Thursday, March 10, 2011

* Tips Tentukan Jantina Anak *




Selepas kejayaan aku mendapat sepasang cahaya mata ni, ramai la plak bertanya petua camne nak dpt anak perempuan.

Aku rase da macam ahli nujum pak belalang pun yer, bila tolong tilik kat carta purba cina.
Aku rase mcm pakar sakit puan pulak bila bg tips itu ini tuk dpt anak perempuan...wahahaha.Nerd smile
Aku ngaku mmg aku n hubby berusaha keras untuk dptkan anak perempuan, alhamdulillah berkat usaha + doa + tawakal, akhirnya berhasil Wink
Mungkin kalians boleh refer petua/ tips ni, selain merujuk pada carta purba cina DI SINI

Tips untuk dapat bayi perempuan :

1. Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat - dr buku harun din pemberian my mom

Maksudnya : “ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari ke-11 hingga hari ke-19 dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi. Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulasi ...

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami. kawasan pintu rahim lebih berasid, ini akan melemahkan kromosom Y dan
membiarkan kromosom X sampai ke pintu rahim...)


4. Tidur mengiring ke kiri selepas bersama (sila minta izin suami dulu kalau terpaksa membelakangi suami yer )

5. Kedudukan suami di posisi bawah juga membantu anda mendapat anak perempuan ~ ngehngehngeh Rolling on the floor laughing

6. Isteri tidak perlu mencapai kepuasan yang tinggi

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali. elakkan dari memakan makanan laut
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu yer)
4. banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan – perutnya meleper atau membulat.


Tips untuk dapat bayi lelaki:


1. Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat,


Maksudnya : ” Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari ke-21 hingga hari ke-28 /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur mengiring ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan mengiring ke kanan)

5. Isteri juga perlu mencapai kepuasan yang tinggi kerana boleh mengeluarkan cecair beralkali semasa persetubuhan, ini akan meransang pergerakan kromosom Y

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood)
2. Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka dan
minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba.

3. Zat-zat logam kalsium dan magnesim diperlukan.
4. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf
2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”
3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki – perutnya membesar atau lonjong ke depan

Ada lagi cara lain seperti teknik 'Douching' iaitu basuh dalam faraj dengan satu alat khas yg boleh dibeli kat mana2 farmasi. Cecair samada asid atau alkali ni digunakan 2jam sebelum bersama ~ aisey agak seriau la nak guna teknik ni Confused smile

Kalians ade petua lain mau share?? sila2 la.