Tuesday, March 15, 2011

* ... Dalam Botol *

"Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai"

Hoh! kenapa plak kena tunggu 1 thn baru nak kuatkuasakan pengharaman penjualan botol susu ni??
Tak silap aku isu ini sudah lama dibincangkan, tapi masih mahu tangguh lg.
Tak patuuuuut ~ dgn nada feez berkata.













Di Amerika Syarikat, U.S Food and Drug Administartion (FDA) telah meluluskan akta Toxin-Free Toddlers and Babies Act, yang menghalang penggunaan Bisphenol – A (BPA) dalam pembuatan botol susu bayi, dan makanan bayi dalam tin.
BPA boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti asma, autism, barah, hiperaktiviti, obesiti dan etc.
FDA telah kaji isu ini bertahun lamanye dan telah jalankan pelbagai kajian dan akhirnya mereka telah mendapati bahawa BPA ini sgt2 merbahaya kepada kanak2 dan bayi.
BPA sgt bijak kerana dapat meniru hormon dalam badan manusia dan menganggu sistem endokrin manusia.
Selain dari menjaga kesihatan dan keselamatan pengguna, pihak FDA melihat larangan penggunaan BPA dalam botol susu bayi sebagai satu langkah yang baik untuk kurangkan penggunaan plastik. Go Green!! Alien

Botol susu pun dah ada BPA free dijual dipasaran Malaysia dgn harga dlm linkungan RM20-RM50!
Mahal kan?? tapi pada aku pasal anak2 ni tak perlu la nak berkira sgt, demi keselamatan anak2 apa salahnya berbelanja lebih, x gitu?? Winking smile
Antara jenama botol susu BPA Free - MAM, Avent, Tommee Tippee, Bumble bee, Dr. Brown, Breastflow etc.
Favorite aku ialah MAM, w/pun byk part nk kena basuh, tapi sgt suka sbb anti-colic, puting nye lembut, bentuk nye yg chumel dan yg penting mesra Breastfeeding Baby.
Sudah kumpul 3 botol MAM ~ Hijau, Biru & Purple...huhuhu giler byk botol wat koleksi peribadi anak2 kuikuikui


nak sambar wana pink plak tp hubby sudah bising, wat pe beli botol byk2 ni!!!



Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!

PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.
PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.

Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

Berikut adalah kesan buruk BPA:

  • Mengganggu perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:

• Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
• Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
• Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
• Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
• Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
• Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan

Tips memilih botol susu:

Susu Ibu adalah pilihan utama untuk bayi dan menyusui adalah pilihan yang terbaik bagi bayi dan ibu.
Jika ada kekangan seperti ibu bekerja atau hal lain yang menyebabkan bayi menyusu dengan botol, beberapa perkara perlu diambil perhatian.
Berikut perkara2 yang perlu dipertimbangkan dalam memilih dan merawat botol susu:

1. Polycarbonate: Adalah plastik yang dapat melepaskan BPA dan biasanya ditemui pada botol yang memiliki kod #7 pada label atau botol. HINDARI produk dengan kod #7 ini.

2. Plastik selamat: Pilihlah botol dengan kod huruf PETE (Polyethylene #1) atau PP (polypropylene #5) yang menjadi alternatif plastik yang cukup selamat. Botol-botol ini bebas polycarbonate dan biasanya dibuat dari plastik yang x jernih dan warna agak kusam/ cam putih2 skit.

3. Botol kaca: Kalau nak lebih selamat, pilihlah botol kaca. Dengan botol kaca boleh kurangkn kemungkinan terdedah bahan beracun hingga 0%.

4. Plastik lama: Buang botol susu dan sippy cup polycarbonate lama atau yang sudah calar. Plastik yang calar dan retak berpotensi besar melepaskan bahan kimia berbahaya. Goresan juga bole jadi tempat pembiakan bakteria.

5. Mencuci plastik: Jangan sesekali cuci botol plastik dlm dishwasher atau air yang sangat panas sbb ia mengakibatkan terlepasnya bahan kimia berbahaya. Cucilah botol dengan tangan/span (elakkan berus yg tajam/kasar/keras) pada air yang suam2 kuku saja

6. Puting botol: Biasanya dibuat dari silicon atau latex. Silicon mempunyai warna yang lebih terang/jernih, Latex bewarna kuning coklat. Latex berpotensi membebaskan bhn racun carsinogenik (penyebab kanser).

Botol susu perlu dibuang sekiranya :

i) Ia pecah dimana-mana bahagian atau sumbing dibahagian atas. - mengelakkan serpihan daripada botol susu tersebut mencemari susu bayi.
ii) Terdapat calar pada botol susu samada di bahagian luar atau dalam. - bahagian calar ini boleh menjadi tempat pembiakan bakteria kerana bahagian ini akan sukar untuk dibersihkan dengan berkesan.
iii) Tulisan sukatan pada botol telah pudar dan hilang - menyebabkan susu tidak dapat dibancuh mengikut kadar yang tepat.

Q & A PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A
(Sumber: http://moh.gov.my)

1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PCPla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’ Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.

4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?

BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi

6. APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.

7. MENGAPA KKM MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.
KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingkat kepada semua pihak untuk ‘phasing out’ botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.

8. KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?

Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

9. APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :
  • Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  • Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

10. APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat.
Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

11. APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN?

Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.

12. APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

13. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012?
Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.

14. ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

15. BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini.
Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

16. ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA?

Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.

17. ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?

Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin.

18. APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?
Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.

19. KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?

Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini.

Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).





1 DiNg DoNg!!!:

NINA FARHANA said...

Tq atas info berguna ni 😘
Jemput ke blog sy

ninafarhanawm.blogspot.com