat tuk refer kes aku pada doc pakar kat HoSHAS, tuk decision samada bersalin normal atau caesar.
Waaaa....rasa cam nak terberanak kat situ gak time tu.

Terus Zasss ke Bahagian Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi HoSHAS.
Masuk bilik Dr. Melati yg baik hati.
Wat detail scan sekali lagi....

Doc: Ooh..ok jek ni, xde ape2 la
Aku: Hah..ok?? Tadi scan doc sana ckp uri saya ade skit kat pintu rahim tu
Doc: Kalau dia wat camni mmg nmpk uri awk kat situ...tgk. Ni saya letak kat betul2 bawah rahim, jauh sgt uri tu dr pintu...ni kepala baby...nmpk?
Aku: ooo...mcm tu (lega mak huhuhu.)
Doc: Da tau gender baby....tu nampak x?
Aku: Rase2 nye girl ( aku senyum)
Doc: Ha'a...mmg anak dara, ok...settle ye

Lega...baru la rase bernafas dengan tenang.
Baru terjun dr katil, tetiba....

"Eh, dia x bgtau plak saya tadi perut baby kecik...baring semula...baring semula"
Aku ternganga...apakah?
"Awk da 38 w...tapi ukuran perut baby 32 w...kite ukur semula"
ngeeengee

Sekali lg Peyut aku di suluh, SEJU kat dlm da x tenang..marah betul asyik kena suluh jek.
Ukur sana, ukur sini, check air ketuban...serahkan pd yg pakar.

Doc: Tulang ok, saiz otak ok, air ketuban cukup....berat baby pun ok...3kg je...tapi perut awk besar betul. Mmg besar mcm ni yer?
Aku: Hihihi..ha'a perut saya mmg besar (sengih kerang busuk malu2 aku)
Doc: Hah..nampak tu muka baby
Balqis: Macam mana nak tgk, x paham la
Mak: Kata nak jd doc, kena la belajar.
Balqis: Yela, balqis nampak tapi x paham la
Doc: Ni pun da canggih skit scan nye, kalau dulu2 punye nmpk pasir jek. Doc pun belajar berbulan2 baru pandai dan paham (rajin plak doc ni melayan balqis)
Doc: Ni mata, hidung, mulut..oooo masam nye dia. Apa yg dimarah sgt agak nya...masam je muka baby ni. Saya print lg jelas...adik boleh nampak jelas yer.

Doc pun print sekeping bg kat Balqis.
Balqis dok belek2 sambil garu2 kepala.
Pastu x puas hati soh aku plak terangkan ape benda la tercetak tu...haishhh mak su, mak su

Alhamdulillah, nampak ibu ok, baby pun ok.
Semoga semua selamat, amin.
Kalians, doa2 kan la aku n seju selamat yer :)

Ops...sampai kat rumah

Balqis: kakak, doc ckp lelaki ke perempuan?
Aku: Kan doc ckp tadi perempuan.
Balqis: Nak letak nama ape yer, kena buat list ni.

Mlm tu balqis berusaha keras wat list nama2 baby perempuan.
Nama, makna dan Jumlah undian...apakah???

Aku: Nape ade jumlah undian plak ni?
Balqis: Senang nanti nak kira nama mana yang undian tertinggi, yang tu la bg kat baby nnt.
Aku: Sape plak yg nak ngundi nye? Kat rumah ni bape org je ade.
Balqis: Kawan-kawan balqis la
Aku: huh...?

Dan setiap kali balqis balik dr sekolah, dia akan melaporkan jumlah undian setiap nama dlm list tu...huhuhu
Apa2 je mak su.





Thursday, November 4, 2010

* Kisah Puteri Bongsu *

Dah lama x cerita pasal mak su balqis kan.
Kali ni aku nak bebel pasal puteri bongsu srinor family.
Mak sedara feez yg tercayang.

Feez mmg sgt..sgt..sgt..sgt manja ngan mak su nye.
Kalau ade mak su depan mata, ibu n abah feez da x peduli.
Yes..masa ni la aku n hubby rehat2 kan diri, sbb mak su akan melayan segala kerenah feez.
Sume benda nak ngan mak su.
Mak su makan, baru feez nak mkn.
Mak su masuk toilet, feez termenung depan toilet tunggu mak su kuar.
Mak su tido, feez pun tergolek2 sebelah mak su, walaupun hakikat nya feez x mau tido lagi.
Pendek kata, apa mak su buat, feez akan follow la.

Sedia maklum, balqis ni agak skema dlm perbualan nya.
Ada saja benda yg dicakap menjadi hiburan family aku malahan cikgu2 kat sekolah nya.
Feez pun ade terikut2 cara percakapan mak su balqis ni.

Balqis 1

Malam tu aku call umah srinor.
Agak lama tunggu panggilan dijawab...akhirnya...

Balqis: Alhamdulillah...eh...Assalamualaikum (sambil termengah2 dan tergelak2)
Aku: W'salam... ape la balqis ni, jawab telefon ckp alhamdulillah plak?
Balqis: hehehe...baqis terkejut tgk kak chana bertelekung..tu yg tersebut alhamdulillah.
Aku: hah...terkejut nape ckp alhamdulillah plak....baqis baqis (seterusnya aku bercakap ngan mak aku)

Sambungan dr citer Yana ....

