17 november 2010
12 mlm
Tgh syok tido tetiba perut aku memulas2, cam rase nak buang air besar campo rase cam kena senggugut.
Aku berulang alik ke toilet, tp hanya buang air kecil jek.
Tgk jam da pukul 12.00 mlm, kat dapo riuh rendah bunyi family aku sibuk memasak juadah tuk raya pagi sok nye.
Aku ngadu kat hubby perut ni sakit semacam.
Tetiba... splaaassh!!!...basah lencun kain batik aku...air ape plak ni!...ngeee
Terus minta hubby panggilkan mak.
Aku bgtau mak ade air kuar byk, perut asyik sakit dr td cam nak buang air besar.
Mak aku soh siap2 p hospital...sambil tu bebel kat aku sbb xbgtau awal2...huhuhu
1.00 pagi
Sampai di HoSHAS terus daftar kat dewan bersalin.
Cek jalan da buka 4cm, terus sorong ke dewan 9.
Kali ni pecah air ketuban dulu, so mmg aku x rase sakit sgt mcm masa bersalin hafeez.
Masa Hafeez aku turun darah, gile sakit berguling2..huhuhu.
Kali ni hubby pun bape kali tanye aku, "x sakit sgt lg ke? x rase nak teran ke?"
Aku pun naik penat asyik kena cek 'jalan' jek.
X suka betoi aku part seluk menyeluk ni, da la tu betukar2 doc yg ceknye.
Tensen aku.
6.00 pagi
Contraction semakin kerap, dan semakin sakit!
Setiap kali contraction dtg, tangan hubby jadi mangsa.
Ku cakar2, ku pulas2 lengan hubby sambil menahan sakit.
Menangis teresak2 sambil bace zikir2 yg mak aku pesan.
Rase macam nak guling2 atas katil tu setiap kali contraction dtg.
Nurse ade pesan soh sedut Etanox, tapi aku xmo sbb takut aku titong nnt x larat plak nak meneran cam masa bersalin hafeez dulu (gilo ngantuk akibat terlebih sedut gas tu..huhuhu)
Sesekali aku disuruh bertuar posisi mengiring ke kanan jap kang ke kiri, sbb jantung baby da xberapa ok.
Sambil tu, aku disuruh gentel2 puting tuk pastikan baby x tido.
8.00 Pagi
Aku rase macam nak tercabut nyawa.
Sakit semakin menjadi2, da tahap meraung2 aku dibuatnye.
Doc pakar sampai, bacaan jantung baby diteliti.
Dari riak wajah doc tu aku agak cam ade yg xkena.
Hubby disuruh dok luar sementara doc nak check aku.
Doc: Puan, kita cek jalan lagi yer.
Aku angguk
Doc: Puan xde rase nak meneran ke?
Aku: Sikit2 (ekceli aku xpasti rase apa2 selain sakit contraction ~huhuhu)
Doc tu berbincang sesuatu ngan 2 org doc pelatih dan nurse yg menjaga aku.
Aku x pasti ape yg mereka bincangkan, tapi hati aku mula rasa x sedap.
Doc: Bila saya suruh puan teran, puan teran sekuat hati yer, tarik nafas pjg2 pastu teran.
Doc tu seluk lg dan suruh aku teran, aku pun merah2 padam muka ni teran le sekuat hati.
Doc geleng kepala, pastu suh aku teran lagi.
Doc: I can't get it, hos nye jauh ke dalam
Nurse: tula, saya pun cuba td, mmg jauh sgt.
Hos ape? ape yg jauh?
Nak je aku tanya mereka bincangkan tentang apa.
Doc: Ok, confirm ready for OT.
Aku telan air liur dgr perkataan OT???
Apakah?? Ya Allah selamatkan la hambaMU ini~ emo lebey2
Rasa mcm nak panggil hubby kat luar soh masuk.
Datang sorg doc pelatih, ditangan nya ade kertas dan pen.
Doc: Puan, saya minta puan dgr baik2 apa saya nak cakap ni ye.
Aku angguk
Doc: Baby puan tak stabil, jadi kami terpaksa jalankan operation ke atas puan.
Terus aku menangis teresak2. Nurse2 yg ada kt situ cuba menenangkan aku.
Aku: Mana suami saya, tolong panggil, saya nak jumpa suami saya, tolong la.
Doc: Sabar puan, puan dgr baik2 apa saya nak ckp ni, lepas tu kita panggil suami puan masuk ye
Nurse: Sabar puan, dgr dulu doc nak cakap ape, sabar.
