Tuesday, March 8, 2011

* Tips Simpan Stok Susu & Jimat Ruang Freezer *

Alatan yang diperlukan ialah:

1. Ziplock Breastmilk storage bag - tak kisah brand ape & bape kapasiti pun janji ade seal. Nurul guna Autumnz storage bag kapasiti 7 oz.
2. Marker pen

Langkah 1: Sukat susu guna botol

Pam susu seperti biasa dan sukat susu guna botol.
Sbb nye, garis bacaan pada storage bag kurang tepat bila susu dimasuk dlm tu.
Jadi, sukat dulu susu guna botol sebelum pindah ke storage bag.



Langkah 2: Label storage bag

Tuliskan tarikh dan kuantiti susu yg disukat guna botol tadi atas storage bag.
Kalian boleh tulis pd kedua2 belah bag tu kalau mahu.
Penting tulis dulu kat bag tu, kalau tulis kendian nnt terkial2 nak tulis bila bag penuh susu.
Kadang2 dakwat marker susah nak lekat kat bag sbb ade wap sejuk dr susu yg da disimpan sejuk cooler bag.



Langkah 3: Isi susu, keluarkan udara dan seal.

Tuang susu ke dlm bag tadi.
Jangan isi susu penuh2 dlm bag.
Tinggalkan ruang, biasanya nurul letak 5-6 oz tuk bag kapasiti 7oz.
So,mmg ade lebih ruang bag tu.
Pastikan segala jenis udara dibuang keluar.
Cara nurul, lipat bahagian yg kosong kendian picit/ urutkan keluar angin2 dr beg.
Dah keluar semua angin terus seal segera.



Langkah 4: Bekukan dlm keadaan flat/baring.

Baringkan secara mendatar bag tadi cam dlm gamba bawah.
Jangan risau, susu xkan tumpah keluar kalau dah seal ketat2.



Boleh letak bertindih2 cam ni.
Bila dah beku, bag2 ni akan melekat antara satu sama lain, tapi kalian bole pisahkannya.
Samada pisahkan cara ganas - tarik jek kuat2 huhuhu, atau lalukan bawah air kejap, nnt tertanggal la :)





hohoho suka tgk EBM tersusun cantik, dapat 4 baris susunan hingga ke bumbung freezer.

Langkah 5: Simpan & susun susu.

Last step, selepas susu beku, simpan tegak dalam bekas simpanan bersegi panjang ataupun susun secara datar.
Susun susu ikut urutan tarikh untuk mudah digunakan.

FIFO, FIRST IN FIRST OUT!!


Aturkan susu yg dah beku secara menegak ikut tarikh.


Beratur baik2 yer susu2 ku sekalian ~ lalalala


Cara susun datar ~ urutan mesti atas ke bawah, iaitu tarikh dahulu ke tarikh terkini.

Semoga tips ini dapat membantu kalian yg kekurangan ruang simpan susu macam aku ~ ngehngehngeh.

Selamat mencuba!!!

Nota dhia: Masih tidak cukup ruang peti ni w/pun da susun begini rupa. Separuh stok masih tumpang freezer umah angah huhuhu. Gambo x bape nak comel, camera ku demam, terpaksa guna camera henpon cokia ku jek.





Komen (19)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
alahaii sangat suka la tengok.. tersusun teratur jer..
akan dicuba
thanks for sharing sis!
1 jawab balas · aktif kurang dari 1 minit tadi
sesama, sedap mate memandang kan :)
nak kena beli deep freezer pulak kot ..
1 jawab balas · aktif 735 minggu tadi
umah ku cumel saje, xde ruang lg mau sumbat deep freezer
sy de plan nk beli deep freezer cm mommaMia nye tu tp costly la plk utk bil letrik kan, hehe... xpe, kite cube cara ni nanti...
1 jawab balas · aktif 735 minggu tadi
hihihi...at least bole jimat ruang dan bil lektrik kalu guna cara ni
tips yang berguna nie...nanti bila dah start BF baby, lynn nak try la...
1 jawab balas · aktif 735 minggu tadi
cuba try test, susun cantik musti cantik tgk susu beratur byk2
Idea kreatif! Sesuai untuk kita yang seangkatan peti ais. Hehe. Terima kasih atas perkongsian.
1 jawab balas · aktif kurang dari 1 minit tadi
sama2 kasih :)
wah meriahnya stok susu..
that's what i did sejak2 storage bottle dh habis n malas nk beli lagi (dh dkat 40biji!). lagipun fridge dh sarat. tp kalau guna style ni mmg betul2 jimat space! cuma part nk buang angin die leceh sket haha :P
cara nk simpan dh tunjuk..leh tunjuk cara nk guna tak??
salam perkenalan...suka tgok cara penyimpanan tu..kemas.finas tgh mencari2 info.anak dah nak masuk 3,tp tak ada pengalaman bf baby sepenuhnya mcm ni.ingat anak yg ke3 ni nak bf sepenuhnya...nnt leh jd rujukan yer...if u don't mind.
salam, saya juga pernah susun cara ni, tapi pernah ditegur sebab susun susu dekat dengan pintu freezer.. katanya, tak elok susu letak dekat dengan pintu, so start dr situ saya dah tak pakai liner lagi dh, pakai botol dan isi dalam2 sikit.. ;)
storage bag tu nak kne cuci dulu @ sterilkn x sblom tuang susu?
1 jawab balas · aktif 697 minggu tadi
xperlu atika, sbb storage beg mmg dah disteril oleh pengilang. terus guna jek
slm perkenalan. terima kasih di atas perkongsian ilmu. tp lin nk tanya kt ne awk beli ziplock bag tu?
1 jawab balas · aktif 675 minggu tadi
bole beli kat sayangbabyibu.net :)

Kemukakan komen baru

Comments by