Bercuti sambil merehatkan diri, mengulit anak2, enjoy dan seronok ngan hobiku yg paling dirindui iaitu mengepam!!!
Ramai bakal2 ibu bertanya;
Bila nak mula mengepam susu?
Masa bila nak mengepam, sedangkan anak sentiasa menyusu ngan ibu sewaktu berpantang?
Dan byk lagi la soalan2 yg mencabar minda untuk menjawab...huhuhu
Bila nak mula mengepam selepas bersalin?
Seawal yang mungkin!
Aku mula mengepam hari ke-5, iaitu sebaik saja keluar hospital (berumah tangga di hospital agak lama sbb c-zer :) )
Kalau kalian terbaca di mana tentang membuat stok susu bg ibu bekerja kebanyakan suruh mula membuat stok 2 minggu sebelum kerja.
Boleh, tak salah pun nak mula 2 minggu sebelum bekerja, tapi kemungkinan ibu2 akan kelam kabut nak mengumpul stok susu.
Dan mungkin berlaku gangguan emosi/ stress sbb nak kejar masa utk kumpul stok yg mencukupi. Kalau kita mengepam dari awal, ibu punya byk masa tuk mengumpul stok iaitu 2 atau 3 bulan!
Kan byk stok dpt kumpul dalam tempoh tu, berbanding 2 minggu sebelum bekerja.
Masa bila nak mengepam kalau anak asyik menyusu? Cukup ke susu utk anak nanti? Biasanya anak menyusu dalam tempoh 2 jam sekali atau mungkin ada yg lebih kerap selang 1 jam macam Zahra :) Aku ada banyak cara yg aku aplikasikan:
1. Bf sebelah, Pam sebelah
Zahra selalu menyusu sebelah saja.
Jadi sebelah lg aku akan pam utk buat stok.
Kadang2 aku mengepam semasa menyusukan zahra, kadang2 lepas zahra selesai menyusu.
2. Pam setiap kali selepas direct Bf.
Kadang2 Zahra menyusu kedua2 nya.
Jadi selepas Zahra selesai nyusu aku tetap akan pam.
Ada ke lg susu, kan baby da minum??
Ada tapi mungkin x banyak, tapi aku tetap pam tuk pastikan Breast betul2 kosong dan merangsang penghasilan susu lebih banyak...banyak...dan banyak!
Kadang2 aku offer pada Zahra selepas pam, utk dapat lebih rangsangan dan kosongkan breast. Kalians jgn risau, tubuh kita sentiasa bekerja tanpa henti dan susu sentiasa dihasilkan, jd susu ade walaupun kita dah mengepam.
3. Pam di malam hari hingga ke subuh.
Tahukah kalians, hormon prolaktin (hormon susu) sgt2 tinggi pada waktu malam ke pagi! !!!
Sbb tu aku selalu nasihatkan ibu2 yg aku consult supaya pam mlm2.
Kalau rasa tak terbangun, set alarm mcm acik...hihihi, tapi skrg xla lagi sbb zahra yg jadi alarm. Aku akan pam setiap kali lepas zahra nyusu mlm2.
Tapi zahra kurang nyusu mlm, so agak kerap la aku mengepam mlm hingga ke subuh hari.
Kalau x pam, alamat menderita bengkak susu la nnt...x sanggup!
Ini adalah hasil mengepam minggu pertama bersalin. Purata 2-3 oz 1 sesi, alhamdulillah.
Aku suka botol tomei MLO bersaiz 2 oz ni.
Pam sikit tetap nmpk byk, syiook.
Kalu guna botol 5 oz, semput je rase tgk susu ciput kat dasar botol...huhuhu.
Masuk minggu ke-2, susu semakin byk terhasil kerana demand tinggi dr direct BF dan pumping sokmo. Purata 4-5oz 1 sesi, alhamdulillah.
Ini Hasil mengepam selepas zahra nyusu semasa 2 minggu berpantang...baki purata selalu dapat 1-3oz.
