Sepanjang cuti berpantang kat Temerloh, Feez org paling seronok.
Ramai sgt yg sudi melayan kerenah anak teruna ku yg sorang ni.
Tu yg x heran pun ibu ngan adik.
Seronok ade org melayan dia - bawa g jalan2, round kampung naik motor, ikut wan n atuk shopping, main game ngan pakcik2 sedaranye etc.
Pendek kata, ibu layan zahra sorang jek, feez cari ibu bila nak tido mintak popok (tepuk2 bumbum dia)
Kepada peminat fanatik feez (cewah..hahaha) sila la layan gambo2 feez semenjak bergelar abang mithali ni yer.
Layaaaan!
Feez demam ruam + rindu abah masa minggu pertama kat kg. Masa ni manja giler ngan ibu, xmo ngan sesapa kecuali ibu, jenuh layan kerenah manja feez ngan xlarat bawa perut lagi masa tu.
Member kamceng iaitu mak su balqis, ngekor je mana mak su pegi.
Masa celebrate besday si kembo, due n mak su baqis. Besday org lain, tapi feez yg sibuk nak potong kek. nyanyi lagu besday pun sebut nama dia sendiri...huhuhu.
Ni kes feez tertarik tgk mak teh pakai tudung chantek2, lalu feez pun merengek2 minta mak teh pakaikan dia tudung juga. Pelik Ayak dak & ayah jang tgk imej baru feez. Pehal la anak buah sorang ni buang tebiat ke???
Hohoho...gile cun anak teruna ibu bertudung, siap handbeg yg berisi diapers n air masam a.k.a vitagen (recycle beg mak su baqis feez kebas!!) Nak ke mana tu cayang oii!
Peace no war! Macam artis nak p masuk mahkamah plak gayenye.
Sibuk betulkan spek mate itam beso gedabak. Bile da sampai pos opis, jenuh mak teh pujuk soh tanggal tudung n spek mate tu, feez mengamuk xmo tanggal. Haru betoi anak ibu nih. Last2 berjaya gak mak teh memujuk feez. kalu x glamor anak ibu ni 1 temerloh masuk pos opis pakai camtu...ngeee.
Membantu wan shopping barang kenduri cukur jambul zahra. cewah siap tarik bakul lg tuh, jd assistant wan yer.
Handbeg x tinggal, musti bawa handbeg...huhuhu.
'iwak tecik..iwak tecik, cedap iwak tecik'
Da abih shopping, wan ajak p kaunter nak bayor pun feez xmo.
Sibuk nak sorong bakul 1 kedai tu.
Habih sume org dia langgar.
Org2 kat pasaraya tu yg kena beri laluan kat feez! Hebat!!
Sorong bakul siap ade bunyi lagi tu...vroooooommm!
Feez boleh diharap kalu soh jaga atau tgk2 kan adik.
Mmg sayang la feez kat baby zahra.
Ibu: feez, tgk adik kejap yer, ibu nak shi shi.
Feez: yea laa.. (sambil tekun ngadap game car kat laptop)
Tak lama kendian....
Feez: Ibu, adik nanis!! (ketuk2 pintu toilet)
Ibu: ye ye..tepuk adik yer
Feez: Yea laa...
Ibu berlari ke living hall, dgr sore feez pujuk zahra yg tgh melalak.
Feez: ala cayang cayang (sebelah tgn tepuk adik, sebelah tgn kat laptop main game car...haish)
Main game sambil jaga adik kat umah mak ngah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)