Aku angguk.
Doc: Ok, puan kena operation, tapi di sini kita nak bgtau ada 3 risiko. Pertama, kemungkinan berlaku pendarahan or bleeding semasa operation. Kedua, kemungkinan rahim puan terpaksa dibuang jika kita dapati ada kerosakan berlaku semasa operation ~ (Ya Allah, aku rasa nak pengsan dgr penerangan doc tu, hingga risiko yg ke-3 aku da x dgr apa2 da doc tu ckp) Jadi puan faham ye, kalau sudah faham, puan sign sini.
Dalam keadaan menggigil aku sign kertas tu.
Doc: Kalau berlaku bleeding, kami akan gunakan darah daripada tabung darah hospital. darah ni bla bla bla... puan faham? tolong sign sini puan.
Aku angguk dan sign.
Doc: Saya akan berjumpa suami puan terangkan pd dia, lepas tu saya akan bg suami puan masuk yer.
Aku terus di 'make up' oleh nurse untuk persediaan masuk OT.
Sakit plak semakin kuat dan semakin kerap bertandang.
Dalam hati aku berdoa semoga aku dan anak ini selamat.
Hubby terus p tunggu aku kat ruang menunggu OT.
Sedih sgt hubby x dibenarkan masuk, sbb dah emergency.
9.00 pagi
Aku sudah pun berada dlm OT yg sgt sejuk. giler sejuk.
Menggigil aku, aku xtau aku menggigil sbb sejuk atau takut.
Mungkin dua2.
Setiap prosedur yg dijalankan akan diterangkan padaku.
Aku da macam burung belatuk, main hangguk hangguk je kepala.
'Kami nak suntik bius... bius separuh badan dari dada ke kaki ... kat tulang belakang... salah satu risiko kelumpuhan... rasa sakit... lepas bius puan akan rasa kebas ...sign sini'
Hangguk dan sign.
'Puan saya nak pakai kan jarum kat tangan' hangguk
'Ini selimut pemanas badan, nanti bila baby puan keluar, doc akan terus letak atas dada puan, tujuan untuk bonding ibu dan anak, dan puan boleh terus susukan anak, kalau xde apa2 masalah la' hangguk :)
'Puan saya akan suntik antibiotik' hangguk je
'Puan saya beri suntikan pengecut rahim' hangguk lagi~ yg ni masa jahit perut mereka bg aku.
Tepat jam 9.15 aku di'korban' di pagi hening raya korban~hohoho
Sepanjang operation aku dpt melihat isi perut ku di selongkar terpapar kat cermin lampu atas aku, walaupun mata aku dah ditutup ngan kain hijau.
Wow...betapa tebal nye lemak2 di perutku ~ huhuhu
Aku nmpk kepala baby diletakkan sejenis alat untuk menarik keluar dr perut ku.
Zuupp...terasa ade sesuatu sudah ditarik keluar, tapi tiada tangisan yg aku dgr.
Mana tangisan baby?
Nape anak aku x menangis?
Nape mereka tak letak baby kat atas dada aku?
Aku dgr bunyi tapak kasut org berlari2 anak.
Tak lama pastu, aku dgr sore nyaring menangis, anak ibu :)
'9.25 pagi, girl, 2.85kg' dgr sore seseorg, aku senyum, alhamdulillah
10.00 pagi
Pembedahan selesai dan sukses!!
Aku dibawa ke OP-Bay, rehatkan diri sebelum dibawa wad.
Nurse letak baby atas dadaku, aku menyusukan puteri ku buat pertama kali nya.
Sekejap saja,sbb aku titong penangan bius ~huhuhu
Wah, panjang lebar aku berceloteh kali ni yer~muahaha
Apa pun, bila org tanya aku mana ok, bersalin normal atau c-zer??
Pilihan aku, bersalin normal ~ gile wei sakit kena potong perut 2 jengkal pjg!! ngeee (*_*')
Nota Dhia: Kehamilan mmg penuh dengan misteri, tak sangka nak keluarkan yg besar boleh normal dan senang, tapi nak keluarkan yg kecik susah payah. Drpd x jadi nak c-zer sbb kes low placenta, jadi gak c-zer akhirnye... hmmm.
Friday, January 28, 2011
* Di Sebalik Kelahiran Itu *
2011-01-28T02:02:00+08:00
NuRuL DhiA
Diari Ibu|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)