Thursday, January 20, 2011

* Majlis Cukur Jambul Zahra *

Genap Zahra 40 hari disambut dgn majlis kesyukuran dan cukur jambul.
Ibu ngan mak su balqis ditugaskan tuk wat pelamin/buaian Zahra.
Sangat la teruja mak su nak mereka dan menghias buaian berendoi.
Habis sume kotak2 deco diselongkar mak su.
Macam2 gaya mak su nak buat kat buaian tu sampai aku naik pening melayan idea2 yg diutarakan oleh mak su tuk hias buaian Zahra.
Kejap nak letak patung baby mickey, pastu tukar patung biri-biri, rase x cantik tukar lagi patung spongebob, x sesuai plak tuar ngan patung hemo hemo!!??
Haish..mak su ni kreatif la sesangat.

Hasil nya setelah bertungkus lumus pagi sampai ke mlm ....
Tadaaaa!


Ok la gak idea kreatif mak su ni...janji Zahra boleh naik buaian ni


Nasib baik x gantung patung hemo hemo yg besar gedabak kat buaian ni.




My mom tolong dodoikan Zahra, ibu bz jadi camerawoman..hihihi


Pandangan sisi diri ini supaya kalians nmpk diriku kulush...huhuhu


Acara potong jambul dan jejak tanah bermula


Zahra tido saja, x heran org dok trim jambul lebat nye huhuhu
Walaupun ade sesetgh makcik2 yg kiss2 pipi tembam zahra wat 'dek'


Aiyo...tido sambil mkn angin kah anak ibu ni, luas nya nganga






Adeii... ape la bising2 nyanyi2 ni, org nak tido x senang


Sejemput rambut Zahra yg selamat kena tebas dlm kelapa muda tu


Door gift untuk tetamu serba pink!!! i like...!
Ada bunga telur pink, pulut kuning, sambal bilis dan bubur tepung beras a.k.a bubur 'liar'.
Nape panggil bubur liar??
Sbb tepung jatuh dlm air dan berenang2 liar sana sini dlm periuk air...tu mak aku yg ckp, bukan suka2 aku mereka cerita.




Abg Feez yg bucuk x mandi disorok oleh abah melepak kat belakang umah sepjg majlis..huhuhu
Cian feez.

Aku suka majlis berendoi sbb suka dgr lagu2 berendoi yg penuh ngan kata2 nasihat tuk si anak.
Bila hayati lirik lagu2 tu ade yg tersentuh hati ni dgr.
Ada 3 buah lagu di nyanyikan masa majlis berendoi Zahra dlm buaian ritu.
Sangat panjang syair2 yg dinyanyikan.
Kpd yg x pernah dgr lagu2 berendoi ni, boleh layan video di bawah.
Aku rakam sikit jela setiap lagu tu, sbb lagu2 tu pjg giler kalau nak rakam sampai abih.

Lagu 1 - Lagu mengalu2kan kedatangan tetamu

video


Lagu 2 - Menceritakan kepayahan seorang ibu melahirkan anak ... syahdu hayati lirik lagu ni

video

Lagu 3 - memuji kebesaran Allah & kata2 nasihat buat si anak

video