Yana : HAHAHAH!! Ngape Balqis cakap Alhamdulillah mase angkat tepon tadi?
Balqis : Kak Chana la! Terkejut Balqis. Tetibe keluar dari bilik bertelekung. Balqis ingatkan hantu
Yana : Hah? Nape terkejut nampak hantu cakap Alhamdulillah? Orang cakap Astaghfirullah
Balqis : Sebab Balqis legalah Kak Chana bukan hantu. Sebab tu cakap Alhamdulillah

Balqis 2

dulu-dulu...masa tadika

Abah: Adik da besa nnt nak jadi ape?
Balqis: Adik nak jd doc gigi.
Abah: Kenapa nak jd doc gigi?
Balqis: Nanti boleh adik buatkan gigi palsu abah, gigi depan abah kan xde.

Bertahun kendian...

Balqis: Abah, adik nak tuka la, nak jadi doc haiwan la nnt.
Abah: Kenapa nak jadi doc haiwan plak?
Balqis: Nanti senang kalau kucing2 sakit, adik boleh rawatkan.

Baru-baru ini...

Balqis: Abah, adik rasa tak nak la jadi doc haiwan.
Abah: Kenapa?
Balqis: Kalau jadi doc haiwan nnt kena pegang anjing, pegang babi... tak nak la.
Abah: Pulak...

Balqis 3

Masa musim buah2an tempatan yg lalu...(dr blog Yana)

Mak : Kenape balqis tak pegi panjat pokok rambutan tu?
Balqis : Taknaklah panjat pokok rambutan tu. Banyak dahan die dah tarikh luput.
Mak : (mencernakan ayat balqis sebentar) Reput lahhh~~~
Balqis : Hoooo.... Reput.... Banyak dahan die dah tarikh REPUT. (beliau mungkin ingin membetulkan ayatnye yang salah tadi)
Mak : Takde 'tarikh' lah. Reput je

Balqis 4

Masa bulan puasa ritu adik2 aku dgn eksitednye buat karipap pusing utk berbuka.
maka balqis pun tolong la kakak2 tu.
Disebabkn kecuaian nadia multitasking goreng sayur togeh n goreng karipap, maka hanguslah karipap tersebut.

Balqis: eee...karipap hitam, macam ketiak abah

Semua org dengar tapi tak rasa nak gelak.
Tiba2 du gelak...pastu cida...di ikuti mak....dan sume org gelak.
Abah hanya mampu terkebil2.
hampeh balqis...sampai nangis2 mak gelak...

Mak kata balqis asyik mempersoalkan pasal anak bulan.
Balqis: bulan kan ade satu jek...apasal nak tgk anak bulan...bulan ada anak ke?
Mak aku diam tak terkata apa...huhuhu

Balqis 5

Abah aku baru jek pencen hujung bulan ogos.
Kalau dulu balqis amat risau betul bila abah nak pencen ni.
Beria2 la dia usulkan abah apply keje kat pasaraya cowboy.

Baru-baru ni

Aku: Abah da pencen, balqis tak cari kan abah keje kosong ke?
Balqis: huh...abah tu kata je dah pencen, tapi asyik2 meeting sana sini, kena pergi kursus sana sini.
Aku: Yeke, x jd la nak suruh abah minta keje kat cowboy yer?
Balqis: Tak, sbb tokei cowboy lambat bayar gaji pekerja.
Aku: Huh...mana balqis tau ni.
Balqis: Abah bagitahu
Aku: oooo...???




Wednesday, November 3, 2010

* Ang Pau dr En. Nuffnang *

Alhamdulillah, semalam cek dr en. nuffnang selamat sampai ke tgn ku jugak.
Ini kali ke-2 dpt ang pau dr nuffnang.
Kali ni agak lama menunggu, hampir 2 bln!
Ada problem ngan nama aku sebagai payee name.
Nasib Baik boleh settle.



Rejeki tuk SEJU plak.
Ape lg brg2 baby yg xde lg yek???




* Photoshoot Gediks Santai *

Da lama nak tempek gambo2 mommys bergediks santai.
Asyik lupe jek.
Photoshoot ni masa majlis jamuan raya kat opis aku yg lalu.
Masing2 da pakai vogue sakan.
Apa lagi, posing sakan la !!!
Sila scroll ngan laju kalu rase nak termuntah yer....huhuhu


Ikan kaloi...timbul la engkau si ikan kaloi...huhuhu


Nak bagi nama apa baby ni yer..hmmm


Manis2 senyuman mak dara sekalian yer


waaaa...aku di buli!!!


Tengok apa kah?


Pose maut dr mak buyung....muahahaha





hubby yg malu2 meow bila bergambo ngan isteri yg comel nih...muahaha



Nota Dhia: Pegnan kali ni aku suka betul bergambar, melaram sakan..huhuhu




* Pengumuman Penting *



Pengumuman,

SAYANG BABY IBU akan bercuti mulai NOVEMBER 2010 HINGGA JANUARI 2011. Kami akan beroperasi semula pada FEBRUARI 2011.

Salam Sayang,
Nurul Zafifah (Admin)

Nota Dhia: Bila kedai tutup ramai pulak yang nak order barang...tapi apa kan daya, aku berpantang kat kg. Harap kalians sudi jengah kedai chumel ku bila beroperasi semula nnt yer. Rajin2 gak jengah blog pink ni, insyallah aku akan update perkembangan aku sepanjang bercuti pjg kat blog ni :)