Hasil selepas zahra menyusu disubuh hari selepas 2 bln berpantang. Purata 7-10 oz. Alhamdulillah, semakin meningkat supply sejajar dgn demand yg semakin tinggi dari zahra dan medela freestyle dan spectra 3 kesayangan hamba :)
Stok susu seminggu sekali hubby akan bawa balik dari kg ke umah... kang penuh plak freezer mak aku kat kg.
Stok seminggu dikumpul, di pack elok2 tuk hubby bawa balik sumbat ke dlm freezer umah.
Ice pack diletak celah2 frozen ebm. kendian masuk dlm cooler beg. Bertahan sejuk beku dlm perjlnan selama 3 jam.
Sendat! mampat! EBM berebut2 ngan ayam, daging, ikan dan frozen food.... huhuhuhu.
Nak buka pintu freezer ni pun kena slow2 tilik2, takut EBM jatuh menimpa diri huhuhu.
Sudah penuh, x tersusun bersepah2, perlukah ku ketuk pintu jiran2 untuk menumpang freezer mereka??....ngeee
Sumbat gak kat pintu, janji boleh simpan stok.
Alhamdulillah, aku berjaya mengumpul stok EBM sebyk ini!!!
Proud of Me, tepuk bahu sendiri :)
Masa feez dulu aku xdpt byk mcm ni, sbb aku mula buat stok 2 minggu sebelum bekerja.
Serius, semput aku rasa masa tu, nak nangis pun ada sbb rasa stok yang aku buat sikit sgt cam x cukup tuk feez.
Kali ni aku sedar diri, aku perlu mula dari awal, xmo banana fruit 2 times...ngeee.
Freezer idamanku...lalalala
Burrpp....suda tenyang :)
Feez menyusu sampai umurnye 2 tahun 3 bln, iaitu semasa kandunganku 6 bln.
Feez stop sendiri, suatu mlm tetiba feez tidak meminta meimei (panggilan feez bile nenen ngan ibu)
Pernah tetiba feez rindu tuk meimei, tapi aku cakap baik2 ngan feez, "feez da besar, xyah meimei ye, bg adik plak"
Alhamdulillah feez faham.
Lepas zahra lahir, feez kerap datang dekat dan minta meimei masa zahra nyusu, tapi aku ckp benda yg sama dan feez faham.
Tapi, ade sekali tu, aku bg gak feez merasa meimei, tu pun lepas kesian tgk feez byk kali minta tiap kali zahra meimei.
"Adik Meimei...nak meimei ni, nak sikit"
Ibu pun bg walaupun agak kekok bila kena nyusukan 2 org serentak (rugi plak x ambil gambo time tuh)
"mmm...cedap" feez nmpk puas hati dpt meimei sekejap.
Aku try gak bg feez EBM dlm cawan, tapi feez xmo.
Feez mmg xsuka air yg berwarna putih, cth vitagen putih, fresh milk, botol yg warna putih pun feez x mo sbb feez igt tu susu pdhal botol tu yg warna putih....huhuhu
Harap caraku di atas tadi dapat membantu kalians.
Jgn terlalu fikirkan tentang kuantiti susu yg kita dapat, rezeki masing2 DIA yg tentukan.
Mmg ada org yg jenis baaaaanyak susu, tapi pd aku xde yg x cukup susu.
Pegang kunci utama "Demand and Supply" dan "Penyusuan yang kerap menghasilkan susu yg banyak"
Telan atau makan la apa pun ubat hormon ke, apa2 yg boleh perbykan susu, tapi kalau kurang stimulate breast samada direct bf atau pump, susu xkan jd byk sbb demand kurang.
Pemakanan hanya menyumbang 30% saja, 70% lagi stimulation. INGAT!!! (bukan marah tau, nasihat :))
Nota Dhia: Perjalanan masih jauh, semoga dipermudahkan-NYA. Tengah survey Deep Freezer, kalians tau mana2 ade sale sile roger2 acik yer :)