Kelahiran kali ini tidak terkecuali dengan masalah jaundis.
Cuma pengalaman kali ni agak berbeza berbanding Hafeez dulu.
Tapi sebelum tu, mari kita intai info2 penting tentang jaundis:-
Jaundis merupakan penyakit yang biasa dialami bayi yang baru dilahirkan.
Biasanya dapat dikesan selepas 24 jam bayi itu dilahirkan dan lebih kurang 50 peratus bayi yang dilahirkan mendapat jaundis.
Jaundis yang teruk, jika tidak ditangani dengan betul boleh mengundang risiko.
Bayi boleh menjadi pekak dan kemungkinan kerosakan otak.
Jaundis - kehadiran warna kuning di bahagian kulit bayi dan bahagian putih mata yang disebabkan oleh terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam sistem darah.
Jaundis terjadi akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati.
Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lain2 bahagian badan dan menyebabkan kulit menjadi kuning.
Ia disebabkan oleh proses penyingkiran bilirubin oleh organ hati yang begitu perlahan.
Bilirubin - sel darah merah lama.
Peningkatannya adalah akibat ketidakseimbangan di antara proses pengeluaran dan penyingkiran sel darah ini di dalam badan bayi menerusi air kencing atau najis.
Masa dalam kandungan ibu, tubuh ibu akan singkirkan bilirubin, tapi setelah dilahirkan, bayi itu sendiri akan mengeluarkannya.
Bagaimanapun, organ tubuh bayi yang belum matang memungkinkan proses penyingkiran bilirubin tidak berlaku sebagaimana sepatutnya, sekaligus meningkatkan tahap bilirubin di dalam tubuh mereka.
Kekurangan air di dalam badan juga penyebab bayi tidak dapat mengeluarkan bilirubin/sel darah merah lama melalui air kencing dan najis sebagaimana sepatutnya.
Kebanyakan bayi berkemungkinan terkena jaundis pada minggu pertama dilahirkan.
Jaundis biasanya berkurangan dan hilang dalam tempoh tujuh hari jika bayi berkenaan sihat dan terus menyusu.
Jaundis yang tidak serius mungkin berulang dalam tempoh 10 hari hingga 14 hari, tapi ibu mesti tidak berhenti menyusukannya agar penyakit ini segera hilang.
Jika ada tanda jaundis pada tahap serius, rawatan segera diperlukan.
Ini kerana jaundis yang serius boleh menyebabkan bayi berisiko mengalami kerosakan otak dan pekak, malah menyebabkan kematian.
Punca2 Jaundis:
- Perbezaan kumpulan darah antara ibu dan anak - iaitu faktor rhesus atau ABO.
- Sel darah merah yang tidak normal seperti kekurangan G6PD (Glucose-6-Phosphate- Dehydrogenase).
- Bayi yang menghidap jangkitan/ Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
- Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
- Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
- Keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
- Breast milk jaundice - di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.
Jaundis dihidapi:-
- 60 peratus bayi yang lahir selepas tempoh matang
- 80 peratus bayi yang lahir dalam tempoh pramatang
- Bayi yang berat badannya di bawah paras normal
- Bayi yang lahir menggunakan vakum
- Jika anak terdahulu, terutama anak lelaki, pernah terkena jaundis, bayi yang dilahirkan kemudian juga berkemungkinan terkena penyakit ini. (kes saya adalah yg ini)
Sewaktu hari ke-4 di wad, ibu dah perasan perubahan warna bahagian putih mata dan kulit Zahra.
Kekuning2an, malah doktor yg merawat pun syak Zahra ada jaundis.
Beliau menyarankan supaya bawa zahra ke makmal klinik kesihatan sebaik dibenarkan pulang.
Ujian darah dibuat dan bacaan jaundis agak tinggi 214, maka Zahra kena jalani ujian darah setiap hari.
Hari2 berikut nya bacaan semakin naik dan naik hingga hari ke-7 bacaan adalah 285 dan serta merta Zahra dimasukkan ke NICU untuk rawatan lanjut kerana bacaan melebihi 280.
Rawatan segera bagi bayi terkena jaundis pada tahap serius tidak boleh dilengahkan kerana bilirubin (sel darah merah lama) boleh menembusi otak hanya dalam masa 36 jam!
Disebabkan keadaan ibu pada waktu itu tak berdaya, sakit akibat c-zer yg teramat sangat hingga terpaksa bergantung pada pain killer, jadi wan (my mom) yang temankan Zahra di NICU.
Pada mulanya, ibu nak teman zahra, tapi wan suruh ibu berehat dirumah.
Biar wan tgk dulu keadaan di NICU macam mana.
Beratnya rasa hati berpisah dgn Zahra, sebab ibu risau Zahra tak cukup susu dan ibu sgt faham yg Zahra perlu menyusu sekerap mungkin untuk melawan jaundis.
Walaupun Ibu bekalkan susu perahan untuk Zahra di NICU, tapi tak sama dengan menyusu dgn ibu.
2 Jam kemudian, ibu terima panggilan telefon dari wan.
Dalam suara yang sebak, wan minta ibu kuatkan diri supaya datang ke NICU menjaga Zahra.
Wan tak sampai hati tgk Zahra menangis sampai hilang suara sebab lapar susu.
Susu perahan ibu 'dicatu' oleh pihak hospital.
Memang prosedur bayi yg minum susu perahan atau susu formula hanya diberi 3 jam sekali sebanyak 1 oz.
Sedangkan Zahra menyusu dengan ibu sejam sekali, Zahra kuat menyusu!
Dan Zahra minum sebanyak 2 oz setiap kali Zahra minum guna botol.
Walaupun berkali2 wan minta staff nurse beri Zahra susu lagi dan maklumkan pada mereka yg Zahra kuat menyusu, tapi mereka menolak sebab belum cukup 3jam.
Tetapi, sekiranya ibu bayi ada bersama di NICU, bayi dibenarkan menyusu bila2 masa tanpa had.
Sedih bila tgk keadaan zahra berjemur bawah phototherapy.
Jadi, ibu datang segera ke NICU temankan Zahra.
Disebabkan keadaan ibu yg agak lemah lagi, tak mampu berjalan jauh ke wad Zahra, Ibu minta Zahra dibawa ke wad ibu supaya mudah ibu susukan Zahra sekerap mungkin.
Sebaik saja Zahra diserahkan kepada ibu, sebak dada mengalir airmata tgk keadaan Zahra.
Badan luka2 akibat dicakar ngan kuku Zahra yg tajam, kulit kering berjemur bawah lampu, mata kena tutup, suara tangisan Zahra sudah tak senyaring selalu.
Zahra nampak sangat letih, lemah dan penat akibat menangis terlalu lama.
Ibu pakaikan semula sarung tangan untuk lindungi drpd kukunya yang tajam, kesian badan zahra calar balar, luka sana sini.
Ibu terus cium, peluk, dakap dan susukan Zahra.
Ternyata Zahra sangat lapar menyusu dgn sungguh2.
Semalaman ibu tak tidur sebab nak pastikan Zahra menyusu sekerap mungkin.
Sepanjang mlm tu, Zahra poo poo setiap jam.
Itu petanda baik dan ibu sgt2 lega walaupun penat, sakit kepala sbb tak cukup tidur, ditambah sakit akibat c-zer.
Susu ibu penawar jaundis buat zahra
Berkat penawar daripada susu ibu, esok paginya lampu fototerapi dibenarkan tutup.
Petangnya, Zahra dibenarkan pulang.
Namun, ujian darah perlu dijalankan di makmal klinik kerana bacaan jaundis 240.
Ujian perlu dibuat selagi bacaan melebihi 200.
Akhirnya, hari ke-10 bacaan turun bawah 200, alhamdulillah zahra tak perlu ke makmal menghulur tumit kaki untuk ujian darah lagi.
Zahra puas dapat menyusu dengan ibu...burp, thanks ibu!
Jaundis Zahra masih nampak hingga usianya 3 minggu.
Namun beransur2 hilang dengan bantuan susu ibu.
Jaundis boleh dicegah.
Paling penting ialah ibu mesti menyusukan bayi secepat mungkin sebaik dilahirkan.
Memang ada bayi berisiko terkena jaundis yang dikenali sebagai ‘jaundis susu ibu’ (breast milk jaundice), tapi pemberian susu ibu tetap penting.
Ini kerana dengan penyusuan membolehkan bayi membuang najis lebih kerap sehingga 10 kali sehari yang membantu menyingkirkan bilirubin di dalam badannya.
Tanpa banyak minum atau menyusu, bayi lebih terdedah kepada risiko terkena jaundis
Susu Ibu penawar terbaik segala penyakit!
Mengenai pengambilan susu kambing oleh bayi yang menghidap jaundis, perbuatan itu wajar dielakkan.
Ini kerana susu kambing mengandungi zat-zat galian yang lebih tinggi berbanding susu lembu dan susu ibu.
Ibu-ibu dinasihatkan meneruskan penyusuan yang dapat membantu menurunkan kadar kekuningan bayi.
Sememangnya susu ibu amat berharga dan terbaik dalam membantu mempercepatkan proses mengurangkan kekuningan pada bayi.
Jika bayi mendapat susu yang cukup ia membantu mempercepatkan proses menyahkan bilirubin menerusi pembuangan air besar atau air kecil.
Tuesday, December 21, 2010
* Penawar Jaundis *
CeRiTeRa:
BreastFeeding,
Diari Ibu,
Healthy Info,
Info Anak Sihat,
Jaundis,
Zahratul Sofea
* Penawar Jaundis *
2010-12-21T09:00:00+08:00
NuRuL DhiA
BreastFeeding|Diari Ibu|Healthy Info|Info Anak Sihat|Jaundis|Zahratul Sofea